BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 20, 2008

Kahwin Mualaf...


Aku sebenar nya tertarik dengan satu artikel didalam majalah mastika Januari 2009 yang kini berada di pasaran...kisah seorang gadis dari seremban yang mahu mencari jodoh di kalangan Mualaf.Bagus juga jika benar si gadis mahu membimbing mualaf tersebut ke arah kebenaran.alangkah murni nya niat sigadis.tetapi mampu kah dia..?

Pengalaman aku...aku sendiri berkahwin dengan anak seorang saudara baru.Ibu mertua aku adalah keturunan cina bangsa kek.unik berkahwin dengan mereka yang bukan sebangsa...aku boleh kenal lebih banyak budaya mereka.aku dan suami meraya kan juga tahun baru cina setiap tahun..sekadar menghormati adat dan budaya mereka.keluarga cina suami ku ini pula cukup faham akan keislaman kami...mereka akan meminta orang melayu memasak untuk kami jika kami bertandang...

cuma...yelah,bukan senang mahu membimbing saudara baru.arwah bapa mertua aku selalu melahirkan keluh kesah dihatinya kerana dia kurang berjaya mendidik mereka.termasuk lah suami aku juga.jadi tugas membimbing jatuh ketangan aku...alhamdullilah suami ku ini masih mahu mengikut kalau hendak di bandingkan dengan yang lain...mengikut tahap yang aku mampu.aku sedaya upaya cuba menjadi contoh pada sang suami.pada anak-anak...aku tahu bukan satu tugas mudah mahu membimbing golongan ini...sentiasa di duga dah teruji kesabaran.

Unik nya..muka anak-anak aku,tak seorang pun mengikut aku..melayu.semua dah jadi rojak...mata sepet,yang macam komunis pun ada.yang rupa melayu hanya yang sulong.yang dua lagi..memang copy habis muka nenek diaorang.jeles gak aku...penat aku mengandung 9 bulan 10 hari keluar jer...tengok muka..alahai!tapi mereka lah yang paling aku sayang dan yang paling comel aku rasa kan...hari-hari nak cium...huhuhu..... tak caya cuba tengok puteri bongsu aku ni...si amoi.

5 ulasan:

Sulela said...

Owwwhhhh...ko kawen ngan mualaf la ye. Takpe, asalkan ko boleh dorong dia ke jalan yang sepatutnya, insyaAllah...Allah akan bantu ko jugak. Cemana lak ko buleh jumpa ngan dia ekkk...hehehehe

Weh, anak bongsu ko memang macam rupa cina la...ewakaka.

Abang Long said...

Sebenarnya banyak kebaikan apabila berlaku kahwin campur.

Jom join kelab dan masuk kuiz.

IdaAnuar said...

nanti aku cite cam ner aku boleh jumpa dengan abang syang aku ni..pelik tapi benar tau...alah...sodih aku nak lah orang cakap rupa dia macam aku...wawa...huhu...abang long..nanti sya join club.cam ner erk

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡

美女福利色愛愛直播 said...

h漫卡通成人動畫
情色辣妹聊天
免費a片卡通版
情色成人網
av情色性愛視頻
免費視頻美女
av情色性愛視頻
免費a片卡通線上看
成人動畫卡通