BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 12, 2009

Bukit Repah

sebelum aku menulis..sory lah gambar tak ada.sebab ini cerita yang aku dengar dari mulut seorang pakcik yang memang berasal dari sini.

pernah ikut jalan senaling kepis rompin? masuk dari pekan Kuala Pilah ke pekan senaling setrusnya menghala ke kepis anda akan melalui sebuah bukit yang agak curam berhampiran dengan felcra kepis sebelum simpang ke rembang panas,jika anda dari Kuala Pilah.Nak tahu apa yang misteri kat bukit tu?...begini cerita nya.
Riwayat penduduk asal kepis itu sendiri menceritakan kepada aku..sesiapa yang berhajat melalui jalan itu hendak lah bersikap baik.jangan takbur.di katakan di atas bukit itu terdapat sebuah keramat.terjadi satu kejadian...beberapa individu dari melaka datang lah ke daerah itu untuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. entah dimana silapnya..ada lah di antara mereka terlepas bahasa.you now...orang melaka.selepas majlis ringkas tersebut mereka pun bergerak pulang menaiki sebuah kereta.sampai di bukit tersebut..tiba-tiba enjin kereta berhenti tanpa sebab.puas lah mereka mencari punca masaalah tersebut tetapi hampa. salah seorang penumpang tersebut adalah penduduk asal kawasan itu..hanya diam tanpa kata. sehingga lah lalu seorang pemuda yang agak pandai hal ehwal kereta menolong mereka.puas juga mencari punca kerosakan tetapi hampa sekali..hingga lah dia berkata."macam ni lah pakcik.kita tolak ..pakcik terus masuk gear". dengan kehendak allah...enjin yang mati hidup semula.
mereka pun meneruskan perjalanan pulang ke melaka. jam sudah menunjukan ke angka 1 pagi.
dalam perjalanan itu...penduduk asal kepis itu bertanya." maaf cik nak tanya...macam mana majlis perbincangan tadi ada masaalah ke?...maka bercerita lah mereka,memang ada yang terlepas cakap.
di dalam hati pakcik tadi berkata...patut lah.kebetulan semasa kereta itu berhenti beliau telah turun sekali dan mendengar seperti suara orang tua mengeluh keletihan seperti mencungap diatas bukit tersebut...sah lah memang kerja ORANG TUA tersebut...kadang-kadang ia akan melintas merupai seekor ular melintas dan besar nya bukan kepalang....bukit tu memang sunyi di waktu malam...aku pernah lalu kat situ.tapi alhamdullilah..segalanya lancar.

J

May 11, 2009

Kenduri Kawin




Perkahwinan yang wajib aku hadiri...sebab ini sepupu aku. meriah sangat-sangat sebab ini lah pertama kali mak sedara aku kenduri kahwin. dengan pulut impit cecah kaya yang dibuat sendiri. fuh! memang class kenduri ni...menantu mak sedara aku orang melaka....lauk-lauk nya pun memang bez..pendek kata ini lah majlis berkumpul kaum kerabat mak aku.sorang aje tak ada....chidan.huhuhu.yang lain semua ada.

May 9, 2009

Susah macam mana pun...

Susah macam mana pun...
seksa macam mana pun...
terpaksa mintak kat orang...
aku tetap nak jugak...
macam ni...
boleh bercinta dengan kekasih gelap dalam terang aku ni...
aku mesti cari dia..sebab...
aku cintakan dia dan
aku sayang sangat dengan dia...
kadang-kadang..aku tak ingat dah benda lain..
aku ingat dia aje...
korang mesti pelik..apa lah dak ida ni.
ada suami tapi nak bercinta lagi pulak...
suami aku itu je lah sorang yang aku ada..
cinta aku ni pun adalah sorang jugak yang aku ada...
korang nak tau apa dia...
ni ha..yang ada ABC sampai Z
dengan tikus ni ha...ada otak jugak lagi...
Komputer lah..apa lagi..
aku cilok ibu chidan nye komputer...menyusup ke dalam bilik dan...jeng-jeng..
lantas aku membelai cinta hati aku ni sepuas hati...

May 6, 2009

Apa nak dikata.

Kesian dengan nasib seorang kawan menyebabkan aku terfikir kenapa tidak aku minta pendapat kawan aku yang lain..pendapat di atas pendapat.Kawan aku ni perempuan baru berusia 29 tahun tetapi dalam usia yang sebegini muda telah ditakdir kan jodoh nya berkahir sekelip mata.Tapi aku rasa dia seorang yang cukup kuat dan tabah.Dia ternyata seorang wanita yang redha dengan ketentuan ilahi.

