January 17, 2009
Hantu ke apa ni...?
January 16, 2009
Keajaiban Ciptaan Allah...
January 15, 2009
Murni Kasih....
January 14, 2009
Semalam .....13 Januari 2009
simple jer....aku terlupa la pulak birtday aku yang ke 33...heheh,aku dah tua.kalau tengok jam jarum pendek nye dah menunjukan angka 3 jarum panjang pun dah duk kat angka 3 juga...dah petang dah aku rupa nye....
tiada apa yang aku mahu dalam kehidupan aku sekarang..melainkan di anugerah kan keimanan yang jitu,keluarga yang bahagia.....dan kehidupan yang berjalan lancar. aku tidak punya harta...anak-anak lah harta aku dunia akhirat.suami lah tempat berlindung yang aku ada,emak dan ayah lah keluarga yang aku sanjungi...segalanya berada dalam kesederhanaan. aku tidak permah rasa aku perlukan harta yang menimbun...sesapa yang kenali aku tahu lah bahawa aku tidak pernah ada walaupun seurat pun emas di tangan...kerana aku tidak pernah perlukan semua itu...walaupun di beri ia hanya akan ada di dalam peti untuk di simpan(untung kan suami aku?)....hehehe.macam tu lah aku...aku harap aku tak kan jadi orang lain...aku hanya mahu jadi aku...yang biasa-biasa sahaja.tak meterial dan tak menjadi kan hati satu penyakit.untung lah suami aku sebab aku tak pernah kisah apa pun.....kerana prinsip aku "PEDULI APA ORANG LAIN KATA,PERCAYA DIRI SENDIRI...TIDAK MENGIKUT KATA HATI MELAINKAN YANG RASIONAL SAHAJA MENGIKUT FAKTA BUKAN AUTA"
ah kau....dah balik!
January 11, 2009
mentari...sungai pahang

pernah dengar lagu joget pahang nyanyian tan sri p.ramlee dan saloma tak...aku cukup suka lagu tu,(citarasa aku memang citarasa orang tua)...ni lah sungai Pahang..besar kan.adam kata ni bukan sungai ni laut dengan pulau-pulau dia sekali.gambar ni aku snap masa on the way balik ke rumah aku dari cherating. masa perjalan dari sungai ni kerumah aku hanya dua jam jer..lebih sikit kalau berhenti makan dan minum dekat pekan muazam shah....selain dari sungai pahang ni,on the way lagi ada tasik chini(aku suka filem naga tasik chini)...kat sungai pahang ni setiap tahun ada acara lumba perahu...selalu di adakan masa sambutan hri keputeraan sultan pahang.sungai ni pun dekat dengan Pekan bandar di raja negeri pahang.satu tempat lagi aku nak pergi dekat pahang ni...aku nak pergi sungai lembing tapi tak lepas-lepas lagi.setakat gi temerloh cari ikan patin biasa sangat lah(walaupun aku tak gemar ikan ni)...tengok-tengok lah ye...sungai dan matahari tenggelam ni...jangan pulak jadi macam anak buah aku selat tebrau(johor) dia kata ..."eee..besar nye sungai"(sedang kan selat tu laut)..silap-silap sungai pahang ada plak yang kata " eeee....besar nye laut..."hehehe
Cherating......!!?



alhamdullilah...selamat juga kami (rombongan belia generasi berwawasan felda palong 7) sampai ke cherating.walaupun aku dengan dak along risau sepanjang jalan sebab cuaca yang memang mendung giler...sampai aku kata "ada sesapa boleh baca doa tolak hujan"...hehehe,siapa lah yang boleh menolak hujan kalau dah dia mai juga...ini lah benda yang aku sibuk kan sangat tu.mana kan tidak nak pergi 10hb.januari.rancangan di buat pada 28hb.disember...memang kerja gile!kitaorang yang menguruskan nye memang hampir gile lah di buat nye.tukang cari bas aku....tukang gi beli hadiah aku dengan dak along(tukang anta zahar dengan coi)(nasib korang lah kena bawak mak budak gi shoping)...cari budak-budak zahar dengan coi dengan aku sekali...tukang bagi taklimat aku jugak...poning!poning!ombak laut cina selatan memang ganas..tapi cantik jugak lah cherating.adalah buat tiga acara tarik tali,semakin jauh semakin sayang dengan birtday party(tak sempat ambik gambar sebab sibuk jaga wafa dengan adam yang dah jadi hantu air)...penat tapi berbaloi...membuka tirai aktiviti belia kami....tahun depan nak gi rombongan pantai remis plak...(boleh ke la..?)