bukan minyak wangi...bukan bedak atau benda lain...melain kan yang tersusun dekat rak di mana aku bekerja.bau buku tu...argh!boleh buat aku giler sesangat kat buku.buku dekat rak yang pertama tu aku dah habis baca...kebanyakan nya novel dan buku motivasi...yang lan-lain tu ada jugak belek.buku baru yang masih dalam kotak pun ada lagi...setiap kali kotak buku itu di buka..aku rasa nak gigit je buku tu.bau nya...fulamak! susah nak cakap kalau dah giler dengan apa juga jenis buku...semua pun wangi.suka bau nye,suka membaca nye....aku memang hantu buku!
January 30, 2009
Bau yang paling aku suka....
Tension lah pulak...
"huru-hara betul lah..."
"apasal kak?"
"ni dari tadi tak mahu masuk-masuk.."
"tak kan lah pasal saya ganti guna nama akak.."
" entah biol..."
"time macam ni lah dia nak buat kecoh.."
"apasal lak..."
"ye lah akak nak berborak dengan kawan akak nih..."
"Guna je lah sms...."
"mahal lah pulak..."
"akak nak sms kemana yang mahal pulak.maxis ada,celcom ada,digi pun ada.."
"akak nak msg dgn budak oversea..."
"sapa..?"
"sibuklah..."
"alah akak ni...itu pun nak rahsia.."
"Dah..dah..jangan kacau..."
"aiyok...."
"hek aleh...! gi main jejauh...jagan kacau.akak tension ni..."
salah sapa lah aku tak leh nak YM....huhuhuhuhu...aku nak borak dengan kawan aku lah.....tolong aku....sape boleh tolong?
January 29, 2009
Broadband aku...
CHINTA.....apa itu cinta?
apa itu cinta?cinta bila kita rasa rindu pada seseorang(berlawanan jenis)...cinta bila kita gila bayang...cinta bila kita tak dapat melupakan si dia..dan cinta bila kita ingin memiliki nya. ini lah persoalan cinta di dalam buku ini...sebenarnye bukan cerita pasal cinta.lebih kepada kehidupan CHINTA..gadis yang bertuah di dalam malang....sebagai anak angkat kepada bapa saudara sendiri,chinta di layan buruk. di sepa terajang...atas alasan bonda chinta ada lah insan yang paling di benci bapa angkat nye...kecerdikan chinta memboleh kan dia belajar menjadi cendiakawan.bekerja bersama raja akid..lelaki yang di gelar metrosexual.berkawan rapat. raja akid lelaki yang terganggu emosi di sebab kan perbuatan ibu nya yang menjijikan,yang terlihat dek mata kepala nye sendiri.di sebab kan itu raja akid terlalu benci kan wanita...hingga di merasa kan yang dia sebenar nye bukan lelaki tulen. raja akid mengahwini chinta...tanpa nafsu seperti lelaki lain akibat dari kesilapan ibunye sendiri...okey lah buku ni.persoalan bukan setakat cinta tetapi kekeluargaan...seimbang.macam biasa norhayati berahim lebih menekan tema kekeluargaan...sapa yang minat boleh baca.
January 28, 2009
Dengar Muzik...?
Aku kah itu...?aku macam tak percaya pulak aku boleh suka dengar muzik...sebab aku bukan lah seorang pompuan yang suka dengan muzik yang ada zaman-zaman sekarang ni...aku ni suka denga irama 60an...ntah kenapa sejak aku ikuti blog sir nik...aku selalu dengar lagu nih..kat blog dia.matahari-agnes monica.fuh...!sekali dengar aku tak suke...tapi adam pandai betul menyanyi lagu ni...dari awal sampai habis.tak boleh jadi nih anak aku yang belum masuk jawi tu hafal lagu...kalau suruh belajar...jagan harap nak laju macam hafal lagu...mesti ada istimewa nye dengan lagu ni...kalau dia dah hafal.Aku pun try lah dengar...sekali dua kali tiga kali...masuk kali keempat aku terus download lagu ni kat laptop aku....bila aku tulis blog aku dengar lagu nih...jadi jiwang lah pulak....walau bagaimana pun jeffrydin tetap di hati aku.
eeeee...geram aku!kalau lah...

