BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 11, 2010

Jawapan logik...

Sudah hampir lima bulan aku tidak bermesra dengan ank aku yang no.2...sebb dia lebih gemar mengikut ayah nya bekerja...walaupun dia sendiri tidak bekerja(apa kudrat anak aku tu) dia gemar kan kapal terbang yang turun naik kat KLIA tu...happy lah bagi dia.
dengan rasa terpaksa dia mengambil giliran bersama aku pula di Pulau ini...wah! seronok pula dia membilang kontena yang lalu lalang kat westport ni.

"adik tu lori apa?'...
"kontena lah ibu.."
"eh..kenapa kontena tu pendek?"
"sebab iye tak panjang lah..."

erk! tercekik aku dengar jawapan yang logik dari mulut anak aku itu. aduhai! aku yang cerdik pandai ni pun boleh terkena dengan anak sendiri...bijak kanak-kanak sekarang kadang-kadang tak terjangkau akal kita sebagai orang dewasa...

ada masa nya kita sebagai orang dewasa tak tahu mengguna kan akal dan logik. tetapi kanak-kanak ada kalanya memiliki daya imginasi yang sangat tinggi..ada masa nya anak-anak aku mmenonton tv dan melihhat jenayah pembuangan bayi mereka akan berkata...kesian baby...ambik lah ibu.
jika kana-kanak boleh menilai erti kasihan...mengapa insan yang sedewasa ini tak mampu menilai erti kasihan...sudah rapuh sifat kemanusian mereka sendiri.kadang-kadang aku sendiri memikirkan nya berhari-hari...mengapa?...