Namun nak di jadikan cerita datang seorang lelaki...suami orang tetapi belum mempunyai anak selepas 6 tahun berkahwin..bayangkan perasaan seorang lelaki yang merasa egonya pasti tercabar bila orang memperkata kan tentang kehadiran seorang bayi dalam hidupnya...yang tak bez nya mengapa kawan aku ini juga yang di cari sebagai galang ganti keburukan si isteri yang sering di canangkan...owh!aku kesian dengan si isteri..kalau lah dia tahu siapa suaminya itu.
aku sering sangat dah jadi penyelamat kawan ku ini..selamat kan dia dari di jejaki oleh jejaka ss ini.puas lah dia menerangkan ,menolak malah berkeras kata-kata tidak mahu akan lelaki ini..tetapi lelaki ini memang bodoh tak faham bahasa..
kalau di terima...orang akan tetap meyalah kan kawan aku ini...maklum sahaja lah.dia janda.nanti di kata orang dia jugak yang tak sedar diri sedangkan lelaki itu yang tak sedar diri nya sendiri...habis cam no...?

gambar kursus hari tu




dua gambar ni aje yang aku ada itu pun ikhsan kawan aku...yang terkena rasuk tu yang berbaju hijau....aku dah temuramah dia apa dia rasa masa kena rasuk tu...dia hanya kata dia nampak langit lepas tu tak tahu apa-apa lagi.sedar-sedar dia boleh tanya aku..kak kenapa tangan saya sakit.tengkuk saya pun sakit ni....aku takut nak jawap.takut dia buat hal plak dalam kereta nanti...begitu lah rupa nya orang tak sehat ni..masa makan tengahhari lagi dia dah kata..badan dia rasa seram sejuk.rasa takut...tapi aku pulak saspek dia ni sakit sehingga lah ketika kejadian itu berlaku...suara nya menjerit sangat nyaring.bagaikan pontianak...seram giler.

May 5, 2009

rembulan..

Dalam pekat malam...
Aku dongak ke langit..
ku tersua bintang bergemerlapan....
ku terlihat rembulan berseri cahaya..

Kusatu kan menjadi untaian..
Untaian sang pujangga malam...
yang lara di hatinya..
yang sendu di jiwanya..
gemerlap bintang bukan penerang
limpah cahaya rembulan bukan penyuluh..
tak mampu jua membasuh..
lara dihatinya
sendu di jiwanya...

May 4, 2009

mancing,bohsia dan hospital




huh! dalam masa tiga hari aku boleh gi memancing dengan anak-anak dan suami aku dekat tasik bera.pas tu gi tengok wayang cerita bohsia.esoknya anak aku pulak masuk wad sehari sebab semput...macam hal.


gi mancing kat bera...bez dapat lah haruan 2 3 ekor sebab hari hujan lah pulak ditambah dengan orang yang ramai hari itu.


tegok wayang....weh!dah lama aku tak gi tengok wayang.kali terakhir aku tengok wayang cerita madagaskar kat summit square selayang.pas tu dah bertahun aku tak jejak kaki ke panggung wayang..maklum lah anak aku kecik-kecik lagi.tapi sewaktu aku berjalan-jalan di kiara in bahau adam beriya-iya sangat mengajak aku tengok cerita bohsia.puas lah aku terangkan..cerita tu tak sesuai untuk kanak-kanak.tapi dia masih degil pada tahap gaban dia...maka aku pun terpaksa angkut adik-adik dia yang kecik tu tengok wayang..nasib baik lah diaorang tak banyak hal...


cerita nya..alah! cerita melayu..biasa lah ada sedikit kualiti. nak bagi 3 bintang okey lah...cerita mat rempit,bohsia...gejala yang semakin melampau.


di sebab kan terkena hujan dan di tambah dengan aircond panggung.adam pulak masuk hospital sebab semput yang terlampau...biasa lah anak bujang aku kalau dah duduk situ tak kena gas 2 atau 3 kali..jangan harap boleh balik.dah biasa sangat dia kat hospital tu. orang kat situ pun dah kenal adam tu..dengan sakit dia.dengan mulut dia...macam-macam terjadi dalam masa 3 hari ni...


April 30, 2009

Puisi Jiwa

Aku melihat alam..
Luas...
Terbentang...
Tidak terjangkau...
Tidak terpeluk...
Hanya mampu aku nikmati...keindahan
cinta...
kasih...
sayang...
terbuku didada...
Tidak mampu ku luahkan
hanya mampu aku diamkan...
hati...
jiwa...
rasa dan kecewa..
beraduk di hati...
mencalari naluri
....jiwa...
....jiw....
....ji....
....j....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

April 29, 2009

kursus rawatan islam

di sebab kan hp aku masih masuk air..aku terkilan jugak lah tak dapat nak upload gambar masa aku gi kursus tempoh hari.bertarikh 25hb april 2009 bertempat di dewan kuliah kolej komuniti jempol.aku dengan group aku seramai 6 orang sebenar nya dah terlewat sampai..bukan sebab jem tapi sebab kitaorang kena gi bank kuarkan duit yuran..sebanyak RM20.
penceramah hari itu adalah ustaz hj abdul malek ladzim.beliau seorang pengasas pusat rawatan terapi al-quran darul hikmah.sesapa penah tengok expose mistik tahu lah ustaz ni..memang best dan dia masih muda trang tang tang tang...tapi dah beristeri.
apa yang aku belajar?...wah! bab ni yang bez nya.belajar bagaimana mengetahui tanda-tanda manusia itu di ganggu oleh jin.
antara tanda-tanda nya ialah
sakit di sebelah rusuk kanan tanpa apa-apa sebab
sakit di bahagian abdomen juga tanpa apa-apa sebab
mendengar suara halus berbisik di telinga
muntah tanpa sebab yang munasabah
terasa seperti di tolak ketika di dalam tandas
bermimpi binatang berbisa
anak kecil menangis tanpa sebab munasabah
ibu jari kaki terasa seperti di tarik orang
ternampak kelibat -kelibat

