aku tertarik dengan entry sulela tentang suara yang mengejutkan dia daripada tidur. ini menyebab kan aku teringat pada sesuatu yang hingga kini sering mengejutkan aku bila tiba waktu sembahyang subuh...
kalau korang masih ingat dengan entry aku tentang gangguan yang aku alami sewaktu mengandung baby no.2..makluk ini juga lah yang sering menguis ibu jari kaki aku setiap kali aku terlajak,tak dengar azan subuh(tidur mati lah tu...hehehehe.)...waktu nya mesti 6.30 pagi.mula-mula ia terjadi aku hanya mendengar suara di dalam mimpi yang mengatakan..."DAH MASUK WAKTU SUBUH"..itu sahaja sudah membuat kan aku terjaga...belum lagi,aku melihat kelibat orangnya kebilik air,lalu depan aku dengan muka basah berwuduk.itu belum lagi suara nya mengaji sayup aku dengar pukul 1 pagi...tak lagi dengan cakaran di dinding yang memberi petanda-petanda salah laku individu yang rapat dengan aku. juga bukan lagi suara halus yang memberitahu bersedia atas apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi....
istimewa sangat kah aku hingga aku di beri keistimewaan yang begini....yang menakutkan aku pernah melihat wajah orang lain di sebalik wajah seorang pesakit yang di rasuk hantu...sangat menakutkan....sulela..alangkah baik nya kalau kau juga boleh menjadi seperti aku boleh melihat bukan sekadar mendengar.lela..kita boleh belajar bersama dengan chiddan. dia lebih arif bab yang begini...itu lah sebab nya aku nak sangat pergi kursus rawatan secara islam itu...hehehe..jeng!jeng!jeng!..gasak lah,dak lela dah termasuk di dalam kumpulan mata dan telinga yang terbuka hijab nya....chidan dan aku dah ada geng!
April 17, 2009
Aku tertarik
permasaalahan dan penyelesaian
......aku tak suka nak jadi manusia hipo yang pandai bermuka-muka.maksud nya depan belakang ada muka.belakang makan depan pun makan...aku bukan begitu orang nya. aku sibuk sesangat...membuat surat bagi menjawab pertuduhan seorang hamba allah yang dah jadi kaduk naik junjung. yang menjadi kan diri nya macam berkuasa besar.kalah PM. padahal dia hanya ketua cawangan sahaja...dan yang lebih malang nya dia hanya menumpang di felda palong 7 dia bukan anak peneroka melain kan anak tiri peneroka.mengapa pula dia yang berlebih hendak menentukan hala tuju kitaorang belia di sini....sudah lah dia menghabiskan duit kerajaan dengan projek yang entah apa-apa.nampak maju sekali tetapi akhirnya menjadi projek gajah putih,sarang maksiat kat palong7 ni. ..membiarkan belia terkontang-kanting . bila kitaorang bangun dan tegak berdiri dia boleh cuba mencantas kami dengan pelbagai alasan. parti pembangkang lah...menyokong pembangkang lah. tanpa di selidik kenapa dan mengapa. itu lah yang cuba aku dan team aku jawab saat ini....kiranya persatuan kitaorang dah jadi macam medan politik pula. apa yang tak best nya memo tersebut telah dihantar kepada PM sekarang. tak ke melampau...dan aku nekad mencabar beliau ini.bukti kan siapa yang mempunyai sikap paling buruk sebagai pekerja dan pemimpin...dia atau pegawai felda yang bertugas. cukup lah dia menjadikan masyarakat felda palong 7 terpecah dua. kami akan cuba membetulkan masaalah politik kotor saudara ini...cukup-cukup lah menjadi pemimpin talam dua muka. aku tak peduli lagi kalau aku dan team aku terpaksa menghadap parti UMNO sebab salah laku beliau ini...bukti kesalahan nya ada di tangan kami. jangan sampai terburai...memalukan diri sendiri sudah lah wahai saudara yang berkenaan
