BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 10, 2009

Kena rompak....!


terkejut aku pukul 3 pagi ada orang bagi salam...aku pun jawab salam dan bukak pintu dengan serabai dan mamai..."ayah mana?"

"tido lah cik..."tengok jam.tak menasabah je acik ni gi tanya ayah aku pukul 3 pagi gi mana.

" Ni ha...umah pak salleh kena rompak."

" Ha..." lantas aku pun mengetuk pintu bilik ayah aku bagi tau..

tergocoh-gocoh lah orang tua tu berlari keluar tanpa baju hatta berkain pelikat sahaja...

aku pun tumpang lah sekaki dengar cerita...namun kan aku nak gi menjengah pukul 3 pagi nih tak ada lah...

cerita nye..."pencuri tu lotak parang kat leher den..."

"apa sal tak jerit?"

macam mano den nak jorit...kang putuih leher den.."

"berapo orang buek kojo tu cik...?"

"Duo orang...orang indon agak eh.."

" masuk ikut mano cik..?"

"tu pintu bilik air.."

"la tak kunci ko..."

"telupo..."


alkisah nye...takut pulak aku.apa yang hilang?semua duit dan barang kemas...orang sibuk gi kejar ,mana nak dapat pencuri ni lebih cepat dan cekap.ntah apa nak jadi kampung aku nih...banyak nau pencuri.


tembak jer elok nye diaorang ni...ni senapang ada!

7 ulasan:

Atan said...

pengajaran nya.. jangan simpan duit dgn barang kemas banyak banyak kat umah

apisz said...

teruk la skrg..rumah aku pon ken

mat indon gak!! siot jek...

IdaAnuar said...

atan:~kebetulan plak makcik tu baru lps kuar duit kat bank sebab anak dia nak duit buat repair kereta bini dia...huhuhu

apisz:~bukan mat indon jer..mat malaya pun sama...

apisz said...

maaf kak..terletak "aku"..tak perasan taip td..

sbb mat malay ramai penagih skrg kak...


(^_^)

Sulela said...

Huihhh...bahaya ek Da. Main letak2 parang kat leher segala bagai. Seriau aku dibuatnya.

Anonymous said...

Astaghfirullahazhim..maut depan mata. Nauzubillahiminzalik. Rumah kitorang kat sini hampir je nak masuk pencurik. nasib ada pak cik jaga nampak. celibut dia lari.

IdaAnuar said...

la...tu lah pasal.aku suka sepah laptop aku kat ruangtamu..pas ni aku bwk masuk bilik kunci..

alang kenal acik tu..selang dua buah rumah kebawah bukit jer..acik tu sampai sekarang tak lalu makan...dah tu orang asyik interbiu dia jer