Aku menjawab salam yang kedengaran di halaman rumah...siap aku buka pintu dan tinjau.tetapi tiada sesiapa pun di halaman itu...ah!sudah.kalau dah macam ni kejap lagi mesti ada orang datang nak berubat dengan ayahanda ku tersayang.
jangkaan aku benar...selang 30 minit kemudian datang insan dari pahang bertanya kan ayah aku.nak berubat katanya...
"kenapa ni..."ayah aku bertanya
"entah lah mbo...sengal sangat tangan ni.tak boleh di angkat."
Ayah aku mengambil telur ayam kampung lalu di alingkan pada tangan dan bahu hamba allah tadi sambil membaca ayat-ayat al-quran.
aku pula duduk di dapur bersama isteri hamba allah tersebut.
Telur yang telah di alingkan tadi di pecah kan...terdapat bintik-bintik hitam seperti bulu di dalam telur tersebut.setelah selesai...ayah aku meminta hamba allah tadi datang tiga malam berturut-turu.
"apa yang kau nampak tadi long..?"tiba-tiba ayah ku bertanya.
"macam sarang tebuan bergayut dari pangkal lengan ke bawah siku.nampak macam biang pun ada juga.hitam legam."
"bisa...tak sengaja terpegang." itu lah masaalah abang tersebut.
keesokan nya datang lagi hamba allah tersebut.lantas ayah aku melakukan perkara yang sama.kali ini aku duduk di beranda..kerana aku melihat kelibat seorang lelaki mengekori hamba allah tadi.
"bang..abang pernah ambil buluh kat tepi sungai ye...?"aku bertanya tiba-tiba.entah dari mana datang nya idea bertanya.aku pun hanya mengikut gerak hati.
"macam mana along tahu..?memang ada pun...lepas tu lah tangan ni sakit."
"abang terusik barang orang ni...dia buang bisa dekat situ..tak sengaja.tak pe nanti baik lah.."
hamba allah tu pun pelik.dia berubat dengan ayah aku tapi aku pula yang berkata begitu dengan dia...
hamba allah tu sembuh seminggu selepas itu...dia datang balik...bawak kain dengan al quran untuk kami sekeluarga..alhamdullilah.
Apa Yang Korang Buat Dengan Lebihan Benang?
5 years ago
12 ulasan:
camana nak tau tempat tu ada bisa ke tak?
Ida...citer betul erk nih??? Isk...
bisa apa tu ida....malam nie malam keliwon nie
org yg ada ilmu ni ikut suka jer nak buang... last2 kena kat org x bersalah. memang x patut...
Da, ko nampak ye? Aisehhh...seram betul la aku baca entry ko neh...huhuu
Lela..
Ida ni ada pelbagai pengalaman yg misteri, mcm ko gak... kembar ke apa korang berdua ni... ;)
a kl....kak cuba baca entry saya yang lepas.ada sya nyatakan jika kita di ganggu.selalunya kita tak kan tahu tempat itu berbisa..contohnya mcm tempat bekas binatang berbisa mati.kita hanya tahu bila kita akan rasa sakit..sama ada di kaki atau tangan.ia akan bengkak dan gatal.kalau gi hospital dr kata tak ada sakit carilah orang yang pandai mengubat...
ainerza...ye cerita betul yang terjadi dua tahun lepas.
mamai...bisa yang telah di buang oleh orang asli.kan orang asli tahu buat racun.bila dia tak perlu kan lagi dia akan buang atau tanam di tempat tertentu
Naz...betul naz..macam kes abang ni dia nak ambil buluh jer..tak tahu kat situ ada orang membuang bisa atau ilmu mereka.
lela...aku selalu nampak benda mcm ni...tapi chidan lagi terer dari aku..hehehehe.
Naz...aku dengan lela sama kot tapi tak serupa...kan lela.sebab tu tetiba je aku dgn lela boleh terclose lak kat alam maya ni.sekarang dah pandai lah berhp dgn dak lela...kan lela kan?
ooo... teringat aku kes santau dulu. ramai yg meninggal aku dengo...
korang ni boleh close pesal selalu diselubungi misteri... mcm misteri nusantara la pulak... :)
Da, aku tengah angguk lelaju neh...ahahaha.
Naz, Ida lagi misteri daripada aku. Kuat semangat lak tu. Dunia dia penuh misteriiiii...kekekeke
naz..nanti aku cite macam mana plak santau tu boleh menular...
lela...ci naz kata kata kita ni misteri nusantara.
Lela..
sesungguhnya misteri itu indah...
Ida..
yer? bagus tu... aku tunggu... :)
Post a Comment