January 27, 2009
Jom ikut aku...tengok ni!
di sebab kan kebisingan yang melampau...aku pun start motor cabuk aku pergi lah ronda-ronda kat kawasan rumah aku...pun begitu aku masih di landa bosan tahap ultraman..maka aku pun membelok ke kawasan kebun getah..jalan-jalan makan angin.sedang aku syok mengelak lubang-lubang yang menghiasi jalan tanah merah itu...aku tetiba di serang kejutan....bila masa plak kawasan ni jadi markas askar.?mak ai....siap sekali dengan dia punya menara...macam menara celcom kat umah aku jer...boleh aku tak tahu ada askar buat latihan kat belakang umah aku...selalu nye kalau depa buat latihan mesti ada signboard bertulis..AWAS ASKAR MELINTAS.ni tak ada plak...aku pun apa lagi,lepas snap gambar(itu pun aku ketakutan tahap raksasa nak kena serang ultraman) aku pun blah...kang tak pasal-pasal aku kena bom...nanti tak ada orang boleh baca blog aku lagi...huhuhuhu....
Dah start dah....lari!lari!...
"dia dah start"...
"apa bu..."tanya adam bila aku membebel kt depan komputer aku.
"abang tak dengar ke tu...?"
"dengar apa bu...bunyi hantu ke.."alahai anak aku
"tu ha...ababg tak kan tak dengar..."
"iye lah apa....?"
"Tu yang dung dang dung dang..."
"ada tarian naga ke bu...ni kan raya ni..."
"banyak lah tarian naga abang..."
"dah tu apa pulak.."
" Ibu ni cakap lah betul-betul ...bunyi apa bu.."
"kejap lagi gerenti hujan bang..."
"nape pulak.."
"katak dah panggil hujan.."
"abang tak dengar pun...bunyi katak"..
'ibu dengar bang...macam hampeh"
"apa lah ibu ni..bunyi katak memang tak bez..."
"tahu pun abang..tak bez kan..."
mana aku nak lari ni...pening kepalaaku dengar ungas menyanyi kat sini....kain dah lah banyak kat ampai.kang ujan...sia-sia aje kerja aku dari pagi ni....helo bebudak sebelah rumah..kalau dah tahu suara pitch berterabur.lirik lintang pukang...renti kan lah berjaming tu...poning kepala makcik dengar....aku nak lari lah dari rumah
January 26, 2009
La...apa hal pulak tu?....
aku terlupa hari ni isnin.kelamkabut nak pergi keja,tapi...La,kan tahun baru china ni.Selamat tahun baru China kat mak mertua aku dan suku sakat nye kat jinjang tu.Angpow tak da ke?hehehehe....
HAri ni aku pergi membeli,pas tu belah....masa balik aku dan suami tertengok adegan tepi jalan yang alahai....cam ne ye..nak cakap
"Tu apa hal plak tu..."
"Mana...?"
" Tu ha...." panjang muncung suami aku menunjuk.
"La...."
" Boleh ke?...."
" Boleh lah tu..."
" Ikut suka hati dia je...tak malu ke?"
" Biar lah...lantak kat diaorang..."
maka kami pun terus tak peduli adegan tepi jalan tu...korang tahu apa!
kot ye pun anak nak buang air besar gi lah toilet.bersepah toilet kat busstand ada...kat petrolpump pun ada...boleh kat tepi jalan je...!
aku pun jalan lagi...
" tu lagi sekor..."
"apa lah ayah ni asyik tengok perangai orang je..."
"dah tertengok...tengok je lah..."
" Lantak lah kat diaorang...jangan ambik tahu..."
korang tahu apa dia....