April 16, 2009
aku dah bosan
aku dah bosan dengan situasi orang lain yang sebab kan aku jugak jadi huru hara. aku dah menyampah dengan mereka-mereka yang tak pernah fikir hati aku dan perasaan aku....kalau orang lain mungkin aku tak peduli tapi ini keluarga aku sendiri...jadi sebelum aku jadi gila,aku nekad nak blah dari diaorang dan aku rasa aku tak nak dah balik kesini.....jadi bila korang tengok blog aku tak hupdate tuk masa yang lama di masa akan datang korang tahu aje lah aku tengah uruskan pemidahan aku...buka akaun stremx dan beli laptop baru..huhuhuargh....aku tension giler ni
April 15, 2009
April 13, 2009
Pesan Untuk Semua
...hahaha...aku akan on the way ke Key ell jap lagi...esok nak ke Fedlot di mount kiara.temuduga..yeyeye.dah siap dah beli kasut tumit tinggi dengan blouse nak pakai esok.mintak-mintak ada lah rezeki anak-anak aku....lepas temuduga aku nak ke Felda pula. ada urusan rasmi dengan Dato Ramli.ish...sejak dua menjak ni urusan aku dengan dato-dato jer...ntah apa hal aku pun tak tau.yang aku tahu...aku busy sangat. nak update blog pun petang-petang aje nak baca blog kengkawan pun lambat-lambat aje. tapi wajib pagi-pagi mesti pekena dak lela aje...lela,ni dua ari aku tak ada ko jangan rindu lak kat aku ye....jaga diri korang
April 11, 2009
Fedlot
Jeng-jeng....apa pendapat korang kalau aku beralih aingin dari ict ke accounting...hehehehe...penat tau aku belajar kat USM dulu.memecah kan otak mempelajari finance dan accounting ni...tapi aku pilih dengan bekerja di bahagian ICT. tak ada kena mengena langsung dengan kemahiran aku dengan matematik...Kenapa aku pilih bekerja di bahagian ICT...pertama nya....SEBAB AKU MABUK GILER DENGAN PC.MANA KAN TIDAK AKU ADALAH SALAH SEORANG PENULIS BAGI SEBUAH AKHBAR TABLOID.DIMANA AKU HARUS MENGEJAR DATELINE. DUIT AKU AKU TU...keduanya SEBAB AKU SUKA SANGAT NAK MENYELIDIK APA SAHAJA KAT MR.GOOGLE..TERMASUK LAH CERITA PARANORMAL DIMANA SEBAHAGIAN NYA AKU JADIKAN KOLEKSI PENDRIVE AKU. ketiga..SEBAB AKU SUKA SANGAT MEMBACA.AKU DAH MUAK MENGUMPUL NOVEL SEBAB KOS NAK SIMPAN NOVEL AKU DAH MENCECAH LEBIH 10RIBU. BACA KAT INTERNET LAGI BEST...
Fedlot ni apa ye...satu company yang di asas kan oleh Dato sharizat jalil. aku yang pos resume aku kat dia...saja suke-suke sebab dia jugak yang kata. kenapa aku duduk kat sana sedangkan aku mampu pergi lebih jauh. kalau u duduk dekat kl i nak u dan auntie u follow i, kan u juga kata u nak jadi YB...Hahahaha..aku nak jadi YB? ada bakat ke?Aku selalu lah panjat ofis dato masa kat KL sebab aku dengan makcik aku 100 prts terlibat dengan kebajikan masyarakat dah tentu memang di bawah dia. but..itu dulu....semalam SU dia yang handsome tu kol aku suruh datang kat Mount Kiara selasa ni untuk temuduga post sebagai accounting. perh...!dah lama sangat aku tak tengok lajer,buat kira-kira. UBS sistem pun aku dah kantoi. setakat buat akaun tuk belia okey lah sebab duit nye ciput jer...Tapi aku akan pergi juga lah temuduga ni..dah lama sangat tak jumpa SU dato yang handsome macam Hans Isac ni...see in Key Ell!!!...
April 9, 2009
Cik...Da..
" Wah! Cik da...nanti meeting belia kitaorang datang ye"
"meting belia..."?
" La kan belia buat mesyuarat agong nanti..."
"bila masa plak buat mesyuarat agong,kan dah buat ari tu.."
