December 20, 2008
Kahwin Mualaf...
December 19, 2008
Buah Dokong



December 18, 2008
demam selsema..batuk.
demam kura-kura.mengigil satu badan. hidung tersumbat macam kena sumbat dengan kacang kuda.batuk menjadi-jadi tapi ais bantai jugak...itu lah aku hari ini.berjangkit-jangkit dekat anak-anak aku pulak.
nak pergi doktor aku malas...tahan jelah...huhuhu..
December 17, 2008
Kursus di Corus Hotel Kuala Lumpur
December 16, 2008
Hari yang paling malang...
Aku semngat nak pergi keja.sebab dah ramai budak-budak datang nak belajar dengan aku....malangnya,hari ni bila aku pergi je kat office aku...aku tengok bilik tu dah kena pecah dah lah tu...lenggang jadinya bilik tu.komputer aku lesap semuanya....
entah sapa lah punye keja dok penaya aku.sakit hati aku.dah lah aku bersusah payah ambik tender ni....penat aku ke hulu kehilir mencari orang yang sanggup nak belajar,sekali bila dah jadi mcm ni....hampa sangat rasanya. nak menangis pun ada.ada kemungkinan aku pun akan hilang kerja..apa-apa pun aku terpaksa lah tunggu dalam masa dua minggu ni tengok apa cerita pihak kementerian.
memang patut aku rasa risau giler...dalam masa seminggu ni.rupa-rupanya barang berharga tu akan lesap.sebab tu aku tak ada mood dua tiga hari ni...fikiran aku melayang-layang je ntah kemana.nak update blok pun malas.rupa -rupa allah mahu menguji aku sekali lag..huwa!!
December 13, 2008
Kenduri Kahwin.....
Hari ni sabtu,aku cuti...best lah pulak kan cuti.Tapi awal-awal lagi dah kena sound dengan mak aku gi rewang...rewang tu kat n9 ni merujuk kepada menolong dekat kenduri kendara.kalau kat kl rewang tu bermaksud gi jenjalan.
aku cukup terkejut dengan kenduri pakcik ni...meriah giler.4 ekor lembu dah jadi arwah.khemah je 12 buah.tutup lah sekejap lorong kat umah aku ni sebab nak bagi laluan dekat pakcik ni...menyambut tetamu dia yang tentu nya ramai juga.
aku di faham kan pakcik ini adalah ahli majlis tertinggi satu majlis pertubuhan hak orang melayu..apa tah nama persatuan tu.ahli-ahli mereka ni kalau bersalam ada cara dia..nak tunjuk pun aku tak reti.dan petunjuk laluan kerumah ahli persatuan ni adalah pelita dengan baldi dan daun kelapa...pelik kan?tapi dengar nya persatuan di naungi oleh pemimpin terhebat kita..aku tak berani nak komen..sebab memang aku tak tahu.
Pengantin baru ni ..yang bagusnya bernikah dengan sepupu dia sendiri.macam mak dengan ayah dia juga.kahwin semenda..adat orang negeri sembilan perkahwinan macam ni di larang,sebab keturunan nanti jadi lembam..tapi pakcik ni berjaya menghasilkan produk yang berjaya...jadi tak boleh lah pakai adat tu kan.
warna tema pengantin ni purple dan pink...cantik.teringat aku zaman aku naik pelamin dulu...hijo.hehe...bila kompang berbunyi terasa aku pulak yang naik pelamin sekali lagi...tumpang jap duduk atas pelamin dia...
December 12, 2008
Hikmah Jumaat...
Hari ini hari Jumaat.Penghulu bagi semua hari,kata orang....aku tak kesunyian hari ini.ramai orang dekat dewan ni..sebab ada perjumpaan peneroka felda dengan Dato.Lilah Yassin..ahli Perlimen Jempol.perkara yang akan diaorang bincangkan ialah tentang penanaman semula getah,di tempat aku...
hari ni aku berkebaya kuning cekak musang...baju masa aku anak dara lago.wah!wah!...anak dah tiga tapi masih boleh pakai baju lama-lama tu...itu lah hikmah nya tahu menjaga badan....aku ni manusia yang sentiasa mengamalkan ulam-ulam yang banyak terdapat di keliling rumah aku...jus pegaga memang kegemaran aku....atau aku makan je macam kambing meragut rumput...sodap weh!....
hikmah jumaat kat aku....esok aku cuti!beznya.......hehehe....
December 11, 2008
Geramnya aku.....