Laki bini atau pakwe makwe bergaduh.sorang berjalan,sorang memujuk dari atas motor.kat tepi jalan yang sesak dengan kenderaan...aduhai!macam-macam cerita dekat tepi jalan...
January 25, 2009
Akhirnya..aku sampai kat sini....


Muzium Angkatan Tentera



kekecewaan aku pada Pantai Port Dickson terubat juga dengan melihat sejarah ATM kat muzium ni...nampak ganas tapi aku suka. di sini lah terletak berbagai momento ATM sejak zaman komunis hingga lah merdeka. terlalu banyak nak cerita.lagi pun aku singgah sebentar cuma di sebab kan kepanasan cuaca di pinggiran laut ni...aku sempat lah masuk ke dalam terowong khas dimana aku boleh melihat tempat komunis bermeeting,mengubati pesakit,orang yang terbaring...motorsikal PKM,dan sejarah era komunis hingga ke era kejatuhan komunis....kalau ada anak penakut jangan lah bawa masuk terowong ni.memang agak menyeram kan. selain dari tu ada pelbagai jenis kereta perisai dan kapal terbang khas ATM.eh...korang gi lah muzium ni...boleh jugak korang baca beribu nama yang terkorban sewaktu zaman perang dulu...aku tak larat nak tulis satu persatu...tengah mabuk laut lagi nih...
January 24, 2009
Port Dickson...

January 23, 2009
Laguna Resort Port Dickson
hehehehehehe....aku tersengih je sepanjang hari ni.mana kan tidak aku nak gi bercuti setelah sekian lama aku tidak ke mana-mana,pertama...ye lah fizikal suami aku tak mengizin kan dia berjalan-jalan terlalu jauh dari kediaman nye. selepas operation kali kedua pasang titanium di dalam kepala dia,dia pun dah okey dan medical dia pun dah 6 bulan sekali..jadi boleh lah kami bercuti.itu pun bukan lah jauh sangat pun...PD jer.aku tak ada lah gambar laguna...kalau nak tengok ...cari je lah dekat internet...untuk kawan aku lela...jom lah aku tunggu kat PD kalau nak join...ada bilik kosong nih....lupa kan lah jeles tahap tupai tu weh...!wakakaka....
January 22, 2009
Dusun dan kolam aku...



di celah-celah pokok durian itulah aku menggali tiga biji kolam...nak letak puyu tapi tak letak lagi...aku nak pergi bercuti dulu....huwaaa balik nanti baru buat projek.angin malas anak beranak dah sampai lah tu..hehehe.Jom ikut aku lepak kat dusun aku nih....bez tau.nak memancing ikan kat tebat(anak air) pun boleh
Ulit Mayang
January 21, 2009
Pekan Gemas...Nasi Ayam...



Pekan Gemas...siapa yang tak tahu memang lah tak pernah baca sejarah atau tengok peta pengangkutan.sesiapa yang selalu balik kelantan atau terengganu naik keretaapi...pekan ini lah dimana laluan kepantai timur akan bertukar. kira macam Kuala Lumpur interchange lah...KLIA interchange. selain dari stesen keretapi comel ni...pekan ni terkenal dengan nasi ayam yang sedap(kata orang yang selalu gi makan lah)...gerai nasi ayam dekat busstop gemas ini memang sentiasa di penuhi orang hingga terpaksa beratur untuk menikmati nye...(aku kalau bab beratur ni memang aku malas)jadi tak lah selalu aku gi makan nasi ayam. aku suka pergi pekan ni..tak sesibuk pekan yang lain. harga barangan nye pun murah...aku beli tudung ikin pun baru rm6.90...murah kan?...biar pun layak di panggil pekan koboi...pekan ni memang banyak meninggal kan nostalgia pada mereka yang duduk di sekitar sini...termasuk aku sebab aku selalu suka lepak kat stesen keretaapi ni...tengok keretaapi zaman datuk nenek moyang kita....keretaapi arang tu.
January 17, 2009
Hantu ke apa ni...?
January 16, 2009
Keajaiban Ciptaan Allah...
