"assalamualaikum...da!dah siap ke.." setiap pagi aku akan mendengar intro yang sama dari bezfriend aku,yang aku try nak jadi kan pakwe masa sekolah tapi tak boleh...sebab,tengok muka dia aje aku dah rasa lawak.mcm carlie caplin.
"dah..jap aku pakai kasut nih..." selesai pakai kasut aku pun mendapat kan dia yang sudah siap menunggu aku seawal jam 5.30 pagi.(aku tak nafikan masa sekolah subuh aku selalu tinggal sebab nak kena tunggu bas time macam ni...)
selalu kitaorang berempat...tapi entah mcm mana hari tu tinggal lah kitaorang berdua(kalau orang jahat tak sia-sia je hari tu aku boleh di tangkap berdua-duan dalam gelap)
kitaorang pun berborak lah...pasal sekolah,gelak-gelak.tak sampai 15 minit kitaorang berjalan...tiba-tiba..
"syhhh..ko dengar tak?"...
"dengar...(berbisik)...
apa lagi kitaorang pun cabut lah berlari dengan beg sekolah yang punye lah berat.sarat dengan buku.tercungap-cungap lah kitaorang di pagi hari yang hening ni...sampai kat simpang tempat kitaorang selalu tunggu bas..
"ko dengar tadi da...?"
"dengar..."
"Ada orang ke...?
"Gilo ko pagi-pagi bute mcm ni ada orang membasuh,gelak-gelak"
"ha lah! dah lah tu ko dengar cara dia gelak cam itik angsa pun ada,cam orang pun ada..?
"mana ada orang bela angsa kat blok kita ni.."
"ye jugak..."
benda tu terus menjadi tandatanya kat kami...kawasan yang kami lalui itu memang ada paya,ada sebuah perigi lama. 5.30 pagi..gelap gelita macam tu ada orang mebasuh kain?memang tak logik sangat...bukan setakat dengar sahaja,kami berdua pernah terserempak dan bercakap lagi dengan benda tu...(entry lain ye...)...
korang tafsir kan lah...apa benda yang kitaorang dengar seawal subuh itu...dan sejak dari itu aku sanggup merayu kat abang dereber bas tu jemput kitaorang kat rumah.terpaksa lah aku tergedik-gedik dengan abang bas tu...menyampah aku bila terpaksa jadi girlfriend dia semata-mata aku takut nak jalan kaki lagi.sekarang ni bila jumpa abang bas tu dia selalu cakap aku ex awek dia....yerk!
Riya Itu Syirik Kecil
8 months ago
9 ulasan:
adeeeeeeee
nape tan?
Apsal ko tak pegi check, check, check it out? hahahaha. Mana tahu kot betul2 lak orang basuh kain sesubuh gitu sebab dia ada nak kemana2 lak pagi tu...hahaha
soalan bodoh dari aku...hihihi
pegi check hape...tak tercheck deh.sebab dah terang2 memang gelap gelita.kalau membasuh mesti nampak api pelita nye cik lela...ni tak gelap bumin.dah lah tu cara dia gelak...hei! meremang bulu tengkok aku
test baling batu mak long,
mana tau, menjerit plak makcik tuh,
hahhaa..
palong kaya betul dengan perkara² mistik kan mak long.
p/s: hantu pun ada anak. Dia basuh lampîn anak dia kot..hehehhe...
takde la...
dia basuh baju tu
tapi pelita habis minyak tanah...
takkan nak balik rumah refill kot
alang² dah sampai basuh jugak la walaupun dalam gelap...
kan...
Hahaha...pepagi aku dah terketawa sengsorang baca komen Chidan dan PJ :D
chidan dengan Pj biasa lah banyak point nak me...apakata kalau budak berdua ni aku jampi bagi termimpi peristiwa tu...wakakaka...harus ada yang bangun pagi tilam basah..hujan lah plak!
nasib tak jadik kondaktor tiket bas..
Post a Comment