December 31, 2008
BARA
Jom ikut aku skodeng

"Long jom kita gi jeram..""Buat apa kak?"..."skodeng"..selamba jer aku menjawab.start motor isi minyak...jalan.

Nostalgia Jambatan Gantung dan pokok Kundang

Pernah makan asam kundang?pada yang bukan hantu asam...sebut jer asam kundang dah mula terangkat bahu dengan memek muka masam,mencebik mulut.pada yang hantu asam pulak...kecur air liur,macam aku memang hantu asam...
December 30, 2008
Budu..oh Budu..
aku masih ingat masa zaman anak dara aku di Kampung Pandan Kuala Lumpur.bekerja sebagai seorang kerani data entry memang meletihkan..jadi balik sahaja ke asrama aku dan kawan sebilik aku budak pasir mas pakat lah tidur sahaja...
Mazlini,entah kemana lah budak tu sekarang...dah balik pasir mas lah agaknya. suatu hari dia bercadang mahu memasak...aku kata tak payah lah masak gerenti kau masak manis belaka..macam makcik kelantan yang jual nasi lemak dekat belakang office aku....dia kata.."tak lah..maz nak buat budu cecah kobis.lagi pedas lagi bez"...
Budak tu pun turun ke bawah dan bawak balik kobis dan seplastik cili api. aku tengok jer dia potong bawang,hiris cili banyak...perah asam limau tuang sebotol budu (yang dah tinggal separuh)..bau nye..alahai!
Dia senduk kan aku nasi panas."try lah kak ida..lepas ni gerenti kak ida gian"
Eh...macam tu pulak.aku pun try lah...takut kawan kecik hati pulak.sekali cecah...nyumnyum!sedap..maka laju lah aku menyuap nasi panas dengan budu cecah dengan kobis mentah...
Nak tahu tak...itu lah makanan aku bila time ujung bulan sebelum gaji.(makanan anak dara tak berduit)...hingga lah hari ni...budu tetap ada dalam peti sejuk aku...dan aku telah mengajar suami cina aku makan budu.dia pun jatuh cinta dengan budu seperti aku yang suka sangat dengan si budu...anak aku aje yang suka cakap "eeee ibu ni suka betul makan katak budu..."....erk!!!!!!
December 29, 2008
Boleh tak aku hidup gembira
boleh ke aku gembira kalau masaalah datang mencurah?
bila jiwa aku tertekan aku rasa macam nak lari..
aku bukan budak-budak lagi
aku dah tua..aku dah ada anak tiga
tapi kenapa susah sangat orang nak faham
dan orang-orang tu bukan orang lain..
parents aku jugak....
bila orang lain buat salah
segala kesalahan tu datang pada aku...
aku jugak yang salah....
aku yang begini...aku yang begitu
semua aku...
aku tak pernah minta semua ini terjadi...
segala nya di atur orang
dan semua yang salah...aku yang tanggung
betapa tak adil nya mereka...
dan air mata aku tumpah lagi....
December 28, 2008
Bosan nye aku.............
aku tak pernah di landa bosan yang maha bosan macam ni...pertama nye sebab anak aku wafi tak ada.jadi tak ada lah orang nak kacau aku dengan suara nye yang serak-serak basah tu...tak adalah aku terpanggil-panggil anje anje..dah dekat sebulan lama nya.apa kan daya suami aku yang bawak dia pergi duduk rumah wan nye di Kuala Lumpur..kalau tak di sebabkan mak mertua aku sakit,aku tak bagi juga anje tu balik sana.sunyi tak ada si debab tu....hawa pula sejak dah pandai berkawan ni dah tak peduli aku lagi...konon nya dia dah besar gajah lah tu sarung selipar duk bawah pokok..macam yang ibu dia suka buat masa mengandungkan dia dulu.aku dengar suara dia menyanyi riang di bawah pokok dengan kawan dia si ica...huh!dia dah pandai pergi rumah si ica tu ajak main....dah besar anak-anak aku.walaupun tak besar mana lagi tp dah pandai bawa diri tu okey lah jugak...kawan-kawan yang lain semua dah pakat nak ada baby lagi...dari atas bukit sampai kebawah semua dah ada kat dalam perut.aku..?teringin juga...nanti-nanti lah.kuato ada lagi sorang nak cukupkan korum 4 orang...hehehe..walaupun susah masa mengandungdan bersalin(semua anak aku di lahirkan besar.yang paling besar 4.16kg)..aku tetap mahu kan nya..kerana mereka lah harta aku yang paling berharga...tak ada duit aku tak kisah janji anak aku ada...adam daniel,wafie daniel,wafa hawanie...mereka lah raja dan ratu di hati bonda....syahdunye hati aku.arghhhhhhh....
Pernah tengok cerita Nancy Drew...?
Kejora di kaki langit...
My Baby Girl
December 27, 2008
Rendang,kenduri dan rahmat hujan


