BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

October 1, 2010

sudah lama aku diam

aku diam...tapi aku ada.cuma mood aku tak bagus untuk menulis.aku baru lepas keluar hospital...talesmia minor. so badan aku dah jadi macam prepaid kad..toup darah.huhuuhu.pas ni kalau aku perlukan darah aku akan iklan kan kat blog.A plus...macam drakula pun ada. sakit geng kena cucuk semua tangan aku dah naik lebam dah...orang beraya sakan aku pun sakan gak.korang makan rendang aku makan blood...hehehehe.lain dari yang lain. lepas keluar hospital aku akan memula kan perjalanan aku lagi.aku ada majlis kat teluk gong klang minggu ni.kawan aku yang kat sa tu tak pernah ajak aku datang umah dia...nak gak rasa wife dia masak. aku teringin nak makan rendang ayam pedas...

apa rasa nya menjadi aku sekarang...seksa sangat sebab memang aku kena tanggung segalanya. aku sakit tapi aku akan terus bergelak ketawa untuk kehidupan aku. aku rindu seseorang....yang ada di di dalam hati aku sekian lama. aku rindu sangat kat dia...sangat2..dia ada cuma dia sudah tidak mahu menyapa. pada dia aku kata kan...aku tetap macam yang dulu....segalanya aku simpan di hati.

okey geng...tak lama lagi aku akan cerita kan kembali kisah hantu yang banyak dalam koleksi aku yang aku cari dan aku simpan sebab aku tak menulis...ingat nak post kat paper macam dulu...tapi sekarang aku melayan pening aku lagi.contoh nya ...cerita sewaktu aku tinggal kat wad kat daerah aku ni...wait lah.tapi tak tau bila

June 14, 2010

kisah semalam

aku ke kuala selangor semalam...berjalan lagi(sayang nya aku x boleh upload pic ni sbb hp aku tetiba jadi hampeh)

dalam, perjalanan...aku terjumpa signboard pantai remis...balik nanti nak singgah. aku terjumpa bantal dan tilam kekabu...balik nanti aku nak beli.aku terjumpa kampung kuantan aku tak akan singgah sebab kelip-kelip tak ada waktu siang.

apa ada kat kuala selangor?...bukit melawati...bukit yang bersejarah...menghadap kelaut.pemandangan yang sangat menarik.sesuai untuk pencinta sejarah macam aku.sempat jugak lah aku melawat batu hampar yag di kata kan menjadi alas pemancungan kepala orang...ngeri pula aku nak bayangkan..ish.sakit tengkuk aku bila tengok batu tu.

apa lagi yang best kat situ?...monyet dan penjual aiskrim yang pengotor...yerk!boleh selamba aje dia buang hinggus dengan tangan...tak basuh pas tu usik aiskrim kon tu.korang bayangkan kuman yang melekat kat tangan dia tu....

tak nak cite bebanyak lah...korang boleh pergi kat sini nanti tegok sendiri betapa cantik nya kuala selangor...betapa bersejarahnya bukit melawati....dan aku telah memulakan kembali perjalanan aku dengan suport dari somebody yang paham aku ni suka merayau..dan melihat dunia.hahaha...untung aku.nanti aku akan cerita kan pula perjalanan aku yang lain okey...walaupun hanya dalam malaysia tapi aku bangga kerana malaysia memang cantik...tak payah pergi london tu.

June 12, 2010

World cup 2010

MAKAN BOLA
TIDUR BOLA
MANA MANA PUN BOLA...
JANGAN BUKA TUDUNG SAJI BINI HIDANG BOLA SUDAH LAH GENG...!

June 11, 2010

Jawapan logik...

Sudah hampir lima bulan aku tidak bermesra dengan ank aku yang no.2...sebb dia lebih gemar mengikut ayah nya bekerja...walaupun dia sendiri tidak bekerja(apa kudrat anak aku tu) dia gemar kan kapal terbang yang turun naik kat KLIA tu...happy lah bagi dia.
dengan rasa terpaksa dia mengambil giliran bersama aku pula di Pulau ini...wah! seronok pula dia membilang kontena yang lalu lalang kat westport ni.

"adik tu lori apa?'...
"kontena lah ibu.."
"eh..kenapa kontena tu pendek?"
"sebab iye tak panjang lah..."

erk! tercekik aku dengar jawapan yang logik dari mulut anak aku itu. aduhai! aku yang cerdik pandai ni pun boleh terkena dengan anak sendiri...bijak kanak-kanak sekarang kadang-kadang tak terjangkau akal kita sebagai orang dewasa...

ada masa nya kita sebagai orang dewasa tak tahu mengguna kan akal dan logik. tetapi kanak-kanak ada kalanya memiliki daya imginasi yang sangat tinggi..ada masa nya anak-anak aku mmenonton tv dan melihhat jenayah pembuangan bayi mereka akan berkata...kesian baby...ambik lah ibu.
jika kana-kanak boleh menilai erti kasihan...mengapa insan yang sedewasa ini tak mampu menilai erti kasihan...sudah rapuh sifat kemanusian mereka sendiri.kadang-kadang aku sendiri memikirkan nya berhari-hari...mengapa?...

