BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 8, 2010

Mandi bunga...

korang pernah baca tak entry aku pasal mandi bunga untuk seni kecantikan seorang wanita. yang bertujuan untuk menyeri wajah dan menambat hati suami...hehehe. aku ni bangsa teruja nak cuba benda-benda macam ni maka aku memula kan perjalanan aku ke satu tempat di bandar untuk bertemu seorang pengamal mandi bunga ini.
sempat aku pekena nasi ayam lorong keramat sebaik turun dari putra lrt.
wah! umi memang anggun dan cantik. usia nya sudah setengah abad tetapi dia sangat cantik wajah nya. bercahaya dan berseri...wajah nya kemerahan persis merah jambu. terkejut dan tak percaya dengan amalan mandi bunga nya untuk seri wajah....tanpa palitan makeup wajahnya memang natural dan awet muda. ini semua untuk suami yang umi sayangi..kata nya. ye memang suami umi menyayangi umi. melihat rumah nya sahaja aku sudah pasti.gambar-gambar yang mempamerkan kemesraan mereka sudah cukup membuktikan bahawa mereka sangat bahagia dan gembira.
cerita nya tentang kaum wanita membuat kan aku sangat teruja..segala yang baik yang mulus dan tak terfikir dek akal..betapa wanita ini sangat di muliakan. argh...! kenapa aku tidak boleh menjadi seperti wanita yang bagus ini. tutur katanya sangat beradap...bersopan dan penuh dengan kelembutan. dah jarang jumpa wanita begini. aku sendiri tak begini. bagaimana aku mahu menjadi seperti wanita yang aku jumpa ini?..
bab mandi bunga..hehehe. aku buat lah juga dah terlanjur ke situ. bukan untuk apa apa pun..hanya untuk diri aku aje...segar rasanya bila berlimau dan berbunga. nak try?...jom ikut aku gi lorong keramat.