itu lah di antara nya.kalau nak senarai kan panjang pulak.cara mengatasi nya adalah dengan membaca
ayat kursi
surah alfatihah
surah alfalaq dan surah an nas dengan memegang kepala si pesakit dengan tangan kanan.baca berulang kali.
lepas tu kami diajar berdialog dengan jin ini...cara nya harus lah tegas,jangan mudah goyah.

sesi kedua kami bermula dengan bacaan ayat-ayat alquran dari surah-surah tertentu..nanti aku buat entry lain ye.
dan apabila ayat-ayat ini bergema kami di minta melelapkan mata dan kusyuk mendengar ayat-ayat tersebut. apabila di minta membuka mata...aku dapat melihat kawan sebelah aku dah menangis.ah!sudah..mari kita tengok siapa yang kena....tunggu lah aku dapat kan gambar dia jugak.tak puas lah kalau tak ada bukti..hehhhehee

April 28, 2009

Takut!

takut!fobia!...tetiba sahaja aku jadi takut tahap gaban.sedang kan aku adalah manusia yang berani.ye lah aku kena lah berani sebab aku suka adventure dalam hutan..kalau tak hutan belukar,hutan hujan khatulistiwa.semua pasal kursus rawatan islam yang aku hadiri 25hb lepas.mak aiiii!...tujuan aku hanya nak kenal apa itu rawatan islam tapi tak sangka pulak ada yang berpenyakit dan perlu di rawat...aku jadi takut bila tengok orang yang nampak riang ria tetiba tergolek tak sedar diri dan meracau-racau. siap boleh tendang meja lagi...tunggang langgang. muntah-muntah berlendir berwarna hitam...seriau aku.takut aku pun kena cam tu jugak..sebab tetiba jer aku jadi lemah semangat...nanti gambar aku tunjuk.hp aku masuk air.tak leh copy lak...

April 23, 2009

Bukit Putus

orang negeri sembilan memang tahu sangat lah tempat ni..kalau nak ke Kuala Pilah memang taka jalan lain melainkan terpaksa lalu bukit yang bengkang-bengkok macam ular kena palu ni. aku nak cerita kisah rakan aku yang terpaksa melalui bukit putus ini tengah malam buta.waktu tu memang tiada satu pun kenderaan yang berselisih dengan kenderaan mereka.

dalam satu kereta ada tiga orang budak lelaki yang memang penakut gile.ntah bagaimana mereka terpaksa balik ke kampung mereka kerana mendengar berita salah seorang dari keluarga mereka sakit tenat.mereka pun beranikan diri pulang lewat tengah malam itu.
sampai di kawasan bukit putus..masing-masing terpaksa menahan rasa hati yang ketakutan.berbagai cerita menguasai akal fikiran mereka.entah dongeng entah kan benar mereka sendiri tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut. sehinggalah bila mereka tiba pada satu selekoh yang tajam..dari jauh mereka melihat kelibat seorang lelaki membawa pancing turun menyusuri lereng yang berbukit.
"malam-malam buta memancing..."tegur A
"ye lah..! gila agak nya...lagipun mana ada sungai kat bawah tu.." sahut B
serentak dengan itu mereka terbau sesuatu yang busuk.seperti telur tembelang pecah.mereka terus terdiam.sah lah itu bukan manusia.
sampai dipekan Kuala Pilah pun mereka masih terdiam tanpa kata-kata sehingga lah si C bersuara..

"SORRY LAH GENG.AKU TAK SENGAJA TERKENTUT TADI.."

la..patut lah busuk!
"Hoi...berapa harikau tak membuang?"...terus C kena ketuk kepala

April 22, 2009

aku busy...



kerja aku kalah wakil rakyat...nampak sikit tapi ada beratus helai kertas yang aku kena buat kan emel..pas tu ajar orang nya..pas tu keyin dalam excel..pas tu cukup bulan emel kat bos...lepas tu kalau salah...jangan harap claim akan dibayar cepat0cepat.simple kan....wargh! aku tension sebab aku kena update data hp baru....

hampes,crempes nye manusia...!

baca tajuk korang dah tahu kan aku tengah marahhhhhhhhhhhh giler. Hp aku pulak kena kebas dek tangan panjang yang tak berwajah.banggang nye manusia. hp murah tu pun nak kebas. aku tak heran hp tu...langsung tak heran.yang aku heran kat dalam tu menimbun no hp..pakwe makwe pakcik makcik aku....wawaawa!termasuk lah no. pakwe aku yang kat morocco n indon tu...kalau aku dapatkan balik no yang sama pun aku kena gak buat keje...mencari no mereka semua.memang jahat nye manusia.kau tanggung lah dosa cilok hp murah aku tu....dah lah aku kena bekerja dengan ikhsan hp aku.mana tak nya segala gambar berkaitan keja aku ada kat dalam memo hp tu...mati aku nak korek balik gambar-gambar tu...tak sempat nak download dalam komputer aku...dah 1oo kali aku melalak mengenangkan betapa bertimbun nya keja aku nih...kena lah aku merayap sekali lagi.repeat mana yang patut...tolong!tolong!

