BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 20, 2009

awan...


hari ni sambil aku baring-baring...aku rasa macam sayu je tengok awan ni..dalam kepala aku masih sempat terfikir kata-kata laksamana sunan terhadap haryani...lalu di tulis di atas mushaf.
AWAN KALAU DAPAT DI CAPAI..MAKA SAKTI LAH HAMBA....(betul ke ayat tu?)
rasa macam nak usik je awan tu...boleh tak?

Boleh ke macam ni..?


lubang kat pokok rambutan ni aku dapat masa aku tengok apa lah anak aku buat bawak air dari bilik air pas tu curah kat dalam batang pokok ni...
besar jugak lubang ni..lantas aku pun tanya anak aku..
"anje buat apa.."
"yam tok.."(siram pokok)
"apa pasal lak siram pokok.."
"Dia nak num.."(minum)
"Ni lubang apa..?"
"Ulut iye lah..."(mulut dia lah)
"mana pokok ada mulut.."
" Ni..anje tak air.."(ni anje letak air)...
"Itu bukan mulut dia."
" itu lubang dia.."
"Macam mana plak dia ada lubang?"datang si abang bertanya..
aku tak tahu nak jawab.datang suami aku yang kekadang fius terbakar tu gi cakap
" Kesian pokok tu ...ni musim panas,elok lah bebudak tu siram..menyerap gak air tu kat dalam batang dia.."
aku tertanya-tanya plak...boleh ke macam ni?sebab setahu aku orang siram pokok kat pangkal pokok bukan tuang air dalam lubang yang ada kat pokok tu...

aktiviti kitaorang semalam...








ini lah aktiviti yang kitaorang buat dalam masa sehari...belajar buat manik pas tu gi cat pagar sekolah agama lak..buat amal kan


February 19, 2009

kesudahan nye




setelah sekian lama,lebih kurang sebulan aku duduk dekat lab (tumpang orang)akhir nye aku balik duk kat office aku nih....dimana kat sini lah bebudak datang melayari internet termasuk lah aku sekali yang mengguna kan stremix kat sini untuk update blog aku...broadband pun ada jugak...punca nye petugas lab tu tak suka kerja dengan orang lain.melainkan dia sorang aje

February 18, 2009

aneh nye...dunia

cuba korang bagi tahu aku...
kalau customer ramai..menyemak ke tempat korang keja?
macam aku ni...
aku mengajar it..
duduk dekat lab..
tak kan aku nak kacau keja orang lab tu kan..?
baik aku buat keja aku...
tapi dia kata nanti tempat dia semak...
budak-budak tak ada tempat nak duduk..
pada hal...bukan ramai pengunjung pun..
dan aku pulak...ramai yang datang belajar it..tahu aje lah benda macam ni orang lebih suka
petik jer dengan jari...
semua ada..berbanding buku..(buku pun penting jugak)..
apa kes dia ni ku pun tak tahu..
ada orang kata dia ni tak suka kerja dengan orang lain..
kerja dia tak boleh kesana kemari
kerja aku boleh duduk lepak rumah orang ajar it...
kerja aku boleh buat sesuka hati...
kerja aku boleh buat aku selalu kesana kemari..
mana nak sama dengan kerja dia yang duduk aje kat lab tu...
bos aku tak macam bos dia cerewet..
bos aku cincai sebab aku ontime..kerja siap...
tendion aku dengan keanehan orang ini...
sebab suka kerja sorang-sorang macam tunggul...
tak apa aku redha...dan aku akan duduk office aku balik...
lagi aku senang...aku tidur pun orang tak nampak...

February 17, 2009

Lawak bodoh...!