December 26, 2008
Akikah Hawa...alhamdullilah
alhamdullilah..tercapai juga hajat aku dan suami nak buat akikah untuk puteri bongsu kami.hawanie...antara berani dan takut aku snap jugak gambar-gambar ni...ngeri aku tengok tapi si hawa selamber derk...je tengok.besar gak lembu ni.harga nya 2500.00,daging nya ada 90 puluh kilo.daging lembu ni lah aku buat masak rendang.tumpang kat umah makcik yang buat kenduri kawin esok..
Tahi Minyak....
aku dah lah tuang gi rewang kat umah makcik ni...kebetulan plak pihak Felda nak aku tolong diaorang laksana kan majlis perjumpaan dengan peneroka..aku pun blah lah sekejap.datang-datang ke aku terus snap gambar kawan-kawan aku tengah perah kelapa nak buat tahi minyak...mcm ni lah cara nya.agak ketinggalan zaman cara-cara memerah santan ni tapi orait lah jugak kan dari guna tangan.sekurang-kurang nya makcik-makcik yang dah tak larat ni tak payah lah memerah lagi.guna je mesin ni...tahi minyak ni selalu orang guna nak masak rendang...rendang orang negori ni memang macam ni lah..tahi minyak nya di masak asing,daging dam rempah ratus nya di masak lain...esok aku snap plak gambar rendang yang dah jadi...gerenti kecur air liur...sementara tu tengok lah taik minyak ni...
December 25, 2008
Ku lihat hijau


KOCI LABU




December 24, 2008
Kasih Antara Kita
aku cukup tertarik dengan kata-kata dekat depan kulit buku ni."CINTA DATANG TANPA DISEDARI,PERASAAN CINTA ITU SUKAR UNTUK DIGAMBARKAN". Cantik kan bahasa yang berbunga-bunga tu.Buku ni keluaran Creative Enterprise.kisah dia tentang cinta yang di tolak dan cinta yang hadir dari orang yang tak di harapkan.happy ending.ketebalan 584 muka surat.pengarangnya norisah a.bakar.
Cerita Tamil...
Jom...Baca Buku Ni....
Hari ni aku bekerja di perpustakaan desa kat kampung aku ni.mengajar dekat sini lah sebab bilik aku kan dah kena pecah so gunalah komputer yang ada dekat lab ni...
Kat lab korang mesti ada buku ni.try cari. ni aku nak copy sikit cerita kat dalam buku ni...gerenti korang ketawa pecah perut....salah satu tajuk nya sentimental baju kelawar dengan indah nya malam pertama...buku ni sesuai untuk orang yang dah kahwin dan akan mendiri kan rumahtangga.pembaca nya tentu lah orang perempuan aje...sebab dengan membaca buku ni kita tahu lah perangai lelaki ni macam mana.terutamanya suami kita yang kadang-kadang bukan boleh caye sangat pun(bukan semua ye macam tu)...buku ni buku motivasi sebenarnya...untuk para isteri dan juga para suami....tetapi di garap menjadi satu cerita yang menarik denga dialog yang kelakar giler...aku membaca sampai berair mata sebab gelak tak berhenti sampai kepenghujung buku...share baca dengan suami gerenti dua-dua pun akan rasa bahagia je...
December 23, 2008
seindah warna pelangi
December 22, 2008
Istana Seri Menanti



Pagi Isnin yang ceria...
December 21, 2008
kisah cinta aku....
Rambutan Berbuah Lagi la...

