BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

March 26, 2009

Dinihari dan orang gila



Dinihari tahun 1988,sewaktu itu aku baru sahaja berusia 12 tahun...aku terjaga dari tidur apa bila mendengar bunyi riuh rendah di halaman rumah(masa tu rumah kecik jer...rumah FELDA)

"Ha...pintas!Pintas!"

"Ha..cepat,cepat"...

aku pun melihat apa yang bising sangat . aku melihat mak aku duduk di dalam gelap dengan sebatang kayu. memandang ke arah tingkap.

"Apa tu mak bising-bising?" Selamba aku bertanya.

" Ish,,,diam tu nak tangkap orang gila..'

Demi mendengar sahaja perkataan gila aku dah boleh agak sape yang buat hal..sama macam tahun-tahun sebelum itu. memang kejadian ini bukan lah pelik.

"Ha..dah dapat! dah dapat!..." Aku mendengar suara orang bersorak. Dah dapat lah tangkap tu. aku pun meninjau di sebalik tingkap. aku boleh melihat orang gila tadi di serkup dengan Guni sambil meronta-ronta. Kesian pulak aku tengok...tapi kalau tak di buat begitu sure dia mesti mengganas...

Bila sebut orang giler aku teringat cerita ayah aku tentang orang gila kat kampung dia..

si hamba allah otak mereng ini kehulu-ke hilir hanya berkain pelikat tanpa memakai seluar dalam.(korang boleh bayang kan lah macam mana)..suatu hari beliau teringin nak minum air kelapa muda.maka beliau pun memanjat pokok kelapa tersebut. di jadikan hal..tiba-tiba kain yang dia pakai terlucut lalu jatuh ke bawah(bayang kan apa jadi dia kat atas tu)...di sebab kan dia mereng,otak tak betul...jadi dia memang tak boleh duduk diam-diam atas pokok tu....lalu lah seorang makcik di bawah pokok kelapa itu maka dia pun menjerit...

"JANGAN PANDANG ATAS,PANDANG BAWAH"!

kalau korang lah jadi makcik tu mesti korang pandang atas kan...nak tengok siapa lah yang terjerit-jerit tu...APA JADI KAT MAKCIK TU BILA DIA PANDANG ATAS.!!!!

ahahahaa....makcik tu terus pengsan bila tengok manusia ada ekor kat depan tengah panjat pokok kelapa!!