January 15, 2009
Murni Kasih....
January 14, 2009
Semalam .....13 Januari 2009
simple jer....aku terlupa la pulak birtday aku yang ke 33...heheh,aku dah tua.kalau tengok jam jarum pendek nye dah menunjukan angka 3 jarum panjang pun dah duk kat angka 3 juga...dah petang dah aku rupa nye....
tiada apa yang aku mahu dalam kehidupan aku sekarang..melainkan di anugerah kan keimanan yang jitu,keluarga yang bahagia.....dan kehidupan yang berjalan lancar. aku tidak punya harta...anak-anak lah harta aku dunia akhirat.suami lah tempat berlindung yang aku ada,emak dan ayah lah keluarga yang aku sanjungi...segalanya berada dalam kesederhanaan. aku tidak permah rasa aku perlukan harta yang menimbun...sesapa yang kenali aku tahu lah bahawa aku tidak pernah ada walaupun seurat pun emas di tangan...kerana aku tidak pernah perlukan semua itu...walaupun di beri ia hanya akan ada di dalam peti untuk di simpan(untung kan suami aku?)....hehehe.macam tu lah aku...aku harap aku tak kan jadi orang lain...aku hanya mahu jadi aku...yang biasa-biasa sahaja.tak meterial dan tak menjadi kan hati satu penyakit.untung lah suami aku sebab aku tak pernah kisah apa pun.....kerana prinsip aku "PEDULI APA ORANG LAIN KATA,PERCAYA DIRI SENDIRI...TIDAK MENGIKUT KATA HATI MELAINKAN YANG RASIONAL SAHAJA MENGIKUT FAKTA BUKAN AUTA"
ah kau....dah balik!
January 11, 2009
mentari...sungai pahang

pernah dengar lagu joget pahang nyanyian tan sri p.ramlee dan saloma tak...aku cukup suka lagu tu,(citarasa aku memang citarasa orang tua)...ni lah sungai Pahang..besar kan.adam kata ni bukan sungai ni laut dengan pulau-pulau dia sekali.gambar ni aku snap masa on the way balik ke rumah aku dari cherating. masa perjalan dari sungai ni kerumah aku hanya dua jam jer..lebih sikit kalau berhenti makan dan minum dekat pekan muazam shah....selain dari sungai pahang ni,on the way lagi ada tasik chini(aku suka filem naga tasik chini)...kat sungai pahang ni setiap tahun ada acara lumba perahu...selalu di adakan masa sambutan hri keputeraan sultan pahang.sungai ni pun dekat dengan Pekan bandar di raja negeri pahang.satu tempat lagi aku nak pergi dekat pahang ni...aku nak pergi sungai lembing tapi tak lepas-lepas lagi.setakat gi temerloh cari ikan patin biasa sangat lah(walaupun aku tak gemar ikan ni)...tengok-tengok lah ye...sungai dan matahari tenggelam ni...jangan pulak jadi macam anak buah aku selat tebrau(johor) dia kata ..."eee..besar nye sungai"(sedang kan selat tu laut)..silap-silap sungai pahang ada plak yang kata " eeee....besar nye laut..."hehehe
Cherating......!!?



alhamdullilah...selamat juga kami (rombongan belia generasi berwawasan felda palong 7) sampai ke cherating.walaupun aku dengan dak along risau sepanjang jalan sebab cuaca yang memang mendung giler...sampai aku kata "ada sesapa boleh baca doa tolak hujan"...hehehe,siapa lah yang boleh menolak hujan kalau dah dia mai juga...ini lah benda yang aku sibuk kan sangat tu.mana kan tidak nak pergi 10hb.januari.rancangan di buat pada 28hb.disember...memang kerja gile!kitaorang yang menguruskan nye memang hampir gile lah di buat nye.tukang cari bas aku....tukang gi beli hadiah aku dengan dak along(tukang anta zahar dengan coi)(nasib korang lah kena bawak mak budak gi shoping)...cari budak-budak zahar dengan coi dengan aku sekali...tukang bagi taklimat aku jugak...poning!poning!ombak laut cina selatan memang ganas..tapi cantik jugak lah cherating.adalah buat tiga acara tarik tali,semakin jauh semakin sayang dengan birtday party(tak sempat ambik gambar sebab sibuk jaga wafa dengan adam yang dah jadi hantu air)...penat tapi berbaloi...membuka tirai aktiviti belia kami....tahun depan nak gi rombongan pantai remis plak...(boleh ke la..?)