Geram betul aku hari ni....elektrik tak ada kat tempat kerja aku,puas lah aku pergi tanya orang dekat - dekat aku ni ada elektrik ke tak.semua ada ..kenapa aku je yang tak ada.Puas lah aku cari punca nya..last-last baru aku nampak meter dekat dewan besar sebelah aku ni dah kena curi...secara tak langsung bilik aku pun blackout lah.
hampeh punye pencuri,macam lah benda tu mahal sangat nak di jual. Yang menambah sakit hati aku pulak...tongsampah aku pun kena kebas.sampah di biarkan berlonggok dekat belakang...tak ke geram.datang-datang je dah menghadap bala...bahana si pencuri.
ini lah senario yang biasa sangat terjadi dekat tempat aku ni...paling habis pun kelapa orang nak buat kenduri pun kena rembat.selamba dia je..semua nya pasal kemaruk hidu gam, hisap dadah...apa nak jadi dengan diarang ni semua agaknya....Geram aku!Geram!
December 10, 2008
Ceritaku Ceritamu...
Aku sendiri di tempat kerja.senyap dan sunyi...tak ada orang.yang peliknya hp aku pun langsung tak berbunyi.selalu nya ada juga Eda Azira main msg dengan aku...Sapa tu?...alah adik angkat aku yang duduk nun jauh di utara.dekat Kulim sana...
macam mana aku kenal dia...?
melalui si abang Azwan yang sama bekerja dengan aku di pasar Borong Kuala Lumpur sedikit masa dulu...ini lah aku nak cerita tentang budak-budak kesayangan aku ni. aku tak pernah tahu kalau Azwan ni boleh "terrapat" pulak dengan aku melalui sms nya..kira tak lah malam aku sunyi.(keja pasar borong tentunya waktu malam)
aku seronok melayan budak kecik ni...matang tak sesuai dengan usia dia masa tu baru lepas habis sekolah..zaman sekarang mana senang nak cari lelaki yang cepat matang berbanding usia dia.siapa sokong aku...?budak kampung...susah pulak tu,cepat lah sedar diri...
tapi sekarang ni dia dah kaya!kaya sikit lah,sebab tu dia tak ingat aku dah...dari susah dah jadi senang tapi ye lah..manusia bila susah ada lah sandaran nya.bila dah mampu hidup sendiri lupa segalanya...
adiknya pulak...budak sekolah yang curi-curi ambil no hp aku dari hp abang dia.terkejut beruk jugak dapat msg dari dia...tapi okey lah layan budak sekolah tak pening kepala.
moral dia kat sini....korang jangan lah cepat sangat suka kat orang.kadang-kadang orang ni suka sebab nak cari landasan bagi dia bergerak jauh je...sedangkan kita iklas.sebagai kakak aku suka lah diaorang ni berjaya...tapi bila lupa tu yang buat aku menyampah...taubat nasuha aku tak kan buat baik lagi dekat orang....
Argh...bosannya!
Aku benar-benar di landa kebosanan tahap maksima hari ni...pertama nya sebab aku lambat bangun hari ni...keduanya sebab aku mula bekerja setelah 4 hari bercuti...maunya tak bosan sebab aku terpaksa mula menghadap budak-budak yang bukan semuanya BAIK HATI..macam aku.
aku ada tugasan dari headoffice...tugasan yang sangat susah aku rasakan.menaja seorang individu untuk menjadi usahawan..tak kira lah apa perniagaan yang boleh diaorang buat.Aku harus membantu dari segi informasi mengguna kan internet line yang aku ada..sakit jiwa aku,sebab tak ada orang yang sudi di bantu...argh...buntu kepala otak aku dibuat nya.Apa kata aku aje yang jadi usahawan dan aku aje yang membantu diri aku...yang senang aku juga.yang berduit aku juga.yang lain tu suka hati dia lah..Tak Dapek Aku nak nolong!
December 9, 2008
Aidiladha di Kuala Lumpur
dah beberapa hari aku tak tengok laptop aku...sebab aku tak cukup tangan nak bawak naik keretapi..dah lah orang ramai,tapi demi suami dan anak-anak aku yang dekat sana tu aku pergi lah juga...seronok ke dekat sana...?huhu...tak tahu lah nak cakap sebab hari hujan sepanjang je sepanjang aidiladha nak pergi tengok orang sembelih lembu pun tak dapat...
sebut pasal orang sembelih lembu...aku cukup terkejut bila aku pergi ke bank...ada lembu tetambat dekat tiang elektrik betul-betul dihadapan bank.bukan tu sahaja ada juga lembu yang duduk dalam garaj..canggih betul orang dekat selayang ni...tapi itu bukan lah kerja orang kita,sebaliknya orang burma yang sudah menjadikan kg Selayang Lama tu seperti kampung dia juga...
