Aku,suami dan adam(masa tu baru berusia 8 bulan) serta mak dan pak mertua aku bercadang mahu pulang ke kampung aku di palong 7 ni.Kami meninggal kan Kuala Lumpur jam 10 malam.maklum lah sebelah siang nya kami semua sibuk bekerja...perjalanan tidak terasa sangat sebab kami semua leka berbual sementara adam pula tak banyak kerenah.masuk sahaja kereta terus dia tidur.
sampai di rumah bapa saudara suami aku...lebih kurang jam 1pagi...tetapi aku rasa malas pula nak tidur di rumah nya sebab aku pun dah lama tak balik rumah mak aku...maka aku pun dengan selamba nya mengajak juga suami aku balik ke rumah mak aku.bukan lah jauh sangat pun hanya 30 minit perjalanan sahaja.
"tak payah lah balik...dah nak siang dah ni.."
" Tak pe lah makngah...selalu time macam ni banyak bas kilang banyak kat jalan"
" suka hati korang lah..."
Aku pun dengan suami aku meneruskan perjalanan.aku duduk belakang sebab adam tengah tidur...takut dia terjatuh pula.dalam perjalanan kami pun berbual lah macam-macam perkara.
tiba pada satu tempat...adam tiba-tiba merengek dan bergerak dari tempat tidur nya...aku menepuk paha nya memujuk supaya tidur...meunduk sedikit membetulkan selimutnya yang hampir jatuh.sebaik sahaja aku mendongak....
"ya! Allah..." Aku bersuara agak kuat.suami aku menoleh kebelakang.
aku sudah menjadi kaku.berulang kali suami aku bertanya.mengapa...tetapi lidah aku memang kelu nak berkata.
sehingga lah sampaikerumah...suami aku bertanya lagi.
"ibu nampak pocong...berdiri kat tepi jalan.putih...ibu takut."
terus suami aku terdiam...."nasib baik ayah tak nampak.kalau ayah nampak..mau tak berjalan kereta.."
sejak itu aku tak pernah lagi balik awal dinihari begitu...sungguh menakutkan.
7 ulasan:
isk...sebijik macam dlm gambar tu ker?
wah bestnya...aku suka balik malam2kalau balik kg isteri aku kat lepar hilir 3 nun....best macam2 aku jumpa....tapi binatang liar la.....kalau boleh tak mau la jumpa budak yang jumpa tu
Adoiaiiii...dia tak kacau ke Da? Bergolek2 ke tangah jalan ke...takde ke?
adoyai..akak..betul2 kasi saye seram la..
nasib baik aku baca time hari masih siang lg...
nierza...ye nieza..sebijik.tercongok kat tepi jalan tu
mamai....aku pun suka balik memalam.sebb sejuk sikit.tapi sejak jumpa budak tu aku tak pernah lagi balik larut malam
lela....ish kalau dia tergolek -golek kat tengah jalan tu harus hubby aku pun tak larat dah bawak kete...
oren...akak lagi seram
naz...apasalah nya kot nak baca memalam pun...hantu kat balik telinga pun ada
aku saja jer kasi gempak... hahaha...
Post a Comment