BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 22, 2009

Van Mayat...

aku memang suka dengan cerita yang aku baca dari koleksi cerita misteri mastika...buku nya ada di pasaran.cerita nye macam ni....

musim piala Malaysia memang menyebab kan kaki bola tak kira dah kat mana perlawanan akan berlangsung termasuk lah empat sahabat dari bandaraya ipoh yang sanggup turun ke Shah alam semata-mata nak tengok perlawanan antara Perak dan JOhor kat stadium Melawati.

selepas mereka menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut,lebih kurang jam 12 malam mereka bertolak balik selepas minum teh tarik dan roti canai di sebuah gerai...sambil dengar radio mereka pun berborak-borak lah pasal bola...2 orang kawan mereka yang duduk di belakang dah pun belayar entah kemana tinggal lah 2 orang di tempat duduk hadapan.

sesampai mereka di bukit berapit(orang perak kalau tak tau tempat ni entah lah nak kata apa)..si driver dapati ada sebuah kenderaan follow di belakang...dan memotong.tapi memperlahan kan kenderaan mereka seolah-olah bersaing dengan mereka...

lalu si pemandu berkata..."nak potong-potong lah,kalau nak test power aku tak ada masaalah,tapi ka....tiba-tiba dia berhenti bercakap.kawan yang sebelahnye nak ketawa segera memandang si pemandu yang telah memberi isyarat supaya memandang ke sebelah...

bagaikan hendak pengsan mereka melihat kereta di sebelah berwarna putih dan di penuhi lembaga putih...di mana pada kepala mereka terdapat satu punjut ikatan macam mayat....tanpa berkata apa pemandu tadi cuba melajukan kereta tapi kereta di sebelah pun turut mengikuti perbuatan pemandu...bila perlahan,dia perlahan.bila laju dia laju gak....sehingga lah sampai ke puncak bukit berapit...van yang di penuhi mayat itu ghaib begitu sahaja...taubat dah tak nak gi tengok bola lagi..

aku dulu selalu pukul 12 malam ada kat bukit berapit tu sebab nak gi penang..bercuti.tapi tak pernah jumpa apa-apa yang menakutkan....dekat rumah pulak aku terjumpa benda tak elok nih...pelik pulak aku..eeee seram!!!!!!

4 ulasan:

Anonymous said...

erm
nasib baik dengan kawan
kalau la sorang² bawak keta camtu
fuh!

IdaAnuar said...

harus...tinggal kereta lari lintang pukang!

Sulela said...

Tu pasal la aku malas nak baca malam tadi. Tengok tajuk je pun aku dah takut. Dah la tinggal sorang. Hampeh!

Sebenarnya cite2 camni memang best untuk dibaca, kan Da? Barulah variety...cerita chenta ada, cerita keluarga ada, cerita lawak ada, cerita suami isteri ada....errrr...melalut lak aku...hehehe

IdaAnuar said...

hahaha...itu lah tujuan aku menulis kat blog aku nih...ada informasi.ada cerita hatu,lawak bodoh..dan hehehe rojak buah