April 20, 2009

untuk shahidan











cekur , kunyit,ibu dan ayah..harta paling bernilai kat chidan...gaya ibu nya memasak..hui! korang tahu sambil masak dia sempat alihkan cekur yang dah penuh sepasu ni kat tempat yang lebih besar.tanpa aku tanya ibu chidan memberitahu ini cekur yang alang tanam sebelum dia naik kapal terbang....kunyit tu pulak dia saja suruh aku ambik gambar konon nya nak bagi tahu chidan...ibu dah berjaya tanam kunyit..hahahaha! ayah chidan tu pulak...lagi terer,dari seawal jam 9 pagi tangan ajaib nya tak berhenti mengurut orang..yang terseliuh,yang patah...semua datang.aku pulak dengan selamba nya menyuruh ayah chidan membuat sistem nombor...susun kerusi kat luar.ikut angka giliran......selalu aku lah yang lepak kat umah chidan nih.bila hujung minggu..sambil aku selesaikan beberapa hal aku...untuk alang chidan...upload lah gambar-gambar ini..apasal tak kol time maklong ada kat situ?

April 17, 2009

Aku tertarik

aku tertarik dengan entry sulela tentang suara yang mengejutkan dia daripada tidur. ini menyebab kan aku teringat pada sesuatu yang hingga kini sering mengejutkan aku bila tiba waktu sembahyang subuh...
kalau korang masih ingat dengan entry aku tentang gangguan yang aku alami sewaktu mengandung baby no.2..makluk ini juga lah yang sering menguis ibu jari kaki aku setiap kali aku terlajak,tak dengar azan subuh(tidur mati lah tu...hehehehe.)...waktu nya mesti 6.30 pagi.mula-mula ia terjadi aku hanya mendengar suara di dalam mimpi yang mengatakan..."DAH MASUK WAKTU SUBUH"..itu sahaja sudah membuat kan aku terjaga...belum lagi,aku melihat kelibat orangnya kebilik air,lalu depan aku dengan muka basah berwuduk.itu belum lagi suara nya mengaji sayup aku dengar pukul 1 pagi...tak lagi dengan cakaran di dinding yang memberi petanda-petanda salah laku individu yang rapat dengan aku. juga bukan lagi suara halus yang memberitahu bersedia atas apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi....
istimewa sangat kah aku hingga aku di beri keistimewaan yang begini....yang menakutkan aku pernah melihat wajah orang lain di sebalik wajah seorang pesakit yang di rasuk hantu...sangat menakutkan....sulela..alangkah baik nya kalau kau juga boleh menjadi seperti aku boleh melihat bukan sekadar mendengar.lela..kita boleh belajar bersama dengan chiddan. dia lebih arif bab yang begini...itu lah sebab nya aku nak sangat pergi kursus rawatan secara islam itu...hehehe..jeng!jeng!jeng!..gasak lah,dak lela dah termasuk di dalam kumpulan mata dan telinga yang terbuka hijab nya....chidan dan aku dah ada geng!

permasaalahan dan penyelesaian

......aku tak suka nak jadi manusia hipo yang pandai bermuka-muka.maksud nya depan belakang ada muka.belakang makan depan pun makan...aku bukan begitu orang nya. aku sibuk sesangat...membuat surat bagi menjawab pertuduhan seorang hamba allah yang dah jadi kaduk naik junjung. yang menjadi kan diri nya macam berkuasa besar.kalah PM. padahal dia hanya ketua cawangan sahaja...dan yang lebih malang nya dia hanya menumpang di felda palong 7 dia bukan anak peneroka melain kan anak tiri peneroka.mengapa pula dia yang berlebih hendak menentukan hala tuju kitaorang belia di sini....sudah lah dia menghabiskan duit kerajaan dengan projek yang entah apa-apa.nampak maju sekali tetapi akhirnya menjadi projek gajah putih,sarang maksiat kat palong7 ni. ..membiarkan belia terkontang-kanting . bila kitaorang bangun dan tegak berdiri dia boleh cuba mencantas kami dengan pelbagai alasan. parti pembangkang lah...menyokong pembangkang lah. tanpa di selidik kenapa dan mengapa. itu lah yang cuba aku dan team aku jawab saat ini....kiranya persatuan kitaorang dah jadi macam medan politik pula. apa yang tak best nya memo tersebut telah dihantar kepada PM sekarang. tak ke melampau...dan aku nekad mencabar beliau ini.bukti kan siapa yang mempunyai sikap paling buruk sebagai pekerja dan pemimpin...dia atau pegawai felda yang bertugas. cukup lah dia menjadikan masyarakat felda palong 7 terpecah dua. kami akan cuba membetulkan masaalah politik kotor saudara ini...cukup-cukup lah menjadi pemimpin talam dua muka. aku tak peduli lagi kalau aku dan team aku terpaksa menghadap parti UMNO sebab salah laku beliau ini...bukti kesalahan nya ada di tangan kami. jangan sampai terburai...memalukan diri sendiri sudah lah wahai saudara yang berkenaan