December 20, 2008
Kahwin Mualaf...
December 19, 2008
Buah Dokong



December 18, 2008
demam selsema..batuk.
demam kura-kura.mengigil satu badan. hidung tersumbat macam kena sumbat dengan kacang kuda.batuk menjadi-jadi tapi ais bantai jugak...itu lah aku hari ini.berjangkit-jangkit dekat anak-anak aku pulak.
nak pergi doktor aku malas...tahan jelah...huhuhu..
December 17, 2008
Kursus di Corus Hotel Kuala Lumpur
December 16, 2008
Hari yang paling malang...
Aku semngat nak pergi keja.sebab dah ramai budak-budak datang nak belajar dengan aku....malangnya,hari ni bila aku pergi je kat office aku...aku tengok bilik tu dah kena pecah dah lah tu...lenggang jadinya bilik tu.komputer aku lesap semuanya....
entah sapa lah punye keja dok penaya aku.sakit hati aku.dah lah aku bersusah payah ambik tender ni....penat aku ke hulu kehilir mencari orang yang sanggup nak belajar,sekali bila dah jadi mcm ni....hampa sangat rasanya. nak menangis pun ada.ada kemungkinan aku pun akan hilang kerja..apa-apa pun aku terpaksa lah tunggu dalam masa dua minggu ni tengok apa cerita pihak kementerian.
memang patut aku rasa risau giler...dalam masa seminggu ni.rupa-rupanya barang berharga tu akan lesap.sebab tu aku tak ada mood dua tiga hari ni...fikiran aku melayang-layang je ntah kemana.nak update blok pun malas.rupa -rupa allah mahu menguji aku sekali lag..huwa!!
December 13, 2008
Kenduri Kahwin.....
Hari ni sabtu,aku cuti...best lah pulak kan cuti.Tapi awal-awal lagi dah kena sound dengan mak aku gi rewang...rewang tu kat n9 ni merujuk kepada menolong dekat kenduri kendara.kalau kat kl rewang tu bermaksud gi jenjalan.
aku cukup terkejut dengan kenduri pakcik ni...meriah giler.4 ekor lembu dah jadi arwah.khemah je 12 buah.tutup lah sekejap lorong kat umah aku ni sebab nak bagi laluan dekat pakcik ni...menyambut tetamu dia yang tentu nya ramai juga.
aku di faham kan pakcik ini adalah ahli majlis tertinggi satu majlis pertubuhan hak orang melayu..apa tah nama persatuan tu.ahli-ahli mereka ni kalau bersalam ada cara dia..nak tunjuk pun aku tak reti.dan petunjuk laluan kerumah ahli persatuan ni adalah pelita dengan baldi dan daun kelapa...pelik kan?tapi dengar nya persatuan di naungi oleh pemimpin terhebat kita..aku tak berani nak komen..sebab memang aku tak tahu.
Pengantin baru ni ..yang bagusnya bernikah dengan sepupu dia sendiri.macam mak dengan ayah dia juga.kahwin semenda..adat orang negeri sembilan perkahwinan macam ni di larang,sebab keturunan nanti jadi lembam..tapi pakcik ni berjaya menghasilkan produk yang berjaya...jadi tak boleh lah pakai adat tu kan.
warna tema pengantin ni purple dan pink...cantik.teringat aku zaman aku naik pelamin dulu...hijo.hehe...bila kompang berbunyi terasa aku pulak yang naik pelamin sekali lagi...tumpang jap duduk atas pelamin dia...
December 12, 2008
Hikmah Jumaat...
Hari ini hari Jumaat.Penghulu bagi semua hari,kata orang....aku tak kesunyian hari ini.ramai orang dekat dewan ni..sebab ada perjumpaan peneroka felda dengan Dato.Lilah Yassin..ahli Perlimen Jempol.perkara yang akan diaorang bincangkan ialah tentang penanaman semula getah,di tempat aku...
hari ni aku berkebaya kuning cekak musang...baju masa aku anak dara lago.wah!wah!...anak dah tiga tapi masih boleh pakai baju lama-lama tu...itu lah hikmah nya tahu menjaga badan....aku ni manusia yang sentiasa mengamalkan ulam-ulam yang banyak terdapat di keliling rumah aku...jus pegaga memang kegemaran aku....atau aku makan je macam kambing meragut rumput...sodap weh!....
hikmah jumaat kat aku....esok aku cuti!beznya.......hehehe....
December 11, 2008
Geramnya aku.....
Geram betul aku hari ni....elektrik tak ada kat tempat kerja aku,puas lah aku pergi tanya orang dekat - dekat aku ni ada elektrik ke tak.semua ada ..kenapa aku je yang tak ada.Puas lah aku cari punca nya..last-last baru aku nampak meter dekat dewan besar sebelah aku ni dah kena curi...secara tak langsung bilik aku pun blackout lah.
