"Dasar Otak sempit..."
Wah! Pecah perut aku tengok wayang cerita ni...sampai hari ni anak aku pun suka na guna teg tu...dasar otak sempit. korang patut gi tengok cerita ni. lebih bagus dari lawak senario yang entah apa-apa tu. sapa-sapa yang bercelaru fikiran boleh rilek kan otak tengok cite ni.
Adengan yang aku suka...watak wawa dengan along champ menyanyi kat bawah pokok kelapa pas tu tetiba kepala berulat jatuh.yang macho pun dah tak jadi macho lagi..huhuhu. memang pecah perut aku gelak dalam panggung. aku gi dengan anak-anak aku aje.maklum lah sejak single ni.itu aje lah yang aku ada ...sape lagi yang aku ada.
sesekali rilek tengok cite lawak. memang bez.panggung pun penuh aje. tak pernah lagi panggung kat bahau tu full macam tu. aku ingat hanya aku dengan anak-anak je suka tengok wayang selama hari ni ramai juga penghuni felda ni yang berminat nak sokong industri perfileman tempatan. kalau lah setiap filem melayu di malaysia ini berjaya di hasil kan dengan berkualiti memang lah panggung kat pekan kecik ni akan penuh sentiasa. bukan tak ada filem yang bagus di pawagam..ada tapi ini lah rasa nya filem lawak yang berjaya mendapat tempat di hati aku dan anak-anak. rasa nak tengok sekali lagi....jom!...
February 1, 2010
Adnan Sempit
Dicatat oleh IdaAnuar di 12:19 PM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
January 29, 2010
Kenapa aku harus berdiam...
ye selagi aku diam selagi itu aku akan terus di landa keresahan tahap maksima...jadi aku harus memadat kan rutin harian aku. aku harus bangun menulis macam dulu-dulu juga untuk menghiburkan hati aku sendiri....aku tak mahu tersepit dengan masaalah yang tak kan ada kesudahan nya ini..
aku kat perpustaakan seawal jam 9 pagi. dah lama betul rasanya tak buat entry pasal buku ni. membaca pun dah kurang sekarang tetapi aku sudah memula kan kembali habit aku tidur dengan novel aku semula..masuk sahaja ke lab ni,aku teruja sekali dengan bau buku yang sangat aku suka dahulu. pinjam 4 buah novel untuk aku habis kan pembacaan hujung minggu ni. nanti aku ulas..setidak-tidak nya aku lupa masaalah. belah petang aku ke kolam ikan. bermain dengan anak-anak talapia...korang pernah rasa anak-anak ikan mengigit manja kaki korang tak...syok weh!macam ke refleksologi lah pulak. rasa geli tapi best.tak payah aku nak gi urut urut kaki kat spa...hulur je kaki dalam kolam beratus anak ikan datang membelai kaki aku. syok gila...hehehehe.
close pasal ikan...ni aku nak cerita pasal sorang makcik biru...menjadi tandatanya pada aku. tengah hari semalam sewaktu aku mengambil adam sekolah aku terserempak dengan seorang makcik...memakai baju biru sedondon dengan tudung biru nya beg biru.kasut biru dan payung biru. macam nila berjalan di tengah panas. aku jumpa di kawasan paya di mana aku pernah bertemu dengan makcik berbaju hijau sedikit masa dahulu...pelik pada aku sebab aku tak pernah jumpa makcik ni lansung.yang pasti hati aku berdetak tak kala melihat gaya birunya itu....manusia kah? atau hantu kah?...
Dicatat oleh IdaAnuar di 10:48 AM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
January 28, 2010
Aku ada
menjawab pertanyaan kawan-kawan....aku ada. aku tidak ke mana-mana. cuma sekarang pergerakan aku terbatas sedikit. lebih banyak menyelesaikan masaalah peribadi yang tertimpa-timpa hadir dalam hidup aku kebelakangan ini. aku ingin masaalah aku selesai secara berhemah. kesabaran aku yang aku terap kan sudah punah ranah saat ini jalan terbaik yang aku pilih aku harap mampu mencorak satu kehidupan yang lebih sempurna buat aku dan anak-anak.aku ingin memula kan satu frasa baru dalam hidup aku. terpaksa lelap kan mata harung segala rencah hidup yang aku lalui saat ini. aku tidak ke mana-mana...bila lapang aku akan kembali menulis...ada sesuatu yang aku ajar pada korang...mudah-mudahan ini akan membuka mata hati kita melihat sesuatu yang adakala nya tak terjangkau..akal.
teman-teman...hafal al iklas sebanyak 6666 kali. habis seberapa yang boleh. hikmah nya. aku cerita kemudian hari atau kalian akan meyedari nya sendiri gud luck to you all...doa kan aku berjaya menghadapi kemelut hidup aku ini.