" La habis nape cikgu paisal cakap kalau kitaorang tak datang meting nanti dia kerat kaki...macam wajib je..."
"Dia cakap macam tu ke...?"
" Ye lah cik da..."
" Kau jangan mengada-ngada nak gi...."
" Napa plak...?"
" ni masaalah kitaorang cik da kata jangan pergi,jangan lah pergi k...tanya banyak pulak."
" Ko nak ikut cik da ke ko nak ikut orang lain...?"
" Cik da...lah cik da best..."
" Tau pun...jadi duk diam-diam jer kat sekolah tu."
bila anak gadis cik daud dah balik, sebagai cik da yang tak suka politik-politik diaorang ni on the spot menghabiskan kredit kol pengerusi.timbalan dan bendahari kitaorang. short meting ....markas kat rumah aku. pas tu berlanjutan hingga ke kedai nasi lemak public. penuh satu table.apa yang kitaorang bincang....pasal paisal yang cari pasal ni lah....
April 8, 2009
Pelik tapi benar...
Pelik betul aku...kemana pergi blogger kegemaran aku. Pj hilang.Apiz dah bagi amaran busy tahap Gaban. dak lela pulak..kata su modem dia hangus terbakar.yang ada atan sahaja...mana pergi yang lain ni...ketiadaan mereka menyebab kan aku di landa kebosanan yang amat sangat. sebab tak ada bahan yang hendak di baca...lalu aku menghabis kan masa berjalan-jalan di sekitar n9 ni..aku pergi KBS untuk bertanya kertas kerja aku dan budak-budak anta. Tak lulus...pelik kan? tapi ini lah kerenah birokrasi....menyampah aku buat kerja macam ni. bersengkang mata buat culculate...tetiba kena reject di atas alasan...BERANI MATI.Pergh....berdesing telinga bila dengar..." Kak kena reject..mcm mana ni.pening saya kak." Luahan hati Pengerusi aku tersayang tu...aku lagi lah dengan amy..terus tak boleh cakap apa dah....yang kedua nya sedang aku tercari-cari apa pulak projek nak buat lepas ni...si amy terbaca satu kursus...perubatan islam. ha..!apa lagi aku kol lah yang empunya penganjur...bila aku kol,tengok nama...aduhai! tak akan ada pelanduk dua serupa. ...ah! aku peduli apa.aku redah juga sebab adik-adik aku nih...sah lah ! memang dia..cikgu aku tersayang.yang tak pernah aku lupa sesaat pun...orang yang sememang nye memberi impak paling besar dalam hidup aku,dalam sejarah hidup aku....dulu sampai sekarang impak tu tak pernah menjadi kecil hatta sebesar zarah pun...sorry lah cikgu. aku bukan tak cuba lupa kan sebab benda dah lama. tapi aku memang tak boleh lupa sebab impak nya melibat kan hidup aku....susah menjadi perempuan yang taksub . bila dah di beri 100 peratus tuk orang lain memang tak ada lagi....dan ia tak pernah lagi kembali dalam hidup aku.pelik kan? tapi itu lah kebenaran nya......aku hanya ada rasa sayang tetapi aku tiada rasa cinta...beza aku dan orang lain barangkali.kenapa aku boleh tersenyum gembira.. sebab aku ada penasihat yang sangat baik hati....yang mengajar aku erti kesabaran terhadap dugaan hidup aku. aku makin kurus ke?...ramai orang cakap macam tu..entah macam mana nak cakap lagi...segala nya terletak pada aku...bahu aku dah tak mampu memikul.sampai satu masa aku hanya berdiam diri. tanpa berbuat apa-apa. duduk macam orang bodoh....penghabis nya aku tidur tanpa aku peduli kan sesiapa...macam orang sakit jiwa pun ada. memang aku sakit sangat sekarang ni...aku penat jadi anida. aku nak jadi orang lain...yang tak ada kehidupan silam(macam watak dalam novel RAM)...boleh ke.?kalau boleh yang semalam pun aku tak nak ingat. macam mikhail...
April 7, 2009
Takziah
Takziah pada Puan Saniah kawan aku yang baru kematian suami semalam. dan aku baru sahaja balik dari menziarah arwah...aku juga berkesempatan ke tanah wakaf.arwah meninggal di dalam tidur nya selepas mengadu sakit dada.
