Pagi ahad ni aku ada kelas tusyen...jadi berpeluang lah aku duduk mengahadap komputer sebab bahan pun aku dapat dari internet.Tapi aku tak nak cerita pasal tusyen aku pagi ni.Aku nak cerita pasal malam tadi...
Petang semalam aku ke pekan Bahau membeli keperluan anak aku, stok susu dah habis..sambil tu ingat nak tengok wayang anak aku pulak tak nak layan..dia lagi suka main game. sementara aku menunggu hero-hero aku bermain,aku sempat melepak kejap kat kedai buku...rembat jugak lah satu buku..karya mimie afinie,Kalau dah suka tajuknya....
aku start membaca dari pukul 9 malam sehingga lah ke pukul 2.30 pagi..biasalah aku kalau dah dapat buku memang susah nak tinggalkan buku. Sedang aku asyik membaca tiba-tiba aku mendengar seperti suara perempuan menangis sayup-sayup.
aku memberanikan diri mencari dari mana arah suara tersebut datang...aku sangat pasti suara itu datang dari arah pokok durian di sudut rumah jiran sebelah...lama juga mendengar suara tangisan tersebut..tersedu-sedu menangis.di dalam hati aku tertanya-tanya..jiran sebelah bergaduh ke? tak kan lah pagi-pagi buta begini...
setelah agak lama suara tersebut tiba-tiba hilang tetapi berganti dengan hilaian yang agak panjang dan sayup-sayup menghilang.masa tu baru lah aku rasa seram yang amat sangat..masa tu jugak lah aku tiba-tiba mengimbas kembali apa yang pernah aku lihat di bawah pokok durian sebatang itu...memang selalu sangat aku melihat kelibat bebayang hitam melintasi sempadan rumah aku dan jiran aku..boleh dikatakan setiap petang.
tanpa membuang masa aku masuk bilik,nak kejutkan suami aku gerenti dia marah..sebab dia dah cukup berkompromi dengan aku,bagi on lampu sebab aku nak membaca.kalau aku kejutkan gerenti dia akan membebel dengan ayat skema dia...nak tak nak aku tarik selimut terus duduk diam-diam dalam selimut tu.aku tak boleh tidur sampai kesubuh,jangan kata tak boleh tidur nak ke bilik air pun aku takut.terpaksa aku menahan dengan sepenuh perasaan pula...
sehingga kepagi ini aku tertanya-tanya..apakah?atau siapa kah? Yang menangis awal dinihari tersebut...arghhhh...aku sakit kepala gila ni,sebab tak tidur semalaman,nampak nye plan nak cari lubuk haruan dengan suami aku tergendala jugak lah lagi...
Riya Itu Syirik Kecil
9 months ago
6 ulasan:
lubuk haruan...kat mana jom la.......ala yang nagis tu anak kucing aku.....
atan nangis kena tinggal
Owwwwhhhh...yang nangis tu anak kucing mamai la Da. Atan pun dah ngaku dah tu. Dah, ko jangan takut2 segala bagai...ahahahaha
Seram siot, ko. Saje je bagi bulu roma aku meremang petang2 neh...huhuhu
huiyoo..siyes ke?slalu jumpa ke ni?orang yg terpilih je yg slalu dengan entiti ni.sepupu saya satu famili slalu nampak entiti ni.dah macam biasa2 je.
Mamai..kat rumah aku ni keliling banyak paya..cakap jer nak gi mane.Nak menuba pun boleh join.suara nangis tu bukan kucing ler...cuba dengar nak tengok...
Atan nangis?kena tinggal dgn siapa lah tu agaknya
lela..nasib baik masa tu aku dah dekat nak habis baca novel tu..pagi tu aku ckp ddn hubby aku..ko tau dia kata apa...tu baru dgr dia nangis..kalau dia ketuk tingkap amacam?...takut giler aku.taubat aku tak nak dah baca buku smpai jauh malam..ni kepala sakit lagi ni.
zairi..hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihatnya,ia sangat menyeksakan diri zairi..kalau boleh nak tolak benda cam ni..sebab kadang-kadang dalam sedar bila dia memberi salam akak boleh jawab..dan pernah dikatakan gila serta kena marah sebab bila dah berjawab tu dia akan menjadi penghuni rumah kita
nsib baik dia nangis je kak..kalo dia tgur "xtdo lg ke?"....lg seram kak..huhuhu...kwn saya prnah kene kt asrama masa sekolah dulu...seram smpi xle tdo..huhuhu...
Post a Comment