Terima kasih pada cikgu Hanafi yang aku jumpa secara tak sengaja masa aku jalan-jalan dekat mr.google.Ternyata cikgu ini mengingatkan aku kembali nostalgia zaman sekolah aku dulu.Murid yang biasa-biasa sahaja..tak terkenal di kalangan pelajar lain.Mana kan tidak aku ni kecik.kurus kering pulak..mana lah nak top...ehehehe..
Sekolah aku Sek.Men.(F) Palong4...aku hanya bersekolah di situ apabila aku masuk tingkatan dua.masa tingkatan 1 aku bersekolah di lenggeng....
Teringat aku pada kawan baik aku..Ramlah Burok,adik pada Zaidi Burok(scubajeff.blogspot.com),dari sehari ke sehari aku nak contact tapi tak ada masa yang mencukupi.Teringat juga kawan-kawan yang lain...mona(kali terakhir aku jumpa masa aku kerja di Desa Pandan.),aspalela,roslan mulup,norimyazmi,norazlina...dan ramai lagi.Termasuk lah Guru-guru kesayangan aku dulu...Cikgu Sabariah,cikgu Wan Adnan,cikgu Amran,cikguHanafi,cikgu kay(kamariah) dan semua yang pernah mengajar aku...
Kenapa aku teringat mereka semua..sebab sebentar tadi aku baru sahaja menonton cerita Petai untuk cikgu..yang menyebab kan airmata aku mengalir tiba-tiba...pagi-pagi aku dah mengalirkan airmata.Bila aku menjadi pendidik walaupun bukan cikgu formal..sebagai Cikgu IT aku tahu memang susah nak mengajar orang jadi pandai.Murid aku pulak bukan yang kecik-kecik tetapi yang dah tua dan tak kenal apa itu IT..cabaran yang maha besar bagi aku...bagaimana cikgu aku dulu menghadapi kerenah anak murid mereka agaknya..?Tak dapat aku bayangkan...kenakalan kami terutama nya.Pantang cikgu tak ada..macam ayam terlepas dari sangkar sahaja layaknya.Bila nampak cikgu datang dari jauh..semua dah senyap.Apapun 5PK4...tetap dalam ingatan aku
May 23, 2009
Cerita Masa Sekolah
May 22, 2009
Pagi ni aku senang hati so...
May 21, 2009
ANDAI AKU MAMPU...
Andai aku mampu...
Aku ingin mendakap mu...
menyentuh hati mu..
seperti dulu...
Andai aku mampu mengundur masa...
aku ingin lena di dakap mu...
aku ingin sentiasa di sampingmu...
memintal bebuih kasih..
menyulam bebenang cinta...
menjahit carikan rindu..
agar mampu aku jadikan hamparan...
paling istimewa buat mu...
dia yang telah tiada...
abadi dijiwa.....
HILANG LAGI....
May 20, 2009
Tetamu tak di undang
May 18, 2009
ribut...
Tolong orang!
jumaat malam sabtu aku ke pekan gemas mengambil anak angkat mak aku baru sampai dari johor.keretaapi sampai lewat sepatutnya jam 6 petang tetapi terlewat hingga 6.30 petang.sempat lah aku duk melepak kat restaurant stesen tu..pekena roti canai dan milo tabur.okey lah jugak makan kat situ.
selepas maghrib aku dan suami serta anak-anak bertolak pulang.hari hujan renyai-renyai...suami aku pun slow jer macam siput bawak kereta.mata dia tak berapa sangat bawa keta malam-malam ni...tiba di satu selekoh dari jauh aku boleh nampak percikan api,dan lampu moto tiba-tiba terpadam.sah..!jatuh.
aku dan suami memberhenti kan kereta dan aku cepat-cepat berlari turun nak tolong kakak yang dah terduduk kat tengah jalan...kereta pulak laju-laju dari kedua-dua arah.dalam gelap dan berhujan aku membantu kakak tersebut ketepi sementara suami aku menolong suami nya mengangkat moto.terlanggar anjing rupanya...
suami kakak tu okey tak ada apa-apa.tapi isterinya terkopak gak lah kulit tangan hingga menampakan tulang jari kelinking nya.putih aje...takut lak aku.
selepas JPA datang dengan ambulan nya aku dan suami bergerak balik.ngeri pulak mengingatkan tangan kakak tu..nak jer aku tanya sakit ke kak?tapi aku tak sampai hati sebab dia pitam tiba-tiba.nasib baik aku tak pitam....
