BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 26, 2009

hantu sister

“dah lama kita tak balik rumah maklong..”
“Dia pun tahu kita sibuk…”
“Jom kita pergi malam ni?” Mimpi apa lah suami aku mengajak aku kerumah maklong aku pula malam ni.
Lepas maghrib kami bertolak dengan menaiki motor kriss(masa tu itu aje yang ada,maklum lah baru kawen.Perjalanan sangat lancer.Tiada apa yang mengganggu perjalanan kami walaupun kami terpaksa menempuhi sebuah tanah perkuburan katolik.
Tetapi lain pula cerita nya time pulang semula ke selayang. Apa laju sangat lah motor kriss hubby aku tu kalau nak di bandingkan dengan kereta atau cagiva mito sekali pun…ia tetap macam siput.okey lah aku tak kisah sebab zaman aku jadi minah rempit dah berakhir masa tu. Aku pun cool aje duduk kat belakang hubby aku siap aku peluk dia erat-erat sebab sejuk gila.
Sempat aku jelling jam di tangan.11.45 malam lah pulak.apa sal aku tak sedar masa syok berborak tadi.
Tiba pulak rasa takut di hati.macam biasa aku kalau nak geruh terjumpa benda tu mesti berdebar semacam.rasa darah menyerbu ke muka.panas tiba-tiba.tengkuk pun mula kembang…ah sudah! Kat mana pulak nak kena kali ni.
Memang terkena pun masa kami melintasi tanah perkuburan khatolik tadi..mata aku tertancap pada objek berbaju labuh hitam putih seperti sister gereja di sebelah kiri aku sedangkan perkuburan itu di sebelah kanan. Sempat juga berbisik di dalam hati.mana ada gereja dekat sini.lagi pun dah larut sangat kalau sister tu nak ke perkuburan tersebut sekalipun..
Aku buat bodoh jer kat belakang hubby aku sebab aku dah syak itu bukan manusia.masa kami berhenti di petrol pump hubby aku bertanya kalau aku ada Nampak apa-apa masa balik tadi.aku Tanya kenapa,dia kata dia ternampak lembaga putih di tepi jalan tadi.
Persoalan nya kenapa dia Nampak putih aku Nampak hitam…sah lah itu bukan manusia.

8 ulasan:

dina said...

aik.... pelik gak tuh... hehehe... tapi memang mak aku kata, kalau bukan manusia, sorang nampak lain sorang nampak lain. kalau nampak sama tu tipu namanya... taktahu le aku betul ke tak benda ni.

ida, aku tak dapek nak jumpo kau, sebab laki aku ajak balik kg malam ni, opahnya masuk spital... sori la!

Guru said...

pelik ya... sah bukan manusia

mamai said...

dia nak pastikan kau selamat ajer tu...lagi pun dia pun borng malam2 tak ada orang nak kawan heheheheh

IdaAnuar said...

dina....aku plak terpaksa postpon...anak aku kena sekolah ganti lak

a kl...sah lah tu kak sebab nampak lain-lain

mamai...banyak lah dia duk tunggu semata-mata nak pastikan keselamatan kitaorang..menakutkan adalah

Sulela said...

Da, adik lelaki aku yang suka nampak hantu tu pun kata macam ko. Masa nak nampak tu, dia akan rasa tengkuk meremang, berdebar2 dan rasa takot...huhuhuhu...

Benda yang ko jumpa tu tak wat pape ke? huhuhu

suarajagat said...

SALAM..
saya membpunyai 2 blog
1- http://suarajagat.wordpress.com
memperkatakan ttg ajaran sesat di malaysia.


2- http://sitaklukjagat.blogspot.com
santai informatif ttg politik, isu semasa, orang melayu, masakan, kehidupan dan sebagainya.

harap bloggers dapat add link saya di blog masing2. bertukar link & berinformasi.

kalau boleh, jadilah follower.

terima kasih

IdaAnuar said...

lela...dia tak buat apa-apa selalunya.dia cuma merenung

suarajagat...pasti saya akan jadi follower tu

Mak Jemah said...

ayyoo..hantu kafir..