Aku sempat juga ronda-ronda menjenguk Bukit Antarabangsa...ya Allah! sedih tengok keadaan nya.memang ibarat di landa gempa bumi yang dasyat..itu semua ujian Allah terhadapa umatnya,kaya belum tentu mampu melawan takdir Allah.pengajaran nya kat kita semua..jangan duduk di kaki bukit....sambil tu sempat lah aku tengok rumah datuk K dengan Siti Nurhaliza..hehe..penuh dengan akar menjalar di dinding dan kereta Datuk K yang berflat number KBJ.....
korang mesti tertanya-tanya kenapa blog aku sepi tak ada gambar...pertamanya aku memang tak ada kamera macam korang.keduanya aku memang tak ada kamera...sedih,nak buat macam mana...sikap aku yang penuh dengan kecincaian ini tak pernah mengutamakan kamera tu sebagai barang wajib yang aku perlu ada...aku tak minat ambik gambar atau bergambar...satu-satunya gambar yang aku ada gambar ic je...kalau ada pun semua gambar yang orang curi-curi ambil...hancur semuanya!..nanti lah aku kumpul duit beli kamera...
December 6, 2008
Kuala lumpur....Aku datang
Hari ni aku bercadang nak ke Kuala Lumpur.Untuk apa ye..? Kan nak raya Haji ni,so...aku nak lah pergi beraya kerumah mak mertua kesayangan aku tu.Lagi pun anak anak dan suami aku awal-awal lagi dah pergi kesana atas alasan cuti sekolah.huhu....aku dengan hawa aje yang tinggal dekat rumah. budak kecik tu jugak yang aku bawa pergi kerja,buat peneman dekat tempat kerja aku yang sememangnya senyap dan sunyi...
Bila sebut Kuala Lumpur aku teringat kali pertama aku ke sana.macam anak rusa tersesat dekat kampung.sorang-sorang....dekat depan menara maybank tu lah aku tercangak-cangak menunggu bas ke kampung pandan.masa tu belum ada lagi bas intrakota.masih lagi bas mini yang pendek tu...aku masih ingat lagi masa tu,betapa takutnya aku .dah lah sorang-sorang.perempuan pulak tu...tapi aku redah jugak sebab aku nak jadi manusia yang hidup dengan segala macam pengalaman kehidupan..tahun nya 1995.apa yang ada dekat kl masa tu...putralart pun masih dalam pembinaan.klcc pun baru tegak tiang aje...tahun itu bermula lah bermacam ragam kehidupan aku.ada suka,ada duka...semuanya datang silih berganti.
di sana juga lah aku kenal segala macam rempah ratus kehidupan. segala macam jenis manusia yang berbaur-baur bau nya. kena yang wangi...okey lah.tapi bila terkena yang busuk..alahai rasa nak lari balik kampung jam tu juga.walaupun sebenarnya aku tiap-tiap minggu ukur jalan balik kampung...alah..kuala lumpur dengan gemas bukan jauh.empat jam jer dah sampai.
nanti-nanti aku cerita pulak kehidupan aku dekat kampung pandan tu..kalau cerita sekarang esok aku tak ada cerita pulak nak kongsi dengan korang....jumpa lagi
December 5, 2008
hari pertama aku jadi pandai...
hari ni 5hb.december.2008...atas pertolongan budak yang berusia 12 aku berjaya jugak buat blog aku sendiri..huhu..malunya aku.korang mesti gelak kan aku giler-giler.kalau lah korang tahu aku ni sebenarnya cikgu tak bertauliah yang di gajikan oleh majikan aku untuk mengajar orang macam mana nak buat blog tapi tak pandai.....macam mana erk.nak tak nak aku mintak tolong lah dekat budak kecik ni..terima kasih adik sebab sudi ajar akak jadi pandai.
hari ni...dekat pejabat kecik aku ni ada temuduga kolej segi untuk lepasan SPM sapa yang nak jadi misi(nurse)...ada ke? sebab dari pagi sampai sekarang ni(dah pukul 1ptg..)aku hanya nampak sorang makcik teman kan anak dia temuduga. sedihnya aku tengok budak budak kat tempat aku ni....bukan tak ada anak dara dan teruna yang berkelayakan tapi diaorang ni lebih suka makan tanggung.maklum lah mak bapak semua kaya raya....aku juga yang kena keja pagi petang ikit time pejabat....sedih nya lagi,huhu...aku ajar percuma tapi tak ada sapa nak datang.kenapa ye....tapi bila aku buat tusyen berbayar ramai plak mak bapak yang hantar anak diaorang....macammana tu....sapa nak jawab?...