January 9, 2009
argh......banyak nyer keja aku
aku banyak keja!aku banyak keja...!boring betul...dah nama nye keja ida..nak buat macam mana,tak keja tak ada duit.bila dah busy aku langsung tak ada masa nak jengah bloq aku.nak jengah blog kawan pun aku tak ada masa...kenapa aku busy?pertama...darling aku merangkap bos aku datang bagi aku tugasan yang berlambak-lambak.nak kena pergi sekolah kat felda ni sain sama ada dah terima atau belum majalah aspirasi digital...aku sendiri tak pernah baca buku yang ntah apa-apa tu....keduanye,aku busy menyusun atur acara budak-budak belia tempat aku untuk lawatan kami yang julung-julung kali nye di ada kan...mana nak balut hadiah,mana nak gi beli hadiah,mana aku nak brefing dengan budak-budak ni..macam YB plak aku jadi nye...baru nak jalan satu program...datang lagi satu projek belia,parah aku ni...nasib baik aku ni jenis yang suka dengan kerja-kerja amal..nak je letak jawatan,tapi aku sayang kan belia yang bergenerasi nih....nak baca buku...hehe,dah seminggu novel norhayati brahim aku jadi tukun dalam beg kerja aku...tak lama lagi kembang biak lah anak semut dalam buku tu...mcm biasa,semut kat umah aku makan laptop dengan buku
January 5, 2009
hari pertama adam ke sekolah
dengan beg tranformer yang awal-awal lagi dah dia siap kan si adam daniel melangkah dengan penuh bergaya ke sekolah.aku pun terpaksa lah bangun seawal 5.30 pagi sebab nak siap air panas untuk anak bujang aku tu mandi...nasib baik lah dia tu asma...kalau tak "bang mandi jer air sejuk,ibu malas lah nak jerang air"...
dengan termalu-malu dia pun melangkah lah ke kelas...yang sudah di ketahui nye sejak awal lagi.."bu...duit belanja" aku pun hulur lah RM1."mana cukup bu....tambah lagi 50sen"pandai kan budak darjah satu nak belanja RM1.50..hai! anak kalau tak pandai sekolah aku tak tahu lah.
kali ni sessi persekolahan bermula dengan lancar...tak ada pulak budak-budak yang menangis tak bagi emak balik,suruh ayah tunggu.ada tak ada pun adalah sorang nenek yang terpaksa menunggu cucu nyer...sayang cucu lah pulak....tak sempat nak snap gambar,sebab ramai sangat lah pulak ibu bapa sibuk semua nya nak bayar duit yuran dan buku.seronok nyer adam sekolah.ibunye pun seronok juga sebab tak payah nak susah-susah tunggu...ada ke patut dia halau aku balik....huh!anak aku.
January 4, 2009
Cerita ku ceritamu..