April 16, 2009

aku dah bosan

aku dah bosan dengan situasi orang lain yang sebab kan aku jugak jadi huru hara. aku dah menyampah dengan mereka-mereka yang tak pernah fikir hati aku dan perasaan aku....kalau orang lain mungkin aku tak peduli tapi ini keluarga aku sendiri...jadi sebelum aku jadi gila,aku nekad nak blah dari diaorang dan aku rasa aku tak nak dah balik kesini.....jadi bila korang tengok blog aku tak hupdate tuk masa yang lama di masa akan datang korang tahu aje lah aku tengah uruskan pemidahan aku...buka akaun stremx dan beli laptop baru..huhuhuargh....aku tension giler ni

April 15, 2009

neon kota









apa aku boleh kata tentang Kuala Lumpur di waktu malam....Cantik! Gambar ni aku ambil di sekitar KL..tak pro sangat sebab aku ambik dengan hp jer...tapi okey lah....

April 13, 2009

Pesan Untuk Semua

...hahaha...aku akan on the way ke Key ell jap lagi...esok nak ke Fedlot di mount kiara.temuduga..yeyeye.dah siap dah beli kasut tumit tinggi dengan blouse nak pakai esok.mintak-mintak ada lah rezeki anak-anak aku....lepas temuduga aku nak ke Felda pula. ada urusan rasmi dengan Dato Ramli.ish...sejak dua menjak ni urusan aku dengan dato-dato jer...ntah apa hal aku pun tak tau.yang aku tahu...aku busy sangat. nak update blog pun petang-petang aje nak baca blog kengkawan pun lambat-lambat aje. tapi wajib pagi-pagi mesti pekena dak lela aje...lela,ni dua ari aku tak ada ko jangan rindu lak kat aku ye....jaga diri korang

April 11, 2009

Fedlot

Jeng-jeng....apa pendapat korang kalau aku beralih aingin dari ict ke accounting...hehehehe...penat tau aku belajar kat USM dulu.memecah kan otak mempelajari finance dan accounting ni...tapi aku pilih dengan bekerja di bahagian ICT. tak ada kena mengena langsung dengan kemahiran aku dengan matematik...Kenapa aku pilih bekerja di bahagian ICT...pertama nya....SEBAB AKU MABUK GILER DENGAN PC.MANA KAN TIDAK AKU ADALAH SALAH SEORANG PENULIS BAGI SEBUAH AKHBAR TABLOID.DIMANA AKU HARUS MENGEJAR DATELINE. DUIT AKU AKU TU...keduanya SEBAB AKU SUKA SANGAT NAK MENYELIDIK APA SAHAJA KAT MR.GOOGLE..TERMASUK LAH CERITA PARANORMAL DIMANA SEBAHAGIAN NYA AKU JADIKAN KOLEKSI PENDRIVE AKU. ketiga..SEBAB AKU SUKA SANGAT MEMBACA.AKU DAH MUAK MENGUMPUL NOVEL SEBAB KOS NAK SIMPAN NOVEL AKU DAH MENCECAH LEBIH 10RIBU. BACA KAT INTERNET LAGI BEST...
Fedlot ni apa ye...satu company yang di asas kan oleh Dato sharizat jalil. aku yang pos resume aku kat dia...saja suke-suke sebab dia jugak yang kata. kenapa aku duduk kat sana sedangkan aku mampu pergi lebih jauh. kalau u duduk dekat kl i nak u dan auntie u follow i, kan u juga kata u nak jadi YB...Hahahaha..aku nak jadi YB? ada bakat ke?Aku selalu lah panjat ofis dato masa kat KL sebab aku dengan makcik aku 100 prts terlibat dengan kebajikan masyarakat dah tentu memang di bawah dia. but..itu dulu....semalam SU dia yang handsome tu kol aku suruh datang kat Mount Kiara selasa ni untuk temuduga post sebagai accounting. perh...!dah lama sangat aku tak tengok lajer,buat kira-kira. UBS sistem pun aku dah kantoi. setakat buat akaun tuk belia okey lah sebab duit nye ciput jer...Tapi aku akan pergi juga lah temuduga ni..dah lama sangat tak jumpa SU dato yang handsome macam Hans Isac ni...see in Key Ell!!!...

April 9, 2009

Cik...Da..

