aku tak boleh tidur malam tadi...aku terganggu sungguh-sungguh dengan bayangan-bayangan yang datang silih berganti..bukan aku seorang sahaja.anak-anak aku pun tak tenteram.adam menjerit di dalam tidur nya...wafi dan wafa pula sekejap menangis.aku benar-benar tertekan malam tadi.
aku ke satu tempat semalam...saja bawak anak mandi manda di sebuah jeram.jauh ke dalam hutan..berdekatan dengan kampung orang asli...aku tak syak apa-apa sehingga lah malam tadi kami di ekori oleh cahaya lampu...aku pasti motosikal..tapi aku tak nampak penunggang nya. kereta di belakang memotong kami seperti ketakutan hingga lah sampai ke simpang rumah aku ia hilang begitu sahaja. itu dah satu hal...memang aku rasa seram.
pukul 12 malam ...aku cuba melelap kan mata.tapi tidak boleh.aku asyik di ganggu oleh si botak yang entah dari mana datang nya duduk tercegat dekat kaki aku....anak-anak aku dah jadi carca marba.sekejap menangis.bila di peluk mereka diam.
ini tak boleh jadi...aku meninjau keluar...di tepi pintu bilik aku boleh melihat seekor belalang bertenggek di celah kain langsir...patut lah...
pantas aku mencekup belalang kecil yang kehijauan itu..aku kerat kepala nya.dan aku bakar dengan lighter..hangit.bau rambut terbakar.
Pelesit rimba dah ikut aku balik...aku pula terlupa nak membaca surah-surah yang memang aku hafal untuk mengelak kan gangguan sebegini..mungkin terlampau gembira masa kat waterfall tersebut...patut lah si botak asyik muncul kat depan mata aku. saja nak tengok aku....aduh! hasilnya hari ni aku cuti...
Apa Yang Korang Buat Dengan Lebihan Benang?
5 years ago
12 ulasan:
Pelesit memang begitu. Kadang-kadang menyerupai belalang. Kadang2 kita pun tak sangka benda ni nak jadi sehinggakan boleh terlupa nak baca. Anyway lawan tetap lawan dan lawak tetap lawak dengan depa ni. Seronok nak menumpang kereta orang. Ada aircon pula tu. Kalaulah dekat saya dan isteri nak ziarah ida. Untuk berkongsi pengalaman. Tak apa dalam alam maya pun jadilah
tak buleh ke kalau letak benda2 tajam di keliling rumah, aku pun taktahu apesal hantu setan ni sentiasa nak menganggu tanpa sebab ek...
erkk...makin seram plak baca blog ni.ahh..tada hal la.buat2 berani je.lagi takut,lagi menjadi2 kang.
aku pernah baca, kalo kita cabut kepala pelesit, ada sehelai rambut akan keluar sekali. mungkin rambut tuannya...
kepala botak tu mcm mana rupernyaer Ida??
lain kali beringat-ingat...
Kekeke...walaupun dah tahu cite neh...aku tetap seram bila baca...
Smlm akak mimpi tgk anak2 ayam semua bermata satu..eei seram..
abang ariff kat kedah kan?tak pe..saya ada umah kat penang.kat feringhi...nanti bila saya pi sana singgah umah abang lak
dina..ko ni jarang-jarang muncul.eh!aku nak tanye ko..ko penulis dina najat tu ke?aku dgr lela kata ko tulis novel
zairi..ko penakut ke?k lah seminggu sekali akak tulis cerita hantu ye
naz...kepala botak tu..mcm orang bayang-bayang.hitam macam anak india.kalau macam tu lah memang dari rimba lah datang nya
a kl....kadang-kadang dah suka tu..terlupa
lela....hehehehe
zai...kata ustaz kalau mimpi binatang itu tanda syaitan mengganggu kita
ida, kau ni jgn la sama kan aku dgn dina najat yang dah glemer tu, aku ni penulis picisan je, baru satu novel, sila pegi blog aku ye, aku ada award utk kau
dina..mana lah tahu.novel ko dah terbit ke?aku nak gi KL ni minggu ni.adik ipar aku bersalin
dah terbit la, kau sudi datang le umah aku...
Post a Comment