Ramai yang itdak percaya pemergian arwah kerana ramai yang baru sahaja berjumpa dengan arwah sewaktu mengambil anak nya dari sekolah pada pukul 1.30 petang. selepas mengambil anak di sekolah beliau mengadu sakit dada. setelah isteri nya menyapu minyak angin beliau mengadu mahu tidur sebentar...isteri pula kembali bertugas. selepas di kejutkan anak usai sembahyang asar, beliau mendapati ayah nya tidak bangun. di kejut berkali-kali arwah tetap tidak bangun. Jiran yang prihatin memanggil pembantu perubatan dan arwah di sah kan telah meninggal dunia...ALFATIHAH
April 3, 2009
Kisah Seorang Sahabat
Terus terang aku kata sejak aku tahu berkawan aku tidak pernah ada walau seorang pun kawan perempuan...kenapa?
Sejak terjadi nya peristiwa antara aku dengan seorang kawan perempuan.bukan berebut pakwe atau tersalah cakap hanya kerana seorang teman yang lain , yang iri hati melihat persahabatan kami.sejak itu aku anti perempuan walaupun aku seorang perempuan.
aku boleh berbuat baik bergelak ketawa dengan kawan perempuan tapi aku tak boleh rapat dengan mereka sebab aku takut pisang berbuah dua kali. jadi aku hanya di kelilingi oleh lelaki yang aku anggap sesuai jadi kawan aku. ...
pelik sangat kah kalau aku suka bersahabat dengan lelaki?...asal kan aku tahu menjaga batas susila aku rasa itu bukan lah satu kesalahan...tapi bukan ayah aku.aku pernah di tegur gara-gara halaman rumah aku penuh dengan motosikal kawan-kawan lelaki aku datang berhari raya. pernah ayah aku bertanya " kau tak ada kawan perempuan ke?'''aku hanya geleng,sebab memang tak ada...aku lebih santai bersama teman lelaki aku.bukan perempuan. bagi aku perempuan suka menebeng,bawa mulut, terlalu cemburu , terlalu metarial..aku tak terkategori langsung dengan perempuan begitu..hakikatnya dunia aku hanya buku,buku dan laptop. itu sahaja..anak dan suami aku pula adalah kawan aku yang terbaik yang aku ada. Percaya kah korang aku ni adalah perempuan paling simple,(tapi tetap melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan suami)..tak kisah dan tak kisah..zaman sekarang ada tak perempuan macam aku?
April 1, 2009
Pelangi
March 31, 2009
MANA DATANG NYA!
Entah darimana datang nye kaca yang berderai seawal jam 2.00 pagi semalam di rumah aku.
aku tidak mendengar nya sebab bilik aku di belah hadapan ruang tamu. yang mendengar kaca di lempar kan adalah mak aku.
cerita mak aku....dia mendengar bunyi kaca terhempas awal pagi itu lalu dia bangun dan menjengah ke dapur. kaca bertaburan pada ruang tengah dapur rumah aku..berselerak hingga ke celah-celah almari.yang pelik nye di kawasan tersebut adalah ruang yang lapang tanpa ada apa-apa kabinet. seolah-olah di baling...kata kan lah pinggan pecah dari tangan mustahil serpihan nya menjadi sebegitu halus,tanpa ada serpihan besar.seolah-olah ia memang datang dari tempat tinggi...dan untuk pengetahuan anda rumah aku tu jarang guna cawan atau pinggan kaca sebab anak-anak aku kan ganas semua nye.jadi plastik jer yang banyak. kaca yang pecah tersebut tebal seperti kaca kereta
banyak lah spekulasi timbul...pada aku mungkin ada orang yang cuba nak masuk kedalam rumah aku mencuri melalui lubang di pintu dapur. jadi sebelum dia masuk dia test campak kaca nak tengok orang sedar ke tidak...tapi di sebab kan mak aku bangun buka lampu..maka sah lah dia tak kan ada peluang mencuri...takut gak aku. sebab bibik (indon) yang duduk rumah aku kata dia nampak orang mundar-mandir sebelum kaca tu pecah....ishk! musykil juga.