June 9, 2010

kembali menjadi warga kota!




13 tahun lepas...masa klcc tu ada lagi.semasa bas mini masih menjadi nadi kuala lumpur aku dah melepak kat dataran merdeka tu...masa tu seronok lah jadi warga kota...apatah lagi duduk kat desa pandan tu di mana aku boleh mencuit2...kawan-kawan artis tu. lepas tu aku mula rasa bosan tahap gaban...mula lah hati aku ada kat umah mak bapak aku. best lagi duduk kat kampung.gelap gelita pun aku happy...

hari ni...dengan rasa tak best nya aku kembali menjadi warga kota.warga pulau indah yang sarat dengan kontena2....betapa jauh bezanya sebuah viva baru dengan kontena.aku rasa macam kontena tu suka memperlekeh kan aku aje...aduhai.hehehe...

malam tadi sempat aku ke i-city...wah!bertuah lah pula menjadi warga shah alam ni.malam-malam boleh pergi melepak ke taman yang penuh dengan lampu...berwarna-warni..ia membuat kan aku tertanya-tanya...berapa bil elektrik taman ni ye?..ada rumah salji juga...bila masuk memang rasa sejuk.kapas-kapas memutih umpama salji.okey lah tu walaupun bukan real...meh kita saksikan kan lampu-lampu tu

June 8, 2010

Laluan dia

pakcik R datang kerumah aku dengan badan yang merah...bagaikan udang di bakar.kelihatan kulit nya meregang bagaikan di siram air panas.kalau terkena benda tajam harus kulit pakcik R terluka.kesian aku melihat dia yang datang meminta di bantu.
Ayah dengan rela hati mencari kan daun- daun herba bagi di buat mandi untuk tiga hari berturut-turut...

hari pertama...

aku yang terkena.aku dan anak-anak selesa tidur di ruang tamu sejak kebelakangan ini.itu pun sebab cuaca panas yang tak bertapis-tapis..aku tidak tahu pukul berapa aku tersentak dari tidur. aku kira sudah terlalu lama aku melelapkan mata..puas aku cuba tidur kembali tetapi payah sangat nak tidur bila dah terjaga.tergerak hati mahu ke dapur membancuh milo suam...aku bingkas bangun sebaik sahaja aku berpusing...
alamak! dia duduk di atas kerusi...putih!bersih!..alahai...lemah lutut di buat nya. perkara yang aku sangat tidak suka....bila orang datang berubat aku yang akan tahu apa yang mengganggu mereka.sangat-sangat tidak aku gemari segalanya nya...ada masa nya aku cool tetapi ada masa nya aku tetap seorang yang penakut..

hari kedua...

Pakcik R mengadu dia terganggu dek kehadiran lembaga putih di rumah nya. sah! dia juga menunjukan diri nya yang sebenar.ayah hanya mengucap panjang...ini lah padah nya jika melakukan sesuatu tanpa mengira had. mahkluk ini sudah di ganggu laluan nya. laluan nya termasuk ke dalam rumah pakcik R...ya kita tidak melihat tetapi mahluk halus itu benar-benar wujud sebagaimana kita melata di muka bumi Allah ini....

hari ketiga...

Pakcik R datang juga menghabiskan saki baki pengubatan nya...dan ayah meminta dia mencari ubat pada sesiapa pun jua yang lebih arif...kesanggupan tiada pada ayah.sehingga hari ini bila aku berjumpa pakcik R aku tahu dia semakin hari semakin menderita....

June 7, 2010

Kesekian kali nya...

masuk yang ini...sudah dua kali aku ke mecc mines wonderland.apa lagi kalau bukan ke pameran buku...dan merayau dengan hero and heroin aku.kali ni lama sikit aku di kl...di samping menghabis kan masa senggang aku dengan anak-anak...aku juga menghabis kan masa aku untuk menanti kelahiran baby..hehehe bukan aku punye baby.adik bongsu aku akan melahirkan nya dalam masa-masa terdekat ini....so aku akan praktik kan ilmu aku semasa bekerja di klinik bidan dahulu untuk adik aku.tanggungjawab aku jugak lah sebagai kakak...

percaya tak kini aku hanya update blog aku sebulan sekali.mood yang tidak dijangka-jangka bila aku asyik dengan novel n telenovela dtv...disamping tugas rutin aku menjadi ibu yang paling sibuk untuk anak-anak aku.wah!aku benar-benar di hambat masa dan waktu...hingga kadang-kadang aku terfikir juga...di manakah masa senggang untuk diri aku sendiri...ye kini aku tidak ada masa untuk diri aku pun.membelai diri aku sebab tiada siapa yang mahu memandang nya...melainkan rumah dan anak aku.serta buku yang sentiasa tersusun di tepi katil aku....