ini lah wajah aku yang aku rasa okey untuk seorang aku yang tidak ada apa-apa ini.dengan ketinggian 164cm dan berat 43kg aku lah mahkluk yang paling kurus dan tinggi di antara kawan-kawan aku yang lain...dan aku lah yang agak nakal di kalangan bebudak lain....pergi sekolah buku tak pernah bawa.alasan aku buku tebal leceh naik bas nak berebut-rebut....itu zaman sekolah aku.nakal-nakal aku...aku masih lagi di kategorikan budak pandai.bukti nye walaupun aku tak belajar..spm aku masih tak kantoi...dapat jugak aku pangkat satu..hehehe.(nasib aku lah tu)...janji aku dengan lela,nak cerita tentang cikgu sham,guru displin kawan baik aku...aku tak kena penampar dengan cikgu tu,tapi aku di beri hatinyer...lawak kan,tapi itu lah cinta pertama aku...lepas aku sekolah. berjumpa sebab kebetulan saja...borak-borak terkeluar cerita kawan aku.ah!sudah...cikgu kawan aku rupe nye..manusia begelar lelaki yang aku rasa cukup sempoi dengan kepala aku walaupun sikap dia sebagai guru displin terbawa-bawa dalam persahabatan kami...aku respek dia sampai sekarang sebab dia berani kata dia dah jatuh cinta dengan budak yang layak jadi anak murid dia jer....sayang nyer jodoh tak ada,sebab aku lah dia tu dah tua...tapi nak belajar lagi.aku malas nak tunggu.tu sebab aku kawin jer dengan suami aku sekarang...namun dia tetap di hati.pertama nama dia dengan suami aku sama.kedua harijadi dia sama dengan anak aku anje...bila diingat kan kebetulan yang ada aku rasa tercekik...sebab nye....aku tak boleh lari langsung dari apa yang berbekas di hati.
January 3, 2009
Alahai!kawan aku....
Outstation....dekat je!

January 2, 2009
kopi susu sepatu biru
aku tengah baca noevl ni...aku ingat kejap lagi gerenti habis aku baca..pertama nye cerita ni mengundang ketawa yang tak henti-henti.kedua nye gaya bahasa dia santai sangat-sangat.memang sesuai lah untuk di baca oleh sesapa sahaja....yang ketiganye di sebab kan cite ni bez aku tak sabar-sabar nak publish kat blog aku.
cite nye tentang berkawan di alam maya..macam aku jugak lah suka berchating ntah dengan sape..emilia ada kawan maya bernama mrlapok atau firdaus
dalam masa yang sama emilia selalu bergaduh dengan mat jiran sebelah rumah bergaduh di atas sebab yang remeh temeh...tanpa menyedari mrlapok,firdaus dan mat adalah orang yang sama.....ending nyer...baca lah yer,aku nak habiskan baca buku ni...hehehe
Permaisuri Hati
January 1, 2009
Azam Tahun Baru...2009
masuk jer tahun baru bermakna lagi 13 hari aku akan jadi bertambah tua...dah 33 umur aku tau.alhamdullillah...aku masih bernafas lagi di muka bumi ini.azam tahun baru....entah!aku tak pernah berazam apa-apa pun sejak dulu sampai lah sekarang ni.dah pernah cuba tapi tak menjadi sebab tak ada semangat nak berazam-azam ni....bagi aku hidup aku tetap hidup aku.tak lebih dan tak kurang...tak tahu lah kenapa aku ni tak bersemangat macam orang lain.agak nyer sebab aku ni jenis selamba jer kut...ada,ada.tak ada,tak ada...mudah sangat hidup aku ni.pada aku hidup pasti..mati pun pasti.rezeki ada dimana-mana.nak dengan tak nak jer...allah dah jadi manusia ni nasib tersendiri...kawin muda,mati muda,ada anak,ada duit,tak ada duit...
December 31, 2008
BARA
Jom ikut aku skodeng

"Long jom kita gi jeram..""Buat apa kak?"..."skodeng"..selamba jer aku menjawab.start motor isi minyak...jalan.

Nostalgia Jambatan Gantung dan pokok Kundang

Pernah makan asam kundang?pada yang bukan hantu asam...sebut jer asam kundang dah mula terangkat bahu dengan memek muka masam,mencebik mulut.pada yang hantu asam pulak...kecur air liur,macam aku memang hantu asam...
December 30, 2008
Budu..oh Budu..
aku masih ingat masa zaman anak dara aku di Kampung Pandan Kuala Lumpur.bekerja sebagai seorang kerani data entry memang meletihkan..jadi balik sahaja ke asrama aku dan kawan sebilik aku budak pasir mas pakat lah tidur sahaja...