March 30, 2009
Asrama Lama
Bila lalu sahaja dekat bekas tapak asrama lama aku dahulu,aku teringat cerita masa aku duduk di asrama tersebut. aku bukan suka sangat dengan asrama tapi di sebab kan aku dah tak ada tempat tinggal aku terpaksa juga duduk di situ...bersama kawan-kawan yang senasib dengan aku. kebanyak kan nye budak-budak serawak. tak kisah lah tu kan...
Tapi ni aku nak cerita tentang betapa KERAS nye asrama tu...
satu malam tu...aku baru balik dari OT(Overtime)...aku lepak sekejap dekat ruang tamu dengan kawan-kawan yang lain.sejam lepas tu...aku pun masuk bilik untuk beradu(tak mandi sebab malas nak gi bilik air yang gelap tu,takut pun iya jugak)...aku pun naik lah kat atas katil double deker(aku tido tingkat atas...sebab tinggi.
Aku rasa macam dah lama sangat tido..tetiba aje aku terjaga bila aku terasa selimut aku di tarik kebawah. aku membuka mata...masa tu aku hanya fikir mungkin selimut aku terjatuh. aku langsung tak fikir benda lain yang akan aku nampak. Buka sahaja mata aku terlihat satu lembaga berdiri di kaki aku..masa tu gelap jadi aku hanya nampak lembaga hitam sahaja. terus aku terkaku....tak jadi ambil selimut lantas aku mengambil bantal dan menutup mata...takut.
Sumpah aku tak tahu makluk apakah itu...hanya sejak peristiwa itu aku mendapati ada juga cerita - cerita aneh yang aku dengar. ada juga teman lain yang berhenti kerja sebab tak tahan dengan igauan tersebut...kini tapak asrama itu telah di roboh kan dan di ganti dengan kandang lembu...dan di tapak itu juga aku terimbau kenangan lama...cikgu aku! di mana kah dia sekarang ini?...
March 27, 2009
Cerita Kawan Aku
March 26, 2009
Dinihari dan orang gila
Dinihari tahun 1988,sewaktu itu aku baru sahaja berusia 12 tahun...aku terjaga dari tidur apa bila mendengar bunyi riuh rendah di halaman rumah(masa tu rumah kecik jer...rumah FELDA)
"Ha...pintas!Pintas!"
"Ha..cepat,cepat"...
aku pun melihat apa yang bising sangat . aku melihat mak aku duduk di dalam gelap dengan sebatang kayu. memandang ke arah tingkap.
"Apa tu mak bising-bising?" Selamba aku bertanya.
" Ish,,,diam tu nak tangkap orang gila..'
Demi mendengar sahaja perkataan gila aku dah boleh agak sape yang buat hal..sama macam tahun-tahun sebelum itu. memang kejadian ini bukan lah pelik.
"Ha..dah dapat! dah dapat!..." Aku mendengar suara orang bersorak. Dah dapat lah tangkap tu. aku pun meninjau di sebalik tingkap. aku boleh melihat orang gila tadi di serkup dengan Guni sambil meronta-ronta. Kesian pulak aku tengok...tapi kalau tak di buat begitu sure dia mesti mengganas...
Bila sebut orang giler aku teringat cerita ayah aku tentang orang gila kat kampung dia..
si hamba allah otak mereng ini kehulu-ke hilir hanya berkain pelikat tanpa memakai seluar dalam.(korang boleh bayang kan lah macam mana)..suatu hari beliau teringin nak minum air kelapa muda.maka beliau pun memanjat pokok kelapa tersebut. di jadikan hal..tiba-tiba kain yang dia pakai terlucut lalu jatuh ke bawah(bayang kan apa jadi dia kat atas tu)...di sebab kan dia mereng,otak tak betul...jadi dia memang tak boleh duduk diam-diam atas pokok tu....lalu lah seorang makcik di bawah pokok kelapa itu maka dia pun menjerit...
