BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 11, 2009

Fedlot

Jeng-jeng....apa pendapat korang kalau aku beralih aingin dari ict ke accounting...hehehehe...penat tau aku belajar kat USM dulu.memecah kan otak mempelajari finance dan accounting ni...tapi aku pilih dengan bekerja di bahagian ICT. tak ada kena mengena langsung dengan kemahiran aku dengan matematik...Kenapa aku pilih bekerja di bahagian ICT...pertama nya....SEBAB AKU MABUK GILER DENGAN PC.MANA KAN TIDAK AKU ADALAH SALAH SEORANG PENULIS BAGI SEBUAH AKHBAR TABLOID.DIMANA AKU HARUS MENGEJAR DATELINE. DUIT AKU AKU TU...keduanya SEBAB AKU SUKA SANGAT NAK MENYELIDIK APA SAHAJA KAT MR.GOOGLE..TERMASUK LAH CERITA PARANORMAL DIMANA SEBAHAGIAN NYA AKU JADIKAN KOLEKSI PENDRIVE AKU. ketiga..SEBAB AKU SUKA SANGAT MEMBACA.AKU DAH MUAK MENGUMPUL NOVEL SEBAB KOS NAK SIMPAN NOVEL AKU DAH MENCECAH LEBIH 10RIBU. BACA KAT INTERNET LAGI BEST...
Fedlot ni apa ye...satu company yang di asas kan oleh Dato sharizat jalil. aku yang pos resume aku kat dia...saja suke-suke sebab dia jugak yang kata. kenapa aku duduk kat sana sedangkan aku mampu pergi lebih jauh. kalau u duduk dekat kl i nak u dan auntie u follow i, kan u juga kata u nak jadi YB...Hahahaha..aku nak jadi YB? ada bakat ke?Aku selalu lah panjat ofis dato masa kat KL sebab aku dengan makcik aku 100 prts terlibat dengan kebajikan masyarakat dah tentu memang di bawah dia. but..itu dulu....semalam SU dia yang handsome tu kol aku suruh datang kat Mount Kiara selasa ni untuk temuduga post sebagai accounting. perh...!dah lama sangat aku tak tengok lajer,buat kira-kira. UBS sistem pun aku dah kantoi. setakat buat akaun tuk belia okey lah sebab duit nye ciput jer...Tapi aku akan pergi juga lah temuduga ni..dah lama sangat tak jumpa SU dato yang handsome macam Hans Isac ni...see in Key Ell!!!...

April 9, 2009

Cik...Da..

" Wah! Cik da...nanti meeting belia kitaorang datang ye"
"meting belia..."?
" La kan belia buat mesyuarat agong nanti..."
"bila masa plak buat mesyuarat agong,kan dah buat ari tu.."
" La habis nape cikgu paisal cakap kalau kitaorang tak datang meting nanti dia kerat kaki...macam wajib je..."
"Dia cakap macam tu ke...?"
" Ye lah cik da..."
" Kau jangan mengada-ngada nak gi...."
" Napa plak...?"
" ni masaalah kitaorang cik da kata jangan pergi,jangan lah pergi k...tanya banyak pulak."
" Ko nak ikut cik da ke ko nak ikut orang lain...?"
" Cik da...lah cik da best..."
" Tau pun...jadi duk diam-diam jer kat sekolah tu."

bila anak gadis cik daud dah balik, sebagai cik da yang tak suka politik-politik diaorang ni on the spot menghabiskan kredit kol pengerusi.timbalan dan bendahari kitaorang. short meting ....markas kat rumah aku. pas tu berlanjutan hingga ke kedai nasi lemak public. penuh satu table.apa yang kitaorang bincang....pasal paisal yang cari pasal ni lah....

April 8, 2009

Pelik tapi benar...

Pelik betul aku...kemana pergi blogger kegemaran aku. Pj hilang.Apiz dah bagi amaran busy tahap Gaban. dak lela pulak..kata su modem dia hangus terbakar.yang ada atan sahaja...mana pergi yang lain ni...ketiadaan mereka menyebab kan aku di landa kebosanan yang amat sangat. sebab tak ada bahan yang hendak di baca...lalu aku menghabis kan masa berjalan-jalan di sekitar n9 ni..aku pergi KBS untuk bertanya kertas kerja aku dan budak-budak anta. Tak lulus...pelik kan? tapi ini lah kerenah birokrasi....menyampah aku buat kerja macam ni. bersengkang mata buat culculate...tetiba kena reject di atas alasan...BERANI MATI.Pergh....berdesing telinga bila dengar..." Kak kena reject..mcm mana ni.pening saya kak." Luahan hati Pengerusi aku tersayang tu...aku lagi lah dengan amy..terus tak boleh cakap apa dah....yang kedua nya sedang aku tercari-cari apa pulak projek nak buat lepas ni...si amy terbaca satu kursus...perubatan islam. ha..!apa lagi aku kol lah yang empunya penganjur...bila aku kol,tengok nama...aduhai! tak akan ada pelanduk dua serupa. ...ah! aku peduli apa.aku redah juga sebab adik-adik aku nih...sah lah ! memang dia..cikgu aku tersayang.yang tak pernah aku lupa sesaat pun...orang yang sememang nye memberi impak paling besar dalam hidup aku,dalam sejarah hidup aku....dulu sampai sekarang impak tu tak pernah menjadi kecil hatta sebesar zarah pun...sorry lah cikgu. aku bukan tak cuba lupa kan sebab benda dah lama. tapi aku memang tak boleh lupa sebab impak nya melibat kan hidup aku....susah menjadi perempuan yang taksub . bila dah di beri 100 peratus tuk orang lain memang tak ada lagi....dan ia tak pernah lagi kembali dalam hidup aku.pelik kan? tapi itu lah kebenaran nya......aku hanya ada rasa sayang tetapi aku tiada rasa cinta...beza aku dan orang lain barangkali.kenapa aku boleh tersenyum gembira.. sebab aku ada penasihat yang sangat baik hati....yang mengajar aku erti kesabaran terhadap dugaan hidup aku. aku makin kurus ke?...ramai orang cakap macam tu..entah macam mana nak cakap lagi...segala nya terletak pada aku...bahu aku dah tak mampu memikul.sampai satu masa aku hanya berdiam diri. tanpa berbuat apa-apa. duduk macam orang bodoh....penghabis nya aku tidur tanpa aku peduli kan sesiapa...macam orang sakit jiwa pun ada. memang aku sakit sangat sekarang ni...aku penat jadi anida. aku nak jadi orang lain...yang tak ada kehidupan silam(macam watak dalam novel RAM)...boleh ke.?kalau boleh yang semalam pun aku tak nak ingat. macam mikhail...

April 7, 2009

Takziah

Takziah pada Puan Saniah kawan aku yang baru kematian suami semalam. dan aku baru sahaja balik dari menziarah arwah...aku juga berkesempatan ke tanah wakaf.arwah meninggal di dalam tidur nya selepas mengadu sakit dada.
Ramai yang itdak percaya pemergian arwah kerana ramai yang baru sahaja berjumpa dengan arwah sewaktu mengambil anak nya dari sekolah pada pukul 1.30 petang. selepas mengambil anak di sekolah beliau mengadu sakit dada. setelah isteri nya menyapu minyak angin beliau mengadu mahu tidur sebentar...isteri pula kembali bertugas. selepas di kejutkan anak usai sembahyang asar, beliau mendapati ayah nya tidak bangun. di kejut berkali-kali arwah tetap tidak bangun. Jiran yang prihatin memanggil pembantu perubatan dan arwah di sah kan telah meninggal dunia...ALFATIHAH