Mazlini,entah kemana lah budak tu sekarang...dah balik pasir mas lah agaknya. suatu hari dia bercadang mahu memasak...aku kata tak payah lah masak gerenti kau masak manis belaka..macam makcik kelantan yang jual nasi lemak dekat belakang office aku....dia kata.."tak lah..maz nak buat budu cecah kobis.lagi pedas lagi bez"...
Budak tu pun turun ke bawah dan bawak balik kobis dan seplastik cili api. aku tengok jer dia potong bawang,hiris cili banyak...perah asam limau tuang sebotol budu (yang dah tinggal separuh)..bau nye..alahai!
Dia senduk kan aku nasi panas."try lah kak ida..lepas ni gerenti kak ida gian"
Eh...macam tu pulak.aku pun try lah...takut kawan kecik hati pulak.sekali cecah...nyumnyum!sedap..maka laju lah aku menyuap nasi panas dengan budu cecah dengan kobis mentah...
Nak tahu tak...itu lah makanan aku bila time ujung bulan sebelum gaji.(makanan anak dara tak berduit)...hingga lah hari ni...budu tetap ada dalam peti sejuk aku...dan aku telah mengajar suami cina aku makan budu.dia pun jatuh cinta dengan budu seperti aku yang suka sangat dengan si budu...anak aku aje yang suka cakap "eeee ibu ni suka betul makan katak budu..."....erk!!!!!!
December 29, 2008
Boleh tak aku hidup gembira
boleh ke aku gembira kalau masaalah datang mencurah?
bila jiwa aku tertekan aku rasa macam nak lari..
aku bukan budak-budak lagi
aku dah tua..aku dah ada anak tiga
tapi kenapa susah sangat orang nak faham
dan orang-orang tu bukan orang lain..
parents aku jugak....
bila orang lain buat salah
segala kesalahan tu datang pada aku...
aku jugak yang salah....
aku yang begini...aku yang begitu
semua aku...
aku tak pernah minta semua ini terjadi...
segala nya di atur orang
dan semua yang salah...aku yang tanggung
betapa tak adil nya mereka...
dan air mata aku tumpah lagi....
December 28, 2008
Bosan nye aku.............
aku tak pernah di landa bosan yang maha bosan macam ni...pertama nye sebab anak aku wafi tak ada.jadi tak ada lah orang nak kacau aku dengan suara nye yang serak-serak basah tu...tak adalah aku terpanggil-panggil anje anje..dah dekat sebulan lama nya.apa kan daya suami aku yang bawak dia pergi duduk rumah wan nye di Kuala Lumpur..kalau tak di sebabkan mak mertua aku sakit,aku tak bagi juga anje tu balik sana.sunyi tak ada si debab tu....hawa pula sejak dah pandai berkawan ni dah tak peduli aku lagi...konon nya dia dah besar gajah lah tu sarung selipar duk bawah pokok..macam yang ibu dia suka buat masa mengandungkan dia dulu.aku dengar suara dia menyanyi riang di bawah pokok dengan kawan dia si ica...huh!dia dah pandai pergi rumah si ica tu ajak main....dah besar anak-anak aku.walaupun tak besar mana lagi tp dah pandai bawa diri tu okey lah jugak...kawan-kawan yang lain semua dah pakat nak ada baby lagi...dari atas bukit sampai kebawah semua dah ada kat dalam perut.aku..?teringin juga...nanti-nanti lah.kuato ada lagi sorang nak cukupkan korum 4 orang...hehehe..walaupun susah masa mengandungdan bersalin(semua anak aku di lahirkan besar.yang paling besar 4.16kg)..aku tetap mahu kan nya..kerana mereka lah harta aku yang paling berharga...tak ada duit aku tak kisah janji anak aku ada...adam daniel,wafie daniel,wafa hawanie...mereka lah raja dan ratu di hati bonda....syahdunye hati aku.arghhhhhhh....