hampeh punye pencuri,macam lah benda tu mahal sangat nak di jual. Yang menambah sakit hati aku pulak...tongsampah aku pun kena kebas.sampah di biarkan berlonggok dekat belakang...tak ke geram.datang-datang je dah menghadap bala...bahana si pencuri.
ini lah senario yang biasa sangat terjadi dekat tempat aku ni...paling habis pun kelapa orang nak buat kenduri pun kena rembat.selamba dia je..semua nya pasal kemaruk hidu gam, hisap dadah...apa nak jadi dengan diarang ni semua agaknya....Geram aku!Geram!
December 10, 2008
Ceritaku Ceritamu...
Aku sendiri di tempat kerja.senyap dan sunyi...tak ada orang.yang peliknya hp aku pun langsung tak berbunyi.selalu nya ada juga Eda Azira main msg dengan aku...Sapa tu?...alah adik angkat aku yang duduk nun jauh di utara.dekat Kulim sana...
macam mana aku kenal dia...?
melalui si abang Azwan yang sama bekerja dengan aku di pasar Borong Kuala Lumpur sedikit masa dulu...ini lah aku nak cerita tentang budak-budak kesayangan aku ni. aku tak pernah tahu kalau Azwan ni boleh "terrapat" pulak dengan aku melalui sms nya..kira tak lah malam aku sunyi.(keja pasar borong tentunya waktu malam)
aku seronok melayan budak kecik ni...matang tak sesuai dengan usia dia masa tu baru lepas habis sekolah..zaman sekarang mana senang nak cari lelaki yang cepat matang berbanding usia dia.siapa sokong aku...?budak kampung...susah pulak tu,cepat lah sedar diri...
tapi sekarang ni dia dah kaya!kaya sikit lah,sebab tu dia tak ingat aku dah...dari susah dah jadi senang tapi ye lah..manusia bila susah ada lah sandaran nya.bila dah mampu hidup sendiri lupa segalanya...
adiknya pulak...budak sekolah yang curi-curi ambil no hp aku dari hp abang dia.terkejut beruk jugak dapat msg dari dia...tapi okey lah layan budak sekolah tak pening kepala.
moral dia kat sini....korang jangan lah cepat sangat suka kat orang.kadang-kadang orang ni suka sebab nak cari landasan bagi dia bergerak jauh je...sedangkan kita iklas.sebagai kakak aku suka lah diaorang ni berjaya...tapi bila lupa tu yang buat aku menyampah...taubat nasuha aku tak kan buat baik lagi dekat orang....
Argh...bosannya!
Aku benar-benar di landa kebosanan tahap maksima hari ni...pertama nya sebab aku lambat bangun hari ni...keduanya sebab aku mula bekerja setelah 4 hari bercuti...maunya tak bosan sebab aku terpaksa mula menghadap budak-budak yang bukan semuanya BAIK HATI..macam aku.
aku ada tugasan dari headoffice...tugasan yang sangat susah aku rasakan.menaja seorang individu untuk menjadi usahawan..tak kira lah apa perniagaan yang boleh diaorang buat.Aku harus membantu dari segi informasi mengguna kan internet line yang aku ada..sakit jiwa aku,sebab tak ada orang yang sudi di bantu...argh...buntu kepala otak aku dibuat nya.Apa kata aku aje yang jadi usahawan dan aku aje yang membantu diri aku...yang senang aku juga.yang berduit aku juga.yang lain tu suka hati dia lah..Tak Dapek Aku nak nolong!
December 9, 2008
Aidiladha di Kuala Lumpur
dah beberapa hari aku tak tengok laptop aku...sebab aku tak cukup tangan nak bawak naik keretapi..dah lah orang ramai,tapi demi suami dan anak-anak aku yang dekat sana tu aku pergi lah juga...seronok ke dekat sana...?huhu...tak tahu lah nak cakap sebab hari hujan sepanjang je sepanjang aidiladha nak pergi tengok orang sembelih lembu pun tak dapat...
sebut pasal orang sembelih lembu...aku cukup terkejut bila aku pergi ke bank...ada lembu tetambat dekat tiang elektrik betul-betul dihadapan bank.bukan tu sahaja ada juga lembu yang duduk dalam garaj..canggih betul orang dekat selayang ni...tapi itu bukan lah kerja orang kita,sebaliknya orang burma yang sudah menjadikan kg Selayang Lama tu seperti kampung dia juga...
