BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 11, 2009

LELAKI MISTERI

aku terjaga tengah malam itu. tidak tahu kenapa?...anak dan suami aku sudah lama lena. ...aku sahaja yang masih terkebil-kebil tak boleh tidur.peristiwa ini terjadi sewaktu rumah aku masih rumah lagi belum di reno..rumah kayu.
sedang aku terkebil-kebil..di satu sudut rumah,berhampiran dengan rak buku ayah aku(di situ ada banyak khazanah pelik ayah aku)..aku melihat kelibat seorang lelaki misteri..berjubah putih,berdiri tegak seolah-olah memerhatikan aku yang sedang terkebil-kebil di dalam gelap...sangat menenakutkan jangtung aku bagaikan mahu luruh. 5 minit lelaki itu terpacak dan terus ghaib selepas itu...
"apa ada kat dalam almari ayah kat depan tu.."paginya aku bertanya ayah aku.
"pasal pulak?"
"tak ada lah..malam tadi along nampak lelaki berdiri kat almari tu.."
"macam mana rupe ehh..?"
"berjubah putih..."
"owh...ada buluh bertemu ruas kat dalam almari tu..."
"mana ayah dapat?"...
"abang man kau bagi.."
abang man yang di sebutkan ayah aku adalah penduduk asli di daerah bera.beliau seorang yang berpengalaman dalam hal ehwal ilmu kebatinan...
menurut ayah aku...sudah dua tiga orang kawan nya memegang buluh itu dapat merasakan ada sesuatu yang menunggu buluh tersebut. aku melihat buluh tersebut...memang ruas nya bertemu. sayang nya..kawan-kawan...aku tak leh ambik gambar dia sebab aku tak ada kemera digital...kedua hp aku pun hp murah...eh nanti lah aku beli kamera dan aku akan ambik gambar benda pelik ni...entry akan datang...pedang samurai yang bergegar di dalam sarungnya.

5 ulasan:

Unknown said...

seram la pulak

IdaAnuar said...

uwang....serammmmmmmmm

mamai said...

ida aku nak tengok buluh tu jangan lupa ambil gambar dah lama aku nak tengok buluh bertemu ruas.

and jangan lupa pedang samurai sekali yer aku peminat pedang tu...

Sulela said...

Banyaknya benda misteri ko Da. Aku tunggu next entry ko. Best neh...

IdaAnuar said...

mamai...aku try guna hp hubby aku and cuba bluetooth kan

lela....okey.semalam aku mancing.sekor ikan pun tak dapat