gambar ni aku ambil masa aku dalam perjalanan dari gemas ke rumah aku.jam lebih kurang 9.45 malam.aku dan suami serta anak-anak.entah kenapa aku tetiba rasa bosan yang teramat.dalam kepala dah fikir nak tulis apa dalam blog aku...aku ingat nak tulis kisah pengalaman aku terjumpa hantu bungkus kat tepi jalan ni...maka aku pun ambik lah gambar ni.kebetulan memang ada kereta selisih dengan kami di selekoh ni tanpa ada kereta lain yang mengekori...memang gelap gelita.ada tiga keping gambar yang aku snap....yang aku nak cerita bukan pasal kereta lagi satu tapi apa benda yang ada dekat atas cahaya lampu kereta tu...suami aku kata.."nape ada dua mata atas cahaya tu?"...entah,aku pun tak boleh nak jawap.cuba...tengok betul-betul,siapa tu erk...?nak kata cahaya dari kereta lagi satu..memang confirm hanya satu kereta je yang selisih dengan aku...kalau ada pun dalam masa sepuluh minit.lagi pun masa gambar ni di ambil memang jalan nye buka lurus selekoh pulak..selepas aku ambik gambar ni tetiba jer kotak tisu dekat belakang dashboard terbalik...tanpa ada sesiapa mengusik nye sebab anak-anak aku dah tido.kalau di sebab kan selekoh tu...mustahil lah pulak..buka konar baring pun...pelik aku!pelik!
Riya Itu Syirik Kecil
8 months ago
9 ulasan:
Bukan hantu la Da. Tu balikan cahaya dari lampu kete tu. Aku ada penah tengok yang lagi seram punya. Dia tangkap gambar reramai. Belakang dia ada tingkap. Kat tingkap tu lak ada muka orang tengah tengok dorang tangkap gambar...waaaaaaa
mungkin jugak lah balikan cahya.cerita ko sebijik macam cerita aku masa keja dengan satu workshop kat selayang.dah lah aku sorang kat office.kena plak ambik gambar keja accident(mati orang nye)...tengok dalam pc ada kepala orang dekat oven cat kereta.bila aku intai balik sah memang aku sorang jer kat office....tutup office aku pun apa lagi cabut lah...
hahahaha...badi dia kot tu...ikut ko sebab ko amek gambar dia tanpa izin...hihihihi
seram aku!
kalau ikutkan hidup aku ni sentiasa di hantui hantu la....suka baca buku hantu.buku seram...aku ketandusan idea lah di sebabkan kesibukan aku sekarang...anak-anak aku sibuk ajak aku pergi bercuti.aku pulak sibuk dengan kerja.kesian diaorang...last-last CNY ni aku book hotel kat Port Dickson...jom la kita gi PD
Pehhhh...ko pegi PD ye? Dah lama aku tak pegi sana, Da. Sejak zaman sekolah rendah. Baru2 ni mak aku sekeluarga kat KL nun pegi berkelah ke sana. Keesokannya aku balik KL dan dorang pon cerita sakan la. Tanak dorang tunggu aku balik dulu. Sabar je la aku seorang perantau neh...huuuuuu
Da, nanti snap gambar banyak2 Da. Amek gambar pemandangan sekali ek. Kalau cnatik aku nak save dalam komputer aku...hahahaha
salam....suatu yang menarik tu..
esok aku gi pd...tak sabau aku.jom lah la.bilik ada kosong satu.aku sewa dekat laguna resort.ada tiga bilik
Saje je nak bagi aku jeles tahap tupai...hehehe
tahap tupai...hahaha
Post a Comment