" Wah! Cik da...nanti meeting belia kitaorang datang ye"
"meting belia..."?
" La kan belia buat mesyuarat agong nanti..."
"bila masa plak buat mesyuarat agong,kan dah buat ari tu.."
" La habis nape cikgu paisal cakap kalau kitaorang tak datang meting nanti dia kerat kaki...macam wajib je..."
"Dia cakap macam tu ke...?"
" Ye lah cik da..."
" Kau jangan mengada-ngada nak gi...."
" Napa plak...?"
" ni masaalah kitaorang cik da kata jangan pergi,jangan lah pergi k...tanya banyak pulak."
" Ko nak ikut cik da ke ko nak ikut orang lain...?"
" Cik da...lah cik da best..."
" Tau pun...jadi duk diam-diam jer kat sekolah tu."

bila anak gadis cik daud dah balik, sebagai cik da yang tak suka politik-politik diaorang ni on the spot menghabiskan kredit kol pengerusi.timbalan dan bendahari kitaorang. short meting ....markas kat rumah aku. pas tu berlanjutan hingga ke kedai nasi lemak public. penuh satu table.apa yang kitaorang bincang....pasal paisal yang cari pasal ni lah....

April 8, 2009

Pelik tapi benar...

Pelik betul aku...kemana pergi blogger kegemaran aku. Pj hilang.Apiz dah bagi amaran busy tahap Gaban. dak lela pulak..kata su modem dia hangus terbakar.yang ada atan sahaja...mana pergi yang lain ni...ketiadaan mereka menyebab kan aku di landa kebosanan yang amat sangat. sebab tak ada bahan yang hendak di baca...lalu aku menghabis kan masa berjalan-jalan di sekitar n9 ni..aku pergi KBS untuk bertanya kertas kerja aku dan budak-budak anta. Tak lulus...pelik kan? tapi ini lah kerenah birokrasi....menyampah aku buat kerja macam ni. bersengkang mata buat culculate...tetiba kena reject di atas alasan...BERANI MATI.Pergh....berdesing telinga bila dengar..." Kak kena reject..mcm mana ni.pening saya kak." Luahan hati Pengerusi aku tersayang tu...aku lagi lah dengan amy..terus tak boleh cakap apa dah....yang kedua nya sedang aku tercari-cari apa pulak projek nak buat lepas ni...si amy terbaca satu kursus...perubatan islam. ha..!apa lagi aku kol lah yang empunya penganjur...bila aku kol,tengok nama...aduhai! tak akan ada pelanduk dua serupa. ...ah! aku peduli apa.aku redah juga sebab adik-adik aku nih...sah lah ! memang dia..cikgu aku tersayang.yang tak pernah aku lupa sesaat pun...orang yang sememang nye memberi impak paling besar dalam hidup aku,dalam sejarah hidup aku....dulu sampai sekarang impak tu tak pernah menjadi kecil hatta sebesar zarah pun...sorry lah cikgu. aku bukan tak cuba lupa kan sebab benda dah lama. tapi aku memang tak boleh lupa sebab impak nya melibat kan hidup aku....susah menjadi perempuan yang taksub . bila dah di beri 100 peratus tuk orang lain memang tak ada lagi....dan ia tak pernah lagi kembali dalam hidup aku.pelik kan? tapi itu lah kebenaran nya......aku hanya ada rasa sayang tetapi aku tiada rasa cinta...beza aku dan orang lain barangkali.kenapa aku boleh tersenyum gembira.. sebab aku ada penasihat yang sangat baik hati....yang mengajar aku erti kesabaran terhadap dugaan hidup aku. aku makin kurus ke?...ramai orang cakap macam tu..entah macam mana nak cakap lagi...segala nya terletak pada aku...bahu aku dah tak mampu memikul.sampai satu masa aku hanya berdiam diri. tanpa berbuat apa-apa. duduk macam orang bodoh....penghabis nya aku tidur tanpa aku peduli kan sesiapa...macam orang sakit jiwa pun ada. memang aku sakit sangat sekarang ni...aku penat jadi anida. aku nak jadi orang lain...yang tak ada kehidupan silam(macam watak dalam novel RAM)...boleh ke.?kalau boleh yang semalam pun aku tak nak ingat. macam mikhail...

April 7, 2009

Takziah

Takziah pada Puan Saniah kawan aku yang baru kematian suami semalam. dan aku baru sahaja balik dari menziarah arwah...aku juga berkesempatan ke tanah wakaf.arwah meninggal di dalam tidur nya selepas mengadu sakit dada.
Ramai yang itdak percaya pemergian arwah kerana ramai yang baru sahaja berjumpa dengan arwah sewaktu mengambil anak nya dari sekolah pada pukul 1.30 petang. selepas mengambil anak di sekolah beliau mengadu sakit dada. setelah isteri nya menyapu minyak angin beliau mengadu mahu tidur sebentar...isteri pula kembali bertugas. selepas di kejutkan anak usai sembahyang asar, beliau mendapati ayah nya tidak bangun. di kejut berkali-kali arwah tetap tidak bangun. Jiran yang prihatin memanggil pembantu perubatan dan arwah di sah kan telah meninggal dunia...ALFATIHAH