"semalam A kai masuk lagi"
"banyak lah dia dapat lauk dia tu.."
"standart lah a kai kalau tak dapat sepuluh eko bukan dia lah.."
"aku kan..kinzhir mati kena tembak ,aku makan.."
"Gilo...haram lah woi!"...
"Mana pulak haram...aku kata halal jer..."
"kureng apa otak ko..."
"Apa plak kureng...tak betul apa aku cakap.."
"Dah nak mati agak eh...buang tebiat.mana ada orang islam makan benda alah tu.."
"Bila pulak aku kata aku makan benda alah tu..."
"habis ko kata khinzir mati kena tembak ko makan.."
"habih kalau dia mati aku tak boleh pulak ke MAKAN?"
..............................................................!!?

"ada aku kata khinzir kena tembak,daging dia aku makan..."
"cuba ko baca betul-betul...

"KHINZIR MATI KENA TEMBAK,AKU MAKAN"

"ye lah ko tak kata pun ko makan dia...ko cuma kata ko makan...

huwaaaa...!lawak ko memang bodoh.

"aku nak makan aku bukan kira kalau dia dah mati kena tembak kan!kan!"

nak aje aku zass budak nih....!

February 16, 2009

Dunia ku...

tiba-tiba aku ingin menjadi
seorang pencinta tegar
pada dunia ku sendiri...
tiba-tiba aku rasa..
aku tak ada idea nak tulis blog lagi..
tiba-tiba aje aku rasa...
aku nak menulis cerpen dan puisi macam dulu-dulu..
dan tetiba jer aku rasa...
bosan dengan komputer aku..
aku tak tahu kenapa
mungkin sebab tadi aku tahu..
cermin mata aku bertambah lagi powernye
menanda kan rabun aku dah tahap gaban...
argh...dunia aku...tak ada yang berubah
melainkan aku bertambah rabun...
jadi aku memang di tahap malas ala badak air..

Kena lagi...

dengan penuh perasaan aku dan kengkawan bercerita tentang kebuluran dan kemiskinan
"kesian kan...ramai betul orang mati tak makan kat afrika ni..."
"dah susah nak dapat makanan...camne nak buat.."
"derma lah banyak mana pun...tak jugak mampu nak bagi diaorang makan..."
" kita ni dapat makan ikan masin pun dah alhamdullilah.."

tiba-tiba datang budak dua alam ni...pakat tak nak layan.dah tahu dah...mesti kena punye.

"korang cerita apa ni...serius jer nampak"
"sibuk lah ko...gi main jauh-jauh.."aku jawab tapi kawan aku yang lagi sorang...
"kitaorang cerita pasal afrika..kesian ramai orang mati tak makan..."
"nape plak nak kesian...kau ni yang tidak-tidak aje..."
"kau ni memang buta hati lah tak ada perasaan ke apa..."
"apa pulak buta hati ...betul lah tu,buat apa nak kesian..."
"melampau lah kau ni..."
"apa pulak melampau...cuba kau fikir..." Dia meletakan jari nye dekat kepala..
pas tu dia sambung...

"semalam aku gi ziarah pak mat meninggal dunia,mati...tak pulak aku tengok dia makan..."
"iye lah orang mati tak makan...mana ada orang mati makan"
"ha..tau pun kau...mana ada orang mati makan,yang kau kesian kenapa?"

sadis aku dengar!bernanah telinga..nak tak hendak...aku gelak jugak.

kesimpulan nye...ayat biar betul...kebuluran bermaksud orang mati sebab tak dapat makan..bukan ORANG MATI TAK MAKAN.
"

February 15, 2009

Petang Semalam...

bila jam sudah menunjukan ke angka 6 petang...askar-askar aku mula lah duduk berkumpul dekat tepi moto cabuk aku tu...dengan bunyi yang bermacam-macam.
"nek to bu..."
"ngok mat pit bu.."
maka aku pun dengan suami aku bawak lah diaorang melakukan riadah rutin diaorang tu..berempat satu moto.kadang-kadang aku buat jugak lawak bodoh...
"dah tak muat moto ni bang..."
"ye lah budak dak besar-besar lah pulak".
"kita tambah aje lah kayu kat belakang..senang."
"ibu ni mcm orang asli pulak.."
dah kenyataan nye moto tu memang dah tak muat untuk kitaorang.tak kan berjalan dalam kampung nak naik kereta...tak menasabah.nanti orang kata aku menunjuk pulak.