Dicatat oleh IdaAnuar di 12:15 PM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
January 23, 2010
terubuk masin dari Kuching..dan jiwa kacau
selama aku bernafas kat dunia aku ni...aku tak pernah dapat pun hadiah bila aku menyambut harijadi aku.walaupun bungkusan yang aku terima hanya terubuk masin dan udang kering...kedua benda ini sangat aku hargai kerana ia kiriman eorang kawan yang pada awal nya hanya aku kenali dalam YM..setahun yang lepas.terima kasih pada dia yang aku anggap istimewa dan aku sayang walaupun kini aku rasa dia dah tak ada sangat hadir dalam hidup aku...
jiwa kacau....kembali mengacau hidup aku. ye kisah seorang sahabat dan aku.benar lah kan bila hati jatuh sayang susah sangat nak lupa..tak akan lupa sebenarnya. manusia macam aku.insan macam aku yang punya satu hati kalau sudah suka itu lah sahaja yang aku letak kan segala rasa. sayang nya rasa yang aku ada mudah pula di permainkan orang apa yang aku mau dalam dunia persahabatan aku ini...? tiada apa pun sebenarnya. aku hanya mahu satu sahaja..pengertian yang aku perlukan kawan aku.susah sebenarnya nak menjadi terbaik pada orang lain.hati berkata lain..mulut menuturkan lain bicara. bicara yang menyinggung hati dan perasaan...maaf kepada teman ku itu.mungkin tanpa sedar aku telah meluka kan hati nya.
Dicatat oleh IdaAnuar di 12:38 PM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
December 30, 2009
Apabila Januari menjelma
Januari datang lagi...bermakna semua orang akan membuka lembaran diari yang baru. dan akan bermula sebuah lagi catatan perjalanan hidup setiap insan. belek-belek diari 2009..pasti ada banyak kisah suka dan duka. kehidupan,kelahiran,kematian,kesenangan juga kesusahan. bunga-bunga kehidupan yang unik bagi setiap manusia yang rajin menulis diari dan tahu menilai diari kehidupan....
aku? ada diari tak?..ada.diari yang aku catatkan dengan dakwat hitam dan merah. kenapa dua warna? merah bermaksud aku tidak gemarkan hari tersebut..mungkin kerana beberapa sebab yang aku sendiri tidak mampu hadapi nya..bermakna mood aku sangat tidak bagus. bila aku belek..argh! 2009 lebih banyak merah dari hitam..jadi aku mahu tahun ini diari aku berwarna dengan dakwat hitam.tetapi boleh kah..belum lagi habis tahun ini aku sudah jatuh terduduk!huh! sangat-sangat tidak ku sangka. sekali lagi aku rasa duduk di atas bara api...
januari....korang tahu 13 januari ini genap lah usia aku 34 tahun. wah!aku sudah tua dan beruban (akan datang)jadi sesiapa yang ada jual tonic anti uban jual lah kat aku..hehehehe.happy birtday to me..apa hadiah istimewa untuk aku agak nya. aku menanti seseorang yang mahu memberi aku ros merah macam ros yang ada kat backround blog aku ni. siapa ye nak bagi aku ros merah..suami aku?jauh lah dia tu.tak sempat lah sampai ros merah jadi hitam nanti.aku menanti seseorang belanja aku makan sempena harijadi aku ni.agak-agaknya lah kalau insan tu tak busy tahap gaban dia...okey guys and girl...selamat tahun baru!
Dicatat oleh IdaAnuar di 11:31 AM 3 ulasan Pautan pada catatan ini
December 19, 2009
hantu di sangka kucing...
induk rajin ke surau yang agak jauh dari rumah nya bersendirian. selalu dia hanya berjalan kaki sahaja ke surau.zaman dulu mana ada kenderaan lain selain basikal atau berjalan kaki. apa sangat lah berjalan kaki itu bagi zaman nenek-nenek kita dahulu.
induk memang seorang yang sangat penyayang dengan haiwan tak kira yang dipelihara nya atau yang di jumpai nya...terutama nya kucing.
di jadikan kisah pulang dari surau usai mahgrib induk terpaksa pulang bersendirian tanpa teman seperti selalu. dia memberani kan hari kerana hari belum lewat sangat. kecut juga perut induk sebab terpaksa melalui kubur panjang(..aku pun dulu kalau lalu kubur panjang gerenti berlari sekuat hati...kubur tu dah tak ada lagi.dah di robohkan sebab khabarnya ia di jadikan tempat memuja nombor ekor)
sampai di kubur tersebut..induk melihat seekor kucing berwarna putih yang sangat cantik dalam remang cahaya bulan.jinak sungguh dan induk terus mendukung kucing tersebut dengan harapan boleh menambah bilangan kucing yang dah ada.