May 14, 2009
Apa Barang la...!!!
satu petang yang tenang aku dan anak-anak duduk melepak kat tepi padang futsal. Tengok adik-adik belia aku main bola. Bila dah nampak aku kat situ maka ramai lah yang datang berkumpul...yang girl nya lah.borak-borak sambil tengok diaorang main bola..
"wei! apa lah wei...bola dah kat pintu gol pun tak leh masuk ke...?"
ada lah sorang budak tu...terjerit-jerit ,layak kera rupa nya..
datang pulak sorang kawan aku ni..
" ko ni apahal lah pulak..."
"napo...lak? ko tak nampak ko,bola ado kek pintu gol pun tak leh score...kaki tak bobodung."
"Ko ni apa barang la...aku tak nampak pun pintu kat gol tu..."
" Ko ni apa cite...."
"cite apa plak...ado ko nampak pintu kek situ tak..?"
"memang lah tak ado...."
"dah tu yang ko jadi boruk..terjorit-jorit macam kono belacan apahal..."
aku yang ada kat situ puas lah menahan gelak..tak baik gelak kan kawan yang tak pasal-pasal kena sebijik.logik lah tu...kat gol mana ada pintu...
May 13, 2009
BUNGA HATI
Bunga hati..
menjulur putik...
kembang setaman...
mekar sejiwa...
Hati berbunga ria...
melihat wajah mulus nya...
tenang hati mengusik sukma..
setangkai resah..berdendang pilu..
bagaimana hendak ku baja hati..
agar bunga mekar mewangi...
di dada awan...
di kaki langit...
bagaimana hendak ku rebut hatinya...
agar mampu kuhiasi di jambangan...
di sudut kamar hati ku yang kering...
Apa cerita hari ni...
Tak ada apa cerita melainkan masuk ke blog kengkawan..tinggal kan komen dan update blog aku plak.semua blog kengkawan aku boleh masuk kecuali blog dak apisz..entah apa kena internet eplore cannot open this web...apa barang lah internet aku ni.atau komputer aku yang tak ada antivirus ni dah kena viurs..tapi masuk blog lain okey aje..pelik nau lak aku rasa.
aku di landa masaalah bila aku bangun aje dari tidur hari...aku tak sedar apa-apa hingga lah aku buka komputer dan pandangan aku kabur giler.
Alahai!...sah lah power spek aku ada masaalh lagi.baru jer 3 bulan tambah power nak tambah lagi...huhuhu.kenapa mata aku semakin blur macam ni...?bila aku berkata-kata suami aku dah bising..tu lah hadap lagi komputer pas tu hadap lagi buku tu 24 jam...entah bila nak sudah.mengidap lah sendiri..kesian kat aku kena marah cam tu sekali.Tapi aku yakin jap lagi dia ajak lah aku gi tambah power lagi..sebab dia cukup tahu isteri dia tak boleh buat apa tanpa cermin mata..
May 12, 2009
spirit of the coin
korang pernah main benda berhantu ni...dalam bahasa lain nya quija.aku tak pernah tapi aku cukup tertarik pada satu artikel dalam mastika jun 2009 tentang jangan seru saya dalam hidup awak.
kisah seorang kakak yang bermain permainan ini dan telah terpanggil roh seorang lelaki bernama roslan.bekerja sebagai penternak dan berasal dari utara. siap boleh bertelefon lagi tapi dengan syarat hanya selepas jam 12 malam.dan yang aneh nya..mereka boleh pulak jatuh cinta...
sekali baca macam cerita dongeng aje..dua kali baca rasa macam betul...tiga kali baca aku dah tak tahu dah..benda macam ni ada ke dalam kehidupan.ada sesapa tahu dan pernah main benda ni...? aku nak sangat tahu pasal benda ni sebab...aku ni peminat Tok Awang Ngah.