sampai dekat kawasan paya(nak gi rumah aku memang kena lalu paya ni..paya ni BERHANTU) tiba-tiba suami aku berhenti dan pusing balik..
"nape..?"
"cuba tengok nih..apa tu bu.."
suami aku pun tunjuk kat atas jalan.ADA BULU...WARNA HITAM.BANYAK PULAK TU...
aku pun heran.bulu apa pulak lah ni...lalu aku teringat cerita orang kampung selalu nampak lembaga kat paya nih...aku pun apa lagi,cepat-cepat ajak suami aku blah...
"pontianak tertinggal rambut kat atas jalan lah agak nye.."
"mulut....eee,cabul"
musykil betul aku....bulu apa lah agak nye tu...

February 14, 2009

NAK GELAK KE TAK?....

dengan muka selamba nye dia joins kitaorang tengah berborak dekat bawah pokok rambutan.tanpa rasa bersalah...sedangkan dia selalu buat salah dekat kitaorang.
salah yang dia lakukan bukan lah salah yang besar sangat...hanya suka merapu dengan lawak bodoh dia tapi logik...macam mana tu erk?

ketika dulu...aku asyik lah membelek buah limau nipis kepunyaan mak aku.banyak sangat buah nye kat kebun...hidup subur betul.
"apa yang kau belek tu...?
"Ni ha..buah limau nipis ni...buat air sedap ni.."
"ini buah limau nipis ke..?"
"iye lah tak kan kau tak kenal pulak..?"
"argh kau ni biar lah betul..."
"Apa sal pulak...?"
"Buah ni limau ni...
"Iye lah buah limau...habis buah apa pulak.." aku dah hangat dah...
"kau kata nipis..."
"iye lah limau nipis....kau gilo apo!" Aku dah mula hangin.
"Kau tu yang gilo...limau ni bulat apasal plak ko panggil limau nipis..."? dia tanye aku balik.
"Nama dia aje limau nipis....bentuk nye bulat"
"itu baru betul...ini tidak limau nipis!limau nipis..mana ada limau nipis,limau semua bulat"

tepuk dahi aku. ikut logik memang lah mana ada limau nipis.limau semua bulat.terkena aku langsung tak jadi marah.

kali kedua aku terkena masa aku tengok acik jiran aku tanam pokok pisang..aku silap sikit jer cakap

"Rajin betul acik tu tanam pisang"
"Acik tu tanam pisang? Pelik lah acik tu..buang tebiat apa"
"Apa pulak buang tebiat kan elok tu tanam pisang..."
"Entah aku tak pernah lak tengok orang tanam pisang macam yang acik tu buat.."
"Habis ko tengok orang tanam apa...?"
"aku biasa tengok orang tanam pokok pisang jer..."

erk....terjerut leher aku.betul lah tu...mana ada orang tanam pisang.pokok pisang ada lah...bodoh nye aku.huhuhuhuhu...tak kan aku terkena lagi kali ketiga dengan mahluk perosak mood aku nih....malas nak layan dia.

Huru Hara!

Korang pernah tak baca sekitar tahun lepas tentang penjenayah di tembak mati di segamat johor?..apa pulak kes nye kali ini..

saki baki kumpulan ini masih ada rupenya..menggunakan modus operasi yang sama,menyamun dengan menggunakan parang..ishk!sadis aku dengar dan bermula lah episod huru hara dalam kehidupan masyarakat kampung dekat rumah aku sebab kampung aku dekat sangat dengan daerah segamat itu..jalan kaki pun boleh(ikut jalan kebun)..

malam semalam dua buah rumah kena samun..kerugian hampir 10ribu jugak khabarnye..yang lawak nye cincin kat tangan yang tak boleh tanggal pun dipaksa kan supaya tanggal dengan melumurkan minyak kelapa.nasib baik dia ambik minyak kelapa,kalau di kerat jari dengan parang tu macam mana...?

aku mula lah tak lena tidur...malam tadi aku siap buat kan air kopi pada abang-abang polis yang masuk kampung.adalah dalam 20 orang..tapi tak pulak ada kecurian berlaku.aku ingat diaorang pun ada pasang kaki bagitahu jugak lah kat pencuri nih.

takut aku..huru hara hidup kitaorang semua,lebih selamat duduk luar rumah sebab dalam rumah pun dah tak selamat lagi...sampai bila lah nak macam ni...?

