BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 27, 2009

"Pakcik" kembali!

Peristiwa malam tadi….aku lena tidur seawal jam 11 malam aku sudah tertidur. Rasa sudah terlalu lama aku tidur.tiba-tiba aku di kejutkan oleh ‘pakcik’..dia memandang aku dan meletak jari ke bibirnya isyarat diam.aku berdiam diri…terkaku.sudah terlalu lama pakcik ini menghilangkan diri.tidak pula aku bertanya kemana dia pergi setelah lebih setahun ia tidak datang menziarahi aku.
Tiba-tiba aku mendengar grill pintu di gegar seolah-olah ada orang mahu menceroboh masuk ke rumah aku. Dan kemudian kedengaran bunyi tapak kaki mengelilingi rumah. Cepat-cepat aku bangun dan membuka tingkap tetapi aku tidak Nampak sesiapa pun di halaman rumah. Aku terasa ingin keluar menjengah kerana pakcik berdiri di belakang kereta..memang lah aku tak Nampak jika ada orang berdiri di belakang kereta tersebut.
Sah lah pencuri ni…di dalam hati aku berkata. Kerana tidak lama kemudian aku mendengar bunyi Hp tidak jauh dari rumah aku. Dah tengahmalam ni mana ada orang berjalan lagi hantu adalahAku tak hirau kan pencuri tersebut. Sebab aku tahu gerenti dia dah lari bila aku mula mengejutkan hubby aku. Yang aku kisah kan pakcik tadi. Sudah terlalu lama dia menghilang. Tak sempat aku mahu bertanya kemana dia pergi selama ini…dia hilang lagi tanpa berkata apa-apa. Balik rumah dialah tu agak nya.
Percaya lah selepas ini aku akan alami sekali lagi…tanda-tanda sesuatu peristiwa akan berlaku. Dan sah lah selepas ini tidur aku tak akan lena. Bila pakcik dah mula datang hidup misteri aku akan bermula lagi. Dan lepas ini…apa lagi pula yang akan berlaku.sebelum dia pergi sempat dia berpesan…jangan alpa!
Memang aku terasa…sebab aku dah mula terlupa banyak perkara. Solat aku hanya yang wajib. Yang sunat nya sudah hilang dek kesuntukan masa. Aku dah tak rajin berpuasa sunat. Kadang-kadang aku leka dan melengah kan solat. Ya! Pakcik hanya sebahagian dari mahluk Allah yang mengingatkan kelalaian aku terhadapa tanggungjawab aku sebagai muslimah.

8 ulasan:

mamai said...

pakcik datang bawa pesan kalau tido basuh kaki....

Sulela said...

Ada pencuri nak masuk dalam rumah ko,Da...nasibb aik ada pakcik tolong ko...

Guru said...

alhamdulillah

IdaAnuar said...
This comment has been removed by the author.
IdaAnuar said...

mamai..huh tak pernah lagi aku tido tak basuh kaki

lela...ye lah.ada pencuri.lps bersms dgn ko aku terus tido..syok nya kat umah mak mertua aku ni ada wifi.

a kl...alhamdullilah

Mak Jemah said...

nasib baik ade pelindung

Unknown said...

PAKCIK KOOL DIA PAKAI HOLOGRAM...KAH..KOH..KEH

mamai said...

ida kau bz ker lama tak muncul atau kau masih mencari pakcik