"JANGAN PANDANG ATAS,PANDANG BAWAH"!
kalau korang lah jadi makcik tu mesti korang pandang atas kan...nak tengok siapa lah yang terjerit-jerit tu...APA JADI KAT MAKCIK TU BILA DIA PANDANG ATAS.!!!!
ahahahaa....makcik tu terus pengsan bila tengok manusia ada ekor kat depan tengah panjat pokok kelapa!!
March 25, 2009
misteri makcik tua!
sekitar tahun 1990..aku terpaksa bersekolah sessi petang.dan macam biasa kawan baik aku zaimee akan bersama aku mengekori aku ke sekolah....tengahhari itu,aku bergerak keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah hari.memang time benda mistik ni suka berjalan-jalan...
ingat tak entry aku kat paya di mana aku mendengar suara orang ketawa dan membasuh...kali ini aku jumpa makcik pulak dekat paya tu...boleh plak dia bertanya..
"dik ...kat mana umah hasnah,isteri ismail"
"makcik ni siapa...tak pernah nampak pun" aku bertanya lah jugak sebab aku memang kenal hasnah tu termasuk la saudara mara dia.tak kan makcik ni aku tak kenal..makcik ni sangat pelik pada pandangan mata aku..
bajunye serba hijau dari atas ke bawah,kasut,handbag hingga ke celak mata berwarna hijau...pelik lah tu,mesra alam sangat makcik ni.
aku pun tak lah banyak cerita..lantas aku tunjukan lah rumah makcik tu.
di jadikan kisah keesokan hari nye...si zaimee membuka cerita
"eh! ko ingat tak makcik mesra alam semalam tu"
"ha...nape...dia kan gi umah cik nah"
"mana ada...aku siap tanye ciknah ada tak sedara dia cari...dia kata tak ada pun."
"eh!biar betul..
ke mana ye makcik tu hilang? selepas itu lah aku mendengar cerita ciknah tentang kain nye yang sudah siap di basuh di angkat oleh entah sesiapa...dan di rendam dalam bilik air. sejak itu juga aku dapati ciknah selalu sahaja sakit...misteri sakit ciknah itu....dan aku juga mendapat tahu...arwah ciknah mewarisi saka ibunye...adakah makcik hijau itu saka arwah ciknah?...
entah....aku tiada jawapan nye
March 24, 2009
cuti-cuti ke Pahang



March 22, 2009
Jom Gi Temerloh...



March 21, 2009
tafsir kan untuk aku....!!!!
Huru Hara...
macam mana aku nak cakap...aku kesian dengan diri aku sendiri.ye lah!aku faham bukan semua kehendak kita mampu kita penuhi...sama macam minat kita terhadap sesuatu.belum tentu minat kita akan mampu memenuhi tuntutan naluri kita.
aku suka jadi pemimpin pada adik-adik belia aku yang ada di bawah aku dan ahli majlis tertinggi yang lain..walaupun aku tak mampu memimpin diaorang sepenuhnye tetapi aku puas sebab aku mampu menjana sedikit minda mereka dan mempositif kan fikiran aku sendiri...
namun huru hara yang terjadi dua tiga hari ini...dan selepas mamat(pengerusi belia) kami menghadiri Majlis Belia Felda Malaysia di Putrajaya memang menyekat sedikit kepositifan aku terhadap adik-adik yang lain.
kami diganggu secara psikologi dengan panggilan yang memual kan...di tambah pula dengan apa yang terjadi di kawasan kampung baru-baru ini..memalukan bila membaca sendiri tentang keburukan kampung sendiri di dalam suratkabo...apa motif orang tu? apa motif dia berkata..."macam ni lah,dari korang buat sendiri lebih baik korang ikut jer bapak"...
berdesing telinga dengar....boleh kalau nak ikut tapi dengan syarat...bagi peruntukan 300k tu balik pada persatuan...boleh ke dia buat macam tu?tentu tak boleh sebab dah di laburkan dan pelaburan nye dah hancus!...dia memang berjaya memuak kan orang kampung dan belia....
dan aku...tak nak blah dari kampung ni tanpa meninggal kan apa-apa untuk adik yang lain.setidak-tidak nye aku nak latih diaorang ict sementara aku mampu meberi secara percuma...dan aku akan mula kan hari ni.....