tetapi semakin jauh induk dari kubur panjang...induk merasa kucing itu terlalu berat. wah!apa lagi induk pun melepaskan kucing tersebut dan berlari sambil sempat lagi memandang kebelakang..alamak kucing cmel tadi telah bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan...hantu bungkus!elok tergolek di tepi jalan..apa lagi demam lah induk seminggu. sejak itu induk cukup takut ke surau..syaitan begitu lah suka merupai apa sahaja....
kisah ni di cerita kan oleh mak aku.masa aku kecik-kecik dulu
Dicatat oleh IdaAnuar di 10:26 PM 4 ulasan Pautan pada catatan ini
December 17, 2009
selamat tahun baru...
orang yang tak tahu kalendar islam memang tak kan tunggu kedatangan tahun baru ini melainkan tahun baru yang datang setiap januari...bila baca blog kengkawan rata-rata berazam sakan.nak buat tu nak buat ni...aku percaya mereka berazam bukan sekadar berazam kosong.ada juga yang berjaya menyempurna kan azam mereka itu.
aku?...aku tak pernah ada azam.aku hanya ada kawan bernama azam yang dah lama tak aku temui.kenapa aku tak pernah berazam nak buat itu ini? sebab aku tahu sangat diri aku nih...gerenti tak pernah menjadi. sebab nya masa aku berusia 17 tahun aku berazam nak jadi budak baik kat sekolah.bawa buku gi sekolah...ikut kelas tusyen cikgu. azam aku nak dapat A pada semua mata pelajaran.tetapi malang nya...januari lagi aku dah kena duduk kat luar kelas sebab tak bawa buku. dah lah tu nakal aku tak habis kat situ pun...bertambah-tambah lagi ada lah.tusyen selalu jer malas sebab aku rasa sekolah aku tu punye lah jauh aku rasa. yang sebenar aku malas sebab aku memang pemalas bab nak belajar ni tapi aku terlebih rajin bila dah kawin)
sejak itu aku tak pernah lagi berazam....yang aku tahu.kalau nak aku buat aje.tak kira bila masa..cuma kalau nak beli apa-apa aku berazam lah simpan duit.
yang best nya..ada kawan aku berazam tak nak kawin.hehehe
dan ada pulak yang berazam nak tambah lagi bini tahun ni...hehehe.gud luck lah kat kawan-kawan aku tu.
Dicatat oleh IdaAnuar di 9:05 PM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
seri wajah...awas
Aku dapat cerita ni dari brother zul yang aku jumpa di ampang baru-baru ni...kisah masa dia mahu berumahtangga..belasan tahun dahulu.
lazim nya pengantin msti nak seri wajah yang asli dari tukang-tukang andam yang di tempah.ada banyak lah cara andaman ni..bacaan ayat suci ,ada juga yang menggunakan syaitan.kakak ni telah mencari satu alternatif yang biasa di buat orang..dan aku pun biasa gak buat benda ni.mandi bunga tujuh jenis..selalu nya bunga-bunga ini akan di embun semalaman sebelum di bawa mandi subuh nya nanti...di jadikan kisah kakak ini pergi bertemu seorang mak andam khas untuk mandi bunga sahaja.bukan untuk makeup kan dia sebaliknya tukang andam yang lain telah di tempah untuk makeup kan dia di hari bersandingnya nanti.selepas mandi bunga dan dinaikkan seri wajah kakak ini menanti mak andam yang seorang lagi untuk makeup kan dia tetapi sesuatu telah terjadi...
mak andam tersebut tidak dapat menyentuh wajah kakak tersebut,beliau tiba-tiba menggigil dan berpeluh seperti berlaku sesuatu pada dirinya di mana kita tidak melihat apa yang telah di lihat oleh mak andam tadi...sehingga lah pengantin lelaki datang ,pengantin prempuan masih tak siap-siap lagi..sudahnya adik beradik juga yang menyiap kan pengantin..
malang nya pengantin itu..tetapi majlis berjalan lancar juga akhirnya..
kesimpulan nya....mandi bunga,menaik kan seri wajah ni memang lah agak bagus tetapi kita kena lah lihat di mana dan dengan siapa kita melakukan nya.begitu juga andam ni.kadang-kadang ada juga yang tak elok...macam-macam yang di gunakan khasnya andam veteran dulu-dulu..(tak ahu lah kesahihan nya kerana aku pun dengar cerita orang aje...)
Dicatat oleh IdaAnuar di 10:00 AM 4 ulasan Pautan pada catatan ini