February 13, 2009

Konsert Ganjil!

sebab apa aku kata ganjil...sebab aku bukan paham pun apa yang artis tu nyanyi,dah lah miming.harap aksi jer tapi aku puashati sebab dapat pergi walaupun harga tiket yangdi beli mampu aku belanja kan untuk sebulan...
percaya lah kawan-kawan,semua itu terjadi masa aku duduk di kampung pandan,dan masa tu memang tengah hangat dengan cerita hindustan.maka dengan selamba nye aku and the geng membeli tiket untuk tengok konsert datuk shah rukhkhan....percaya tak aku yang tak minat dengan dia punye miming boleh terikut pulak geng aku pergi...
konsert tu memang best....tapi ada jugak yang aku dan kengkawan tak puashati....beratur berjam-jam..konsert plak start dah pukul 10 malam....nasib baik masa tu ada kelepasan dari asrama.(tiket konsert ni ditaja oleh bos aku..hehehehe)
memang ganjil lah konsert tu...sebab semua miming...baju artis pun ganjil,kembang-kembang dan berkilat...hindustan lah pulak....lepas konsert tu...aku tak pernah tengok konsert sehingga lah tahun lepas aku layan rock aku balik....tengok konsert BPR lah pulak! layan jugak lah aku dengan gaya hidup zaman muda aku dulu...hehehehehe(malunye nak mengaku jiwa aku.jiwa batu)

Bez plak tukar-tukar ni!

macam tukar baju pulak blog aku...header tu dah tentu hasil karya kreatif from my lovely chiddan...thank chiddan!chiddan yang serba pandai bab macam ni....dan aku jadi giler dengan header ni habis komputer aku berlatar belakang kan gambar ni...hikmah nye hero-hero aku takut nak usik laptop aku sebab takut dengan mata itu..hahahaha...selamat laptop aku dari tangan-tangan kecil yang kadang-kadang melekit dengan gula-gula dan mengundang semut menghurungi laptop aku...selamat!selamat!...

cerita menarik hari ini....header aku dah jadi macam RAMLEE AWANG MURSHID.terasa aku BAGAIKAN PUTERI...hohohoho

February 12, 2009

aduhai!seksa nye....

kalau lah aku tahu macam ni...
sumpah aku tak kan pergi..
tapi kalau aku tak pergi..
macam mana pulak lagi..
tak kan aku nak tanggung lagi..
sakit yang mencengkam hati...
tak kan aku nak diam lagi...
kelak aku yang merana diri...
huhuhuhu.....
mahu tak mahu...
hendak tak hendak...
aku tahan kan hati...
tapi aku tak tahu jadi begini...
kurang asam punye doktor gigi..
dia gi gerudi aku punye gigi...
tahan lah sakit separuh mati....
taubat aku tak nak gi lagi...
dari tak berbayar biar lah tunggu gaji...
baru aku cabut aku punye gigi...
klinik swasta akan aku pergi...
......adusss...seksa nye tak boleh makan...tolong!tolong!