April 3, 2009

Kisah Seorang Sahabat

Terus terang aku kata sejak aku tahu berkawan aku tidak pernah ada walau seorang pun kawan perempuan...kenapa?
Sejak terjadi nya peristiwa antara aku dengan seorang kawan perempuan.bukan berebut pakwe atau tersalah cakap hanya kerana seorang teman yang lain , yang iri hati melihat persahabatan kami.sejak itu aku anti perempuan walaupun aku seorang perempuan.
aku boleh berbuat baik bergelak ketawa dengan kawan perempuan tapi aku tak boleh rapat dengan mereka sebab aku takut pisang berbuah dua kali. jadi aku hanya di kelilingi oleh lelaki yang aku anggap sesuai jadi kawan aku. ...
pelik sangat kah kalau aku suka bersahabat dengan lelaki?...asal kan aku tahu menjaga batas susila aku rasa itu bukan lah satu kesalahan...tapi bukan ayah aku.aku pernah di tegur gara-gara halaman rumah aku penuh dengan motosikal kawan-kawan lelaki aku datang berhari raya. pernah ayah aku bertanya " kau tak ada kawan perempuan ke?'''aku hanya geleng,sebab memang tak ada...aku lebih santai bersama teman lelaki aku.bukan perempuan. bagi aku perempuan suka menebeng,bawa mulut, terlalu cemburu , terlalu metarial..aku tak terkategori langsung dengan perempuan begitu..hakikatnya dunia aku hanya buku,buku dan laptop. itu sahaja..anak dan suami aku pula adalah kawan aku yang terbaik yang aku ada. Percaya kah korang aku ni adalah perempuan paling simple,(tapi tetap melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan suami)..tak kisah dan tak kisah..zaman sekarang ada tak perempuan macam aku?

April 1, 2009

Pelangi



sempat juga aku menangkap gambar pelangi ini sewaktu hujan panas di rumah aku...apa yang aku boleh kan pelangi ini memang cantik kelihatan melintangi rumah bercat kuning ini...


teringat aku dongeng masa aku kecil dahulu. kalau tunjuk pelangi nanti jari kudung.atau pun ada puteri baru turun dari kayangan..nak mandi dekat sungai. sesiapa yang dapat mencari muara pelangi dia akan dapat melihat 7 puteri kayangan sedang mandi manda.


huh! itu semua khayalan sahaja tak kala aku tahu sebenarnye pelangi terjadi kerana biasan air hujan dan matahari. huhuhu...tertipu aku rupa nye.

March 31, 2009

MANA DATANG NYA!

Entah darimana datang nye kaca yang berderai seawal jam 2.00 pagi semalam di rumah aku.
aku tidak mendengar nya sebab bilik aku di belah hadapan ruang tamu. yang mendengar kaca di lempar kan adalah mak aku.

cerita mak aku....dia mendengar bunyi kaca terhempas awal pagi itu lalu dia bangun dan menjengah ke dapur. kaca bertaburan pada ruang tengah dapur rumah aku..berselerak hingga ke celah-celah almari.yang pelik nye di kawasan tersebut adalah ruang yang lapang tanpa ada apa-apa kabinet. seolah-olah di baling...kata kan lah pinggan pecah dari tangan mustahil serpihan nya menjadi sebegitu halus,tanpa ada serpihan besar.seolah-olah ia memang datang dari tempat tinggi...dan untuk pengetahuan anda rumah aku tu jarang guna cawan atau pinggan kaca sebab anak-anak aku kan ganas semua nye.jadi plastik jer yang banyak. kaca yang pecah tersebut tebal seperti kaca kereta

banyak lah spekulasi timbul...pada aku mungkin ada orang yang cuba nak masuk kedalam rumah aku mencuri melalui lubang di pintu dapur. jadi sebelum dia masuk dia test campak kaca nak tengok orang sedar ke tidak...tapi di sebab kan mak aku bangun buka lampu..maka sah lah dia tak kan ada peluang mencuri...takut gak aku. sebab bibik (indon) yang duduk rumah aku kata dia nampak orang mundar-mandir sebelum kaca tu pecah....ishk! musykil juga.

March 30, 2009

Asrama Lama

Bila lalu sahaja dekat bekas tapak asrama lama aku dahulu,aku teringat cerita masa aku duduk di asrama tersebut. aku bukan suka sangat dengan asrama tapi di sebab kan aku dah tak ada tempat tinggal aku terpaksa juga duduk di situ...bersama kawan-kawan yang senasib dengan aku. kebanyak kan nye budak-budak serawak. tak kisah lah tu kan...
Tapi ni aku nak cerita tentang betapa KERAS nye asrama tu...
satu malam tu...aku baru balik dari OT(Overtime)...aku lepak sekejap dekat ruang tamu dengan kawan-kawan yang lain.sejam lepas tu...aku pun masuk bilik untuk beradu(tak mandi sebab malas nak gi bilik air yang gelap tu,takut pun iya jugak)...aku pun naik lah kat atas katil double deker(aku tido tingkat atas...sebab tinggi.
Aku rasa macam dah lama sangat tido..tetiba aje aku terjaga bila aku terasa selimut aku di tarik kebawah. aku membuka mata...masa tu aku hanya fikir mungkin selimut aku terjatuh. aku langsung tak fikir benda lain yang akan aku nampak. Buka sahaja mata aku terlihat satu lembaga berdiri di kaki aku..masa tu gelap jadi aku hanya nampak lembaga hitam sahaja. terus aku terkaku....tak jadi ambil selimut lantas aku mengambil bantal dan menutup mata...takut.
Sumpah aku tak tahu makluk apakah itu...hanya sejak peristiwa itu aku mendapati ada juga cerita - cerita aneh yang aku dengar. ada juga teman lain yang berhenti kerja sebab tak tahan dengan igauan tersebut...kini tapak asrama itu telah di roboh kan dan di ganti dengan kandang lembu...dan di tapak itu juga aku terimbau kenangan lama...cikgu aku! di mana kah dia sekarang ini?...

March 27, 2009

Cerita Kawan Aku


semalam aku berbual dengan kawan tentang cerita hantu....bez cerita nih...jom kita baca sesama


" kau tahu simpang PD dengan P3 tu...?"

"Tahu...Nape..?

" Ko tahu orang selalu jumpa hantu kat situ...?"

" Tahu ...tapi cerita ko versi yang mana pulak..."

" Macam ni cerita dia....


Musim orang kawin menyebab kan mamat dengan sebat(nama main ambik jer)...selalu lah melepak menunggu acara kemuncak joget lambak berlangsung.walaupun dia tak kenal dengan owner kenduri tu..biasa lah budak-budak muda.

Mamat tak suka sangat berhibur.memang dia clean...berbanding sebat yang suka minum todi dan ambik ganja. maka pekena lah si sebat dengan benda haram itu kat rumah orang kawin tadi.


masa balik...jam lebih kurang satu pagi...si sebat dengan macho nye membawa motorsikal dan si mamat menjadi pembonceng....nasib jer tak accident...dengan mamai nye sebat memperlahan kan motosikalnye apabila sampai di satu selekoh. sebab dalam mamai dia boleh nampak seorang makcik membawa dua orang anak nye berjalan tengah malam buta.senyap sunyi tak ada makluk lain.

si mamat bertanya.." Kenapa makcik?'

" Moto pancit,pakcik kau gi betul kan kat palong4."

" kat palong3 kan ada makcik..'

" entah tak tahu lah pakcik kau tu.."

' Tak pe lah makcik ...kami jalan dulu lah nak tumpang kan pun tak muat ni..'

" Tak apa..makcik jalan lah perlahan-lahan..."

" Pergi dulu ye makcik..."

" Yelah nak..."

Si sebat pun menyetat moto dan segera berlalu. mamat tidak sedap hati. dia menoleh ke belakang...tetapi mamat melihat..MAKCIK TU DAH GHAIB DENGAN ANAK-ANAK NYE SEKALI... berderau darah mamat. berlainan pulak si sebat...dia tak heran sebab dia tengah hayal.


sejak itu mamat tidak pernah lagi turun ke mana-mana joget lambak lagi walaupun kawan-kawan nye puas memujuk...

Moral nye kat sini...jangan balik lambat-lambat.nanti momok tunggu...kat tepi jalan

March 26, 2009

Dinihari dan orang gila



Dinihari tahun 1988,sewaktu itu aku baru sahaja berusia 12 tahun...aku terjaga dari tidur apa bila mendengar bunyi riuh rendah di halaman rumah(masa tu rumah kecik jer...rumah FELDA)

"Ha...pintas!Pintas!"

"Ha..cepat,cepat"...

aku pun melihat apa yang bising sangat . aku melihat mak aku duduk di dalam gelap dengan sebatang kayu. memandang ke arah tingkap.

"Apa tu mak bising-bising?" Selamba aku bertanya.

" Ish,,,diam tu nak tangkap orang gila..'

Demi mendengar sahaja perkataan gila aku dah boleh agak sape yang buat hal..sama macam tahun-tahun sebelum itu. memang kejadian ini bukan lah pelik.

"Ha..dah dapat! dah dapat!..." Aku mendengar suara orang bersorak. Dah dapat lah tangkap tu. aku pun meninjau di sebalik tingkap. aku boleh melihat orang gila tadi di serkup dengan Guni sambil meronta-ronta. Kesian pulak aku tengok...tapi kalau tak di buat begitu sure dia mesti mengganas...

Bila sebut orang giler aku teringat cerita ayah aku tentang orang gila kat kampung dia..

si hamba allah otak mereng ini kehulu-ke hilir hanya berkain pelikat tanpa memakai seluar dalam.(korang boleh bayang kan lah macam mana)..suatu hari beliau teringin nak minum air kelapa muda.maka beliau pun memanjat pokok kelapa tersebut. di jadikan hal..tiba-tiba kain yang dia pakai terlucut lalu jatuh ke bawah(bayang kan apa jadi dia kat atas tu)...di sebab kan dia mereng,otak tak betul...jadi dia memang tak boleh duduk diam-