BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 26, 2009

Kalau anda OKU

Aku ke pejabat kebajikan masyarakat tadi ambil kad OKU suami aku..sempat jugalah aku bertanya apa keistimewaan kad ini pada pegawai terbabit.Dengan baik hatinya dia bagi aku senarai nya

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU YANG DI SEDIAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

1)Kemudahan pendidikan
2)Kemudahan di dalam aktiviti harian
3)kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan
4)Pengecualian cukai jalan /bayaran lesen memandu
5)Kemudahan pengangkutan awam
6)Kemudahan perumahan
7)Tidak di kenakan bayaran rawatan di hospital kerajaan
8)Pengecualian bayaran dokumen perjalanan
9)Kemudahan peluang kerja
10)Pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan nasional
11)Pencen terbitan
12)Kemudahan telekom

yang aku paling suka...perkara ke4..tak payah bayar cukai jalan dan lesen memandu suami aku.
Benda ni bukan hubby aku minta,dah nasib dia akan bawa titanium tu dalam kepala dia..nak buat macam mana lagi.sebab-sebab dia di sabitkan OKU itulah...masaalah pembelajaran.Dia memang dah tak boleh buat apa pun.kalau dia membaca dia akan ada masaalah nak mengingati.yang paling aku suka sakat dia masa dia nak baca paper...selalu aku cakap,"tak payah lah baca paper tu ayah...sampai esok pun tak habis baca" sebab dia kena baca pas 10 minit kemudian baru dia boleh tahu apa artikel yang dia baca tu..kan ke lama nak baca satu berita.letih lah aku nak tunggu.bawa kereta pun perlahan macam siput,ikut undang-undang...tak boleh tension,pergerakan kan pun agak lambat 5 saat. kecederaan otak yang agak serius menyebabkan dia jadi pelupa dan kadang-kadang langsung tak ingat.dah 5 tahun ni aku lah jadi mata dan otak nya. sebab itulah..kemana aku pergi ada dia.aku tak pernah berani tinggalkan dia dengan anak-anak sebab dia kalau makan ubat...dia tak kan ingat dunia lagi.anak menangis pun dia tak dengar...

12 ulasan:

Mak Jemah said...

xpe.yang penting kene sabar..waaah, banyak nye keistimewaan pemegang kad tu..jeles ni jeles...huhu

IdaAnuar said...

oren..akak pun jeles kat dia.lepas akak ambik bagi kat dia..dia boleh gelak kuat-kuat..bila baca part no4tu..

Mak Jemah said...

ye r sebab kalo nak diikutkan road tax bukannya murah tu..rezeki husband akak la 2..murah rezeki die..akak leh r tompang sekaki..

IdaAnuar said...

tumpang dua kaki + kaki anak akak ada 6=8..hehehe.tak payah akak pening kepala fikir budget tuk roadtax kete tu...

mamai said...

kalau mamai kira OKU juga ker....rasa lubuk ikan dia ingat tak...

keihlasan dan kesabaran mu sudah pasti syurga balasannya...

Dj Epoi said...

Baru Gua tau.......siut
Keistimewaan yang ada pada pemegang Kad itu...

Alhamdulilah...baguih arrrr Lu....

Seorang Isteri yang Gua respek arrrrrrr

Tahniah...

Sulela said...

Banyak keistimewaannya ye Da...hehehe. Tapi aku rasa tak setimpal lagi ngan sakit yang suami ko tanggung. Sian dia...seumur hidup tu...huhuhu

Syahiddmilikku said...

alhamdulillah,
dapat ringankan beban..
alang respek ngan pak long sebab dia rajin..
lagi rajin dari mak long kot..
kekekekekek...

Anonymous said...

teringat masa me keje kat jalan tun sambanthan dulu dulu.. ramai OKU, terutamanya yg buta.. salamms akak ida itteww

IdaAnuar said...

DJ epoi..itu lah ketentuan yang aku terima dengan redha.siapa pun dia...dia tetap hubby aku.baik buruk nya pasti ada sebab setiap kejadian

lela..aku kesian dengan dia lela.selama aku menjaga dia sakit.aku tak pernah sekali pun menangis..aku redha dgn apa yang Allah bagi kat aku

alang...alang jugak yang tahu betapa rajin nya paklong dari maklong..hehehehe.tu iman suka,tak payah iman basuh pinggan atau bekemas kalau gi umah ibu

MR NUIM said...

Silap fakta tu Puan. pengecualian bayaran cukai jalan dan lesen memandu hanya kpd OKU Fizikal shj.

OKU yang memperolehi lesen memandu (orang cacat) ini diberi pengecualian bayaran lesen seumur hidup.

Bagi mendpatkn lesen memandu orang cacat mesti mendapat surat kelulusan dr doktor yg membenarkan OKU itu boleh memandu tanpa mmbahayakan diri sendiri dan org lain. pastu baru boleh apply lesen memandu o.c kat JPJ..

Mohd Sukur Ibrahim said...

sy OKU juga..
kadang2 OKU mmg ade kad pengenalan OKU tp ade sesetengah pihak xamik endah penggunaan kad tu..
contohnye masa nak beli tiket bas..
dia xkan bg diskaun kepada OKU..

renung2kn..