BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 18, 2009

Tolong orang!

jumaat malam sabtu aku ke pekan gemas mengambil anak angkat mak aku baru sampai dari johor.keretaapi sampai lewat sepatutnya jam 6 petang tetapi terlewat hingga 6.30 petang.sempat lah aku duk melepak kat restaurant stesen tu..pekena roti canai dan milo tabur.okey lah jugak makan kat situ.
selepas maghrib aku dan suami serta anak-anak bertolak pulang.hari hujan renyai-renyai...suami aku pun slow jer macam siput bawak kereta.mata dia tak berapa sangat bawa keta malam-malam ni...tiba di satu selekoh dari jauh aku boleh nampak percikan api,dan lampu moto tiba-tiba terpadam.sah..!jatuh.
aku dan suami memberhenti kan kereta dan aku cepat-cepat berlari turun nak tolong kakak yang dah terduduk kat tengah jalan...kereta pulak laju-laju dari kedua-dua arah.dalam gelap dan berhujan aku membantu kakak tersebut ketepi sementara suami aku menolong suami nya mengangkat moto.terlanggar anjing rupanya...
suami kakak tu okey tak ada apa-apa.tapi isterinya terkopak gak lah kulit tangan hingga menampakan tulang jari kelinking nya.putih aje...takut lak aku.
selepas JPA datang dengan ambulan nya aku dan suami bergerak balik.ngeri pulak mengingatkan tangan kakak tu..nak jer aku tanya sakit ke kak?tapi aku tak sampai hati sebab dia pitam tiba-tiba.nasib baik aku tak pitam....

5 ulasan:

Syahiddmilikku said...

pengalaman best mak long!
bukan senang orang nak berenti keta tolong org eksiden...tambah dlm keadaan hujan², malam pulak tuh..
proud of you la, mak long.
thumbs up!

IdaAnuar said...

alang..sesekali cuba lah online kay ym tu..kita borak-borak.
memang kesian kakak tu.nasib baik cepat tarik dia kat tepi jalan.trauma sampai tak leh bangun.

mamai said...

niat baik mu akan di kenang pasti akan ada yang membalas

Sulela said...

Baiknya ko Da...hehehe. Pergghhh...ngeri tol la...sampai nampak tulang? huhuhuu. Mau aku pitam kalau tengok camtu...

IdaAnuar said...

mamai...tak terlintas minta balasana.malang ada di mana-mana

lela...aku pun ngeri tapi aku kesian kat dia.tu aku tolong.sakit oooo...nampak tulang