BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 2, 2009

Beginikah...?last episod...

Aku ke pesta buku di MECC mines wonderland ahad lepas.memang seronok...gila sakan aku tengok buku dan aku menghidu bau buku...sepuas hati aku.best sangat...
selepas suami aku menurunkan aku di pintu masuk dewan tersebut aku pun mengheret anak-anak aku masuk kedewan tersebut...pertama tentu lah anak aku yang sama gila nya dengan aku ke bahagian buku kanak-kanak...okey lah aku tak kisah janji dia nak membaca.okey..aku pun layan lah anak-anak aku...

sambil tu mata aku pun melilau lah memandang kesana kemari....aku kecewa sangat bila aku memandang ke site chinese book...ramai betul sampai sesak.aku pandang pula ke site malay book...aku hampa,tak seramai itu.

beginikah bangsa aku tak minat membaca...apatah lagi membeli. Aku tertanya-tanya...kenapa buku yang sepatut nya menjadi santapan minda paling utama tidak di minati...okey itu satu hal.

aku ke mines wonderland pula...ramai sungguh anak-anak melayu lepak di sana....sekali lagi aku hampa..kenapa lah bangsa aku suka melepak dari menambah ilmu...walaupun bukan semua begitu,majoriti yang berkelakuan begitu tetap anak melayu...boleh kah kita guna kan kata-kata tak kan melayu hilang di dunia itu lagi....

9 ulasan:

Mak Jemah said...

budak2 area sri kembangan tu suke lepak situ..

pasal pesta buku 2
rasanya kalo bdk u x cuti mgkin ramai kot student upm n ukm bleh pg,,

IdaAnuar said...

oren..nak kena tunggu cuti ke leh pergi...akak tak cutipunleh gi...

mamai said...

anak melayu bukan tak suka membaca tapi suka ulangkaji...kau tengok hasilnya banyak bayi dalam longkang atau tong sampah....

AiNeRzA said...

isk...sian anak-anak melayu...aku pun anak melayu jugak...tapi rasanya yang lepak-lepak tu bukan anak melayu...tapi ANAK X RETI BAHASA MELAYU~~

Naz said...

mcm mana nak ubah minda org2 Melayu utk minat membaca? kaum2 lain berlumba2 menambah ilmu, org2 kita lebih suka melepak x tentu hala... huhuhu....

IdaAnuar said...

mamai...kalau bab macam tu diorang tahu je dan jumpa je lorong tu...

nierza....yes!mereka tak reti bahasa melayu

naz...benda ni dtang dari rumah.kalau mak bapak asyik kerja tak ingat anak...mana anak nak minat kalau dah mak bapak tak minat

Naz said...

betul tu... patutnya parents kena start dr anak2 masih kecik lg. contoh melalui tauladan...

IdaAnuar said...

naz...anything happen yang terjadi kat luar tu bermula dari rumah.

Naz said...

betul tu...