February 11, 2009

Chidan tengok nih....!



khas untuk tatapan chidan yang jauh dimata...(surat terbuka untuk chidan,semua orang boleh baca)huhuhu....masa anda berangkat dengan menaiki belon itu anda belum tahu akan kewujudan mahluk allah ini(masa tu diaorang entah kat mana)...ini lah kumbang dan bunga yang menghiasi teratak buruk hamba...yang apabila dewasa nye di harap menjadi kumbang sejati dan bunga yang harum mekar.ini lah wafie dan wafa....yang akan memanggil anda alang dah balik ye!alang dah balik ye!yang akan meminta "alang tak ada kismis dari morocco ke.."atau"alang tak ada poster dengan tandatangan zinadine zidane ke" atau "alang,jubah cantik tak ada ke.." atau "alang......tak bawak balik morocco ke?" hehehehe....apa lah yang alang akan bawak balik nanti erk...KENGKAWAN NANTI CHIDAN BAWAK BALIK APA UNTUK KITA YE?

February 10, 2009

sambal gesek

resepi nye..

ikan bilis(agak-agak lah)
bawang merah (agak - agak jugak lah)
cili api
asam limau

tumbuk ikan bilis,bawang merah,cili...bagi hancur.pas tu perah asam limau secukup rasa...tak payah masak semua nye mentah.senang kan?..

khas untuk lela dan chidan(kat morocco ada bilis ke?)

wad neuro lagi...

dah lah aku tension duk kat wad neuro yang setiap hari ada aje yang pergi menyambut panggilan ilahi,aku lagi tension sebab kena jalan kaki kat kantin dan lalu wad emergency sebab nak makan punye pasal....kalau tak macam mana aku nak jaga suami aku kat wad tu.dah lah dia tak sehat,kalau aku tak sehat cam ner....seminggu dia kat ICU makan sume beres sebab bos dia baik hati bagi aku duduk dekat vistana hotel supaya senang aku nak berulang-alik ke hospital.okey lah jugak kan...tapi mana tahan sebab tak ada tempat nak basuh baju.lama-lama aku pun duduk lah dekat hospital tu aje.bentang tikar kat bawah.tidur lah walaupun tak selesa..doktor yang merawat suami aku memang baik hati..dia bagi aku tengok cara dia operasi kepala suami aku...alahai!lepas tu aku pun keluarkan isi perut aku.ngeri giler.loya tekak aku...

sehari selepas dia sedar dari koma...dia kejutkan aku pukul 3 pagi...tau apa dia tanya

"Yang...MU lawan Liverpol sape menang?"
Aku yang blur terkejut sempat lagi fikir ni musim bola ke...?
"ntah..tidur lah...mengantuk ni."
tak sampai setengah jam dia kejut aku lagi...
"Yang kol abang ari tanye..bola sape menang,dah janji nak tengok bola nih.."
"ye lah esok kita kol.."
tak sampai setengah jam dia kejut aku lagi..
"bangun yang tu suara budak nangis tu..."
argh...dalam kepala otak aku fikir...ni wad kepala,mana datang budak pulak.orang tua ada lah...HANTU!!!?aku mula kecut perut,ini hospital MACAM-MACAM ADA!...

sambung kat wad neuro...HKL

seminggu suami aku kat ICU...dia di tukar kan ke wad biasa tapi bukan lah wad yang BIASA tetapi wad LUAR BIASA.sebab apa aku kata luar biasa....kat situ semua kes memang luar biasa.macam-macam ada.ada yang tak ada mata..tengkorak hampir suku tak ada tapi hidup lagi.ada yang air otak dah meleleh kuar terkedang atas katil

pengalaman kat situ memang luar biasa...macam suatu hari tu,aku tegur lah pakcik tu kenapa dia masuk hospital...dia kata dia darah tinggi,masa tu aku tengok peluh yang keluar dah macam bertih jagung.aku pun tak lah layan dia sebab dia sakit.aku pun tidur lah dengan selamba nye..tahu-tahu esok pagi aku tengok nurse dah tarik langsir yang memisah katil aku dengan pakcik tu...la!dah meninggal pakcik tu.aku tanya nurse pukul berapa pakcik tu meninggal...pukul 2 pagi.lalalalala....semalaman aku tidur dengan mayat rupenye.boleh aku tak sedar...tidur mati.