Aku sempat juga ronda-ronda menjenguk Bukit Antarabangsa...ya Allah! sedih tengok keadaan nya.memang ibarat di landa gempa bumi yang dasyat..itu semua ujian Allah terhadapa umatnya,kaya belum tentu mampu melawan takdir Allah.pengajaran nya kat kita semua..jangan duduk di kaki bukit....sambil tu sempat lah aku tengok rumah datuk K dengan Siti Nurhaliza..hehe..penuh dengan akar menjalar di dinding dan kereta Datuk K yang berflat number KBJ.....
korang mesti tertanya-tanya kenapa blog aku sepi tak ada gambar...pertamanya aku memang tak ada kamera macam korang.keduanya aku memang tak ada kamera...sedih,nak buat macam mana...sikap aku yang penuh dengan kecincaian ini tak pernah mengutamakan kamera tu sebagai barang wajib yang aku perlu ada...aku tak minat ambik gambar atau bergambar...satu-satunya gambar yang aku ada gambar ic je...kalau ada pun semua gambar yang orang curi-curi ambil...hancur semuanya!..nanti lah aku kumpul duit beli kamera...
December 6, 2008
Kuala lumpur....Aku datang
Hari ni aku bercadang nak ke Kuala Lumpur.Untuk apa ye..? Kan nak raya Haji ni,so...aku nak lah pergi beraya kerumah mak mertua kesayangan aku tu.Lagi pun anak anak dan suami aku awal-awal lagi dah pergi kesana atas alasan cuti sekolah.huhu....aku dengan hawa aje yang tinggal dekat rumah. budak kecik tu jugak yang aku bawa pergi kerja,buat peneman dekat tempat kerja aku yang sememangnya senyap dan sunyi...
Bila sebut Kuala Lumpur aku teringat kali pertama aku ke sana.macam anak rusa tersesat dekat kampung.sorang-sorang....dekat depan menara maybank tu lah aku tercangak-cangak menunggu bas ke kampung pandan.masa tu belum ada lagi bas intrakota.masih lagi bas mini yang pendek tu...aku masih ingat lagi masa tu,betapa takutnya aku .dah lah sorang-sorang.perempuan pulak tu...tapi aku redah jugak sebab aku nak jadi manusia yang hidup dengan segala macam pengalaman kehidupan..tahun nya 1995.apa yang ada dekat kl masa tu...putralart pun masih dalam pembinaan.klcc pun baru tegak tiang aje...tahun itu bermula lah bermacam ragam kehidupan aku.ada suka,ada duka...semuanya datang silih berganti.
di sana juga lah aku kenal segala macam rempah ratus kehidupan. segala macam jenis manusia yang berbaur-baur bau nya. kena yang wangi...okey lah.tapi bila terkena yang busuk..alahai rasa nak lari balik kampung jam tu juga.walaupun sebenarnya aku tiap-tiap minggu ukur jalan balik kampung...alah..kuala lumpur dengan gemas bukan jauh.empat jam jer dah sampai.
nanti-nanti aku cerita pulak kehidupan aku dekat kampung pandan tu..kalau cerita sekarang esok aku tak ada cerita pulak nak kongsi dengan korang....jumpa lagi
December 5, 2008
hari pertama aku jadi pandai...
hari ni 5hb.december.2008...atas pertolongan budak yang berusia 12 aku berjaya jugak buat blog aku sendiri..huhu..malunya aku.korang mesti gelak kan aku giler-giler.kalau lah korang tahu aku ni sebenarnya cikgu tak bertauliah yang di gajikan oleh majikan aku untuk mengajar orang macam mana nak buat blog tapi tak pandai.....macam mana erk.nak tak nak aku mintak tolong lah dekat budak kecik ni..terima kasih adik sebab sudi ajar akak jadi pandai.
hari ni...dekat pejabat kecik aku ni ada temuduga kolej segi untuk lepasan SPM sapa yang nak jadi misi(nurse)...ada ke? sebab dari pagi sampai sekarang ni(dah pukul 1ptg..)aku hanya nampak sorang makcik teman kan anak dia temuduga. sedihnya aku tengok budak budak kat tempat aku ni....bukan tak ada anak dara dan teruna yang berkelayakan tapi diaorang ni lebih suka makan tanggung.maklum lah mak bapak semua kaya raya....aku juga yang kena keja pagi petang ikit time pejabat....sedih nya lagi,huhu...aku ajar percuma tapi tak ada sapa nak datang.kenapa ye....tapi bila aku buat tusyen berbayar ramai plak mak bapak yang hantar anak diaorang....macammana tu....sapa nak jawab?...