BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 9, 2010

kembali menjadi warga kota!




13 tahun lepas...masa klcc tu ada lagi.semasa bas mini masih menjadi nadi kuala lumpur aku dah melepak kat dataran merdeka tu...masa tu seronok lah jadi warga kota...apatah lagi duduk kat desa pandan tu di mana aku boleh mencuit2...kawan-kawan artis tu. lepas tu aku mula rasa bosan tahap gaban...mula lah hati aku ada kat umah mak bapak aku. best lagi duduk kat kampung.gelap gelita pun aku happy...

hari ni...dengan rasa tak best nya aku kembali menjadi warga kota.warga pulau indah yang sarat dengan kontena2....betapa jauh bezanya sebuah viva baru dengan kontena.aku rasa macam kontena tu suka memperlekeh kan aku aje...aduhai.hehehe...

malam tadi sempat aku ke i-city...wah!bertuah lah pula menjadi warga shah alam ni.malam-malam boleh pergi melepak ke taman yang penuh dengan lampu...berwarna-warni..ia membuat kan aku tertanya-tanya...berapa bil elektrik taman ni ye?..ada rumah salji juga...bila masuk memang rasa sejuk.kapas-kapas memutih umpama salji.okey lah tu walaupun bukan real...meh kita saksikan kan lampu-lampu tu