Bukit Repah
sebelum aku menulis..sory lah gambar tak ada.sebab ini cerita yang aku dengar dari mulut seorang pakcik yang memang berasal dari sini.
pernah ikut jalan senaling kepis rompin? masuk dari pekan Kuala Pilah ke pekan senaling setrusnya menghala ke kepis anda akan melalui sebuah bukit yang agak curam berhampiran dengan felcra kepis sebelum simpang ke rembang panas,jika anda dari Kuala Pilah.Nak tahu apa yang misteri kat bukit tu?...begini cerita nya.
Riwayat penduduk asal kepis itu sendiri menceritakan kepada aku..sesiapa yang berhajat melalui jalan itu hendak lah bersikap baik.jangan takbur.di katakan di atas bukit itu terdapat sebuah keramat.terjadi satu kejadian...beberapa individu dari melaka datang lah ke daerah itu untuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. entah dimana silapnya..ada lah di antara mereka terlepas bahasa.you now...orang melaka.selepas majlis ringkas tersebut mereka pun bergerak pulang menaiki sebuah kereta.sampai di bukit tersebut..tiba-tiba enjin kereta berhenti tanpa sebab.puas lah mereka mencari punca masaalah tersebut tetapi hampa. salah seorang penumpang tersebut adalah penduduk asal kawasan itu..hanya diam tanpa kata. sehingga lah lalu seorang pemuda yang agak pandai hal ehwal kereta menolong mereka.puas juga mencari punca kerosakan tetapi hampa sekali..hingga lah dia berkata."macam ni lah pakcik.kita tolak ..pakcik terus masuk gear". dengan kehendak allah...enjin yang mati hidup semula.
mereka pun meneruskan perjalanan pulang ke melaka. jam sudah menunjukan ke angka 1 pagi.
dalam perjalanan itu...penduduk asal kepis itu bertanya." maaf cik nak tanya...macam mana majlis perbincangan tadi ada masaalah ke?...maka bercerita lah mereka,memang ada yang terlepas cakap.
di dalam hati pakcik tadi berkata...patut lah.kebetulan semasa kereta itu berhenti beliau telah turun sekali dan mendengar seperti suara orang tua mengeluh keletihan seperti mencungap diatas bukit tersebut...sah lah memang kerja ORANG TUA tersebut...kadang-kadang ia akan melintas merupai seekor ular melintas dan besar nya bukan kepalang....bukit tu memang sunyi di waktu malam...aku pernah lalu kat situ.tapi alhamdullilah..segalanya lancar.
J
May 11, 2009
Kenduri Kawin

May 9, 2009
Susah macam mana pun...
Susah macam mana pun...
seksa macam mana pun...
terpaksa mintak kat orang...
aku tetap nak jugak...
macam ni...
boleh bercinta dengan kekasih gelap dalam terang aku ni...
aku mesti cari dia..sebab...
aku cintakan dia dan
aku sayang sangat dengan dia...
kadang-kadang..aku tak ingat dah benda lain..
aku ingat dia aje...
korang mesti pelik..apa lah dak ida ni.
ada suami tapi nak bercinta lagi pulak...
suami aku itu je lah sorang yang aku ada..
cinta aku ni pun adalah sorang jugak yang aku ada...
korang nak tau apa dia...
ni ha..yang ada ABC sampai Z
dengan tikus ni ha...ada otak jugak lagi...
Komputer lah..apa lagi..
aku cilok ibu chidan nye komputer...menyusup ke dalam bilik dan...jeng-jeng..
lantas aku membelai cinta hati aku ni sepuas hati...
May 6, 2009
Apa nak dikata.
Kesian dengan nasib seorang kawan menyebabkan aku terfikir kenapa tidak aku minta pendapat kawan aku yang lain..pendapat di atas pendapat.Kawan aku ni perempuan baru berusia 29 tahun tetapi dalam usia yang sebegini muda telah ditakdir kan jodoh nya berkahir sekelip mata.Tapi aku rasa dia seorang yang cukup kuat dan tabah.Dia ternyata seorang wanita yang redha dengan ketentuan ilahi.
Namun nak di jadikan cerita datang seorang lelaki...suami orang tetapi belum mempunyai anak selepas 6 tahun berkahwin..bayangkan perasaan seorang lelaki yang merasa egonya pasti tercabar bila orang memperkata kan tentang kehadiran seorang bayi dalam hidupnya...yang tak bez nya mengapa kawan aku ini juga yang di cari sebagai galang ganti keburukan si isteri yang sering di canangkan...owh!aku kesian dengan si isteri..kalau lah dia tahu siapa suaminya itu.
aku sering sangat dah jadi penyelamat kawan ku ini..selamat kan dia dari di jejaki oleh jejaka ss ini.puas lah dia menerangkan ,menolak malah berkeras kata-kata tidak mahu akan lelaki ini..tetapi lelaki ini memang bodoh tak faham bahasa..
kalau di terima...orang akan tetap meyalah kan kawan aku ini...maklum sahaja lah.dia janda.nanti di kata orang dia jugak yang tak sedar diri sedangkan lelaki itu yang tak sedar diri nya sendiri...habis cam no...?
gambar kursus hari tu

May 5, 2009
rembulan..
Dalam pekat malam...
Aku dongak ke langit..
ku tersua bintang bergemerlapan....
ku terlihat rembulan berseri cahaya..
Kusatu kan menjadi untaian..
Untaian sang pujangga malam...
yang lara di hatinya..
yang sendu di jiwanya..
gemerlap bintang bukan penerang
limpah cahaya rembulan bukan penyuluh..
tak mampu jua membasuh..
lara dihatinya
sendu di jiwanya...
May 4, 2009
mancing,bohsia dan hospital

April 30, 2009
Puisi Jiwa
Aku melihat alam..
Luas...
Terbentang...
Tidak terjangkau...
Tidak terpeluk...
Hanya mampu aku nikmati...keindahan
cinta...
kasih...
sayang...
terbuku didada...
Tidak mampu ku luahkan
hanya mampu aku diamkan...
hati...
jiwa...
rasa dan kecewa..
beraduk di hati...
mencalari naluri
....jiwa...
....jiw....
....ji....
....j....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Dicatat oleh IdaAnuar di 4:50 PM 3 ulasan
Label: puisi giler aku...
April 29, 2009
kursus rawatan islam
di sebab kan hp aku masih masuk air..aku terkilan jugak lah tak dapat nak upload gambar masa aku gi kursus tempoh hari.bertarikh 25hb april 2009 bertempat di dewan kuliah kolej komuniti jempol.aku dengan group aku seramai 6 orang sebenar nya dah terlewat sampai..bukan sebab jem tapi sebab kitaorang kena gi bank kuarkan duit yuran..sebanyak RM20.
penceramah hari itu adalah ustaz hj abdul malek ladzim.beliau seorang pengasas pusat rawatan terapi al-quran darul hikmah.sesapa penah tengok expose mistik tahu lah ustaz ni..memang best dan dia masih muda trang tang tang tang...tapi dah beristeri.
apa yang aku belajar?...wah! bab ni yang bez nya.belajar bagaimana mengetahui tanda-tanda manusia itu di ganggu oleh jin.
antara tanda-tanda nya ialah
sakit di sebelah rusuk kanan tanpa apa-apa sebab
sakit di bahagian abdomen juga tanpa apa-apa sebab
mendengar suara halus berbisik di telinga
muntah tanpa sebab yang munasabah
terasa seperti di tolak ketika di dalam tandas
bermimpi binatang berbisa
anak kecil menangis tanpa sebab munasabah
ibu jari kaki terasa seperti di tarik orang
ternampak kelibat -kelibat
itu lah di antara nya.kalau nak senarai kan panjang pulak.cara mengatasi nya adalah dengan membaca
ayat kursi
surah alfatihah
surah alfalaq dan surah an nas dengan memegang kepala si pesakit dengan tangan kanan.baca berulang kali.
lepas tu kami diajar berdialog dengan jin ini...cara nya harus lah tegas,jangan mudah goyah.
sesi kedua kami bermula dengan bacaan ayat-ayat alquran dari surah-surah tertentu..nanti aku buat entry lain ye.
dan apabila ayat-ayat ini bergema kami di minta melelapkan mata dan kusyuk mendengar ayat-ayat tersebut. apabila di minta membuka mata...aku dapat melihat kawan sebelah aku dah menangis.ah!sudah..mari kita tengok siapa yang kena....tunggu lah aku dapat kan gambar dia jugak.tak puas lah kalau tak ada bukti..hehhhehee