dah lah aku menjaga suami yang sakit..memang aku stress giler...aku lagi giler bila tiap-tiap pagi orang gila kat wad gila sebelah wad suami aku pagi-pagi dah menyanyi.kalau pukul 6pagi okey lagi ini tidak...pukul 3 ke pukul 4 dia dah start...haru!

ada lagi satu hal yang aku tak boleh lupa...pasal bra warna merah yang tak pasal-pasal jadi kipas kat orang sakit jiwa tu...dah lah open selamba bukak baju bukak bra...dia buat plak kipas lagi...pecah perut kitaorang gelak tengok diaorang berebut bra merah tu sebelum kena tangkap dan kena ikat.

banyak lagi lah pengalaman aku kat sana...termasuk menjaga along chidan kat ICU ...accident jugak.patah kaki,tapi dia lagi lama tertidur kat sana.(koma...)masa tu dah plan nak sambut birtday sama-sama...tapi dia terpaksa sambut birtday kat hospital....selebih nye...suruh chidan cerita....

Trajedi mac 2004




kepala yang dah beruban ni ialah kepala milik mohd norhisham...suami kesayangan aku.tak ada benda lain ke aku nak ambil gambar ,nape kepala suami aku plak...pertama nya tak ada bukti tak best nak cerita.kedua ini kepala ini lah yang menyebab kan aku trauma nak ke hospital neurologi HKL.
semalaman aku mencari suami aku kat jalan kuching Kuala Lumpur.tahu-tahu dia ada dekat wad kecemasan dengan kepala yang membesar seperti buah kelapa.aku terpaksa pusing dua kali nak pasti kan betul ke suami aku nih...sah!memang dia.tapi aku tak nangis pun sebab kata doktor hanya ada sedikit pendarahan.aku pun sain lah borang untuk operation.lepas operation dia bermukim di wad kecemasan selama tiga hari...masuk hari yang ke empat dia dah hilang,tahu-tahu ada kat wad ICU.ICU?aku dah tak sedap hati apahal lah pulak lagi nih....aku pun tanya doktor...dia kata tunggu je suami awak sedar,tapi bila saya tak tahu!aku dah gabra...alahai suami aku...aku pun gi lah jengah dia kat katil dia..alamak ada tag kat kepala dia"NO BOND FLAP"...ha!sampai macam tu teruk ke....?sah lah teruk...masa tu lah baru aku melalak...sebab aku ingat biasa aje...masa tu lah aku teringat kat anak aku....(nanti aku sambung lagi masa kat wad neuro plak,mcm mana tiap pagi aku di kejutkan dengan lagu negara ku dan lawak bodoh bra merah..)

Kena rompak....!


terkejut aku pukul 3 pagi ada orang bagi salam...aku pun jawab salam dan bukak pintu dengan serabai dan mamai..."ayah mana?"

"tido lah cik..."tengok jam.tak menasabah je acik ni gi tanya ayah aku pukul 3 pagi gi mana.

" Ni ha...umah pak salleh kena rompak."

" Ha..." lantas aku pun mengetuk pintu bilik ayah aku bagi tau..

tergocoh-gocoh lah orang tua tu berlari keluar tanpa baju hatta berkain pelikat sahaja...

aku pun tumpang lah sekaki dengar cerita...namun kan aku nak gi menjengah pukul 3 pagi nih tak ada lah...

cerita nye..."pencuri tu lotak parang kat leher den..."

"apa sal tak jerit?"

macam mano den nak jorit...kang putuih leher den.."

"berapo orang buek kojo tu cik...?"

"Duo orang...orang indon agak eh.."

" masuk ikut mano cik..?"

"tu pintu bilik air.."

"la tak kunci ko..."

"telupo..."


alkisah nye...takut pulak aku.apa yang hilang?semua duit dan barang kemas...orang sibuk gi kejar ,mana nak dapat pencuri ni lebih cepat dan cekap.ntah apa nak jadi kampung aku nih...banyak nau pencuri.


tembak jer elok nye diaorang ni...ni senapang ada!