"wah!abang..kemain handsome lagi..."
"apa cerita ...dengar dah bercerai dengan..si anu"
Hanya dengan dua baris ayat tersebut..itu pun yang bercakap adalah ayah aku,emak aku menjadi mangsa santau.
setiap hari aku mendengar emak batuk tanpa berhenti.Batuk yang tidak mengeluarkan kahak sedikit pun.Sehingga hilang suara..berbulan lama nya.Ayah memang dah saspek ada yang tak kena.
Ayah sendiri melakukan pengubatan ke atas emak..dengan mengguna kan daun sirih dan bacaan ayat tertentu...santau keluar dari tubuh emak ku seperti kaca di tumbuk halus.dan daun sirih menjadi layu..itu baru sedikit.kalau teruk mahu jugak muntah darah...
aku pernah ke satu tempat di belah utara...terdapat orang mengirim kan santau melalui angin mahu pun makanan.Kalau santau angin memang senang sangat nak terkena.tidak seperti santau makanan.petua mengelak kan santau makanan...sebelum makan rasa lelangit kita dengan lidah.kalau terasa geli...makan lah.tetapi kalau sebaliknya...elak kan.begitu juga minuman...jika kita masih boleh melihat bayang-bayang kita pada permukaan minuman...minum lah.tetapi jika sebaliknya elak kan kerana ia kemungkinan beracun.
elak tidur menyonsang angin..maksud nya kepala di arah kan dari arah angin bertiup.kerana santau angin memang memgikut arah angin...ini petua yang selalu ayah aku bagi tahu.
Bila seseorang pandai menawarkan bisa..jangan bercakap begini..
"aku buat tapai hari ni...atau aku buat tempe hari ni.."
insyaallah tapai atau tempe anda akan di buang ke tanah....sebab nya aku tak tahu...mak aku tak pernah buat tapai sebab memang tak jadi nya.!!!
Apa Yang Korang Buat Dengan Lebihan Benang?
5 years ago
13 ulasan:
benda paling aku tak suka ini ler sebab tak nampak....aku pernah juga tengok orang kena santau
lagi satu x silap..kalau air yang dihidangkan air panas, tapi bahagian tapak gelas terasa sejuk, maka itu ada santau..betul ke?orang bagitau
baru tau... thanx
takut juga ya, manalah tau, malan tidak berbau
hmm..Ida ni dengan warna nostalgia mcm kembarla plak byk kisah2 misteri yg menarik utk dibaca dan dikongsi..Tahniah dan teruskan mengolah misteri nusantara, hehehe
wow... aku dpt banyak petua kat n3 ni. aku akan ingat... amat berguna ni... tq Ida...
Ida. Kerana sautaulah isteri kesayangan saya meninggal.Ini bukan santau angin tapi santau tuju. Ia ditujukan khas kepada seseorang. Isteri saya digaulkan makanan dengan santau dan kemudiannya dicucuk pula dengan jarum ala voodoo. Amat menderita ia pada masa itu. Ini semua akibat dengki dengan jawatan. Memang Allah melaknat mereka yang menggunakan ilmu sihir. Semoga kita semua tidak tergolong orang yang berperangai syaitan.
mamai...aku pun tak suka sbab tak nampak
oren...ye betul lah begitu.
a kl...kak setiap perbuatan kita kena lah berhati-hati jangan sesekali lupa kalimha Allah
zai....aku sangat suka meneroka alam misteri
naz...lela kata ko pun suka misteri.dan ko suka baca blog misteri aku nih...!betul kah begitu?
abang ariff....manusia sentiasa iri hati diatas kejayaan orang lain.maklong saya pun begitu...sebulan badan dia jadi macam batu.keras tapi masih bernyawa
abah aku penah kena 2-3thn lepas, santau angin. teruk juga, sampai kurus kering, pantang makan benda berbisa dan tajam, mesti sakitnya datang balik, jenuh dibawa berubat, tapi Alhamdulillah berkat doa, dia sembuh!
betulll... aku suka benda2 atau perkara2 yg misteri. dpt pulak kenal dng ko. sungguh misteri hidup kita ni eh... hehehehe...
dina...benda permainan syaitan kalau di lawan dengan kalam allah kalah juga si syitan...
naz...sama lah kita.suka dengan misteri..ko pun otak bisnes gak kan.huhuhu memang boleh join aku lah.ko duk klang erk?adik aku duk sana.pulau indah
hehehe... misteri itu indah...
yup, aku duk klang. ko biz aper? pulau indah? oooo... sana masih sunyi lg. kurang orang, tp best pesal dkt dng laut...
naz.....aku biz.tu lah yang ko nampak kat tepi blog aku tu.uptren2u...aku pernah gi tengok konsert BPR kat pesta pulau tu tahun lepas.nanti aku gi sana leh lah kita pekena teh tarik...
ooo... uptrend... aku x reti mlm lah. aku ni kontraktor kecik jer. aku just fokus kat bidang aku skrg ni. dulu2 ada gak join mlm, tp aku ni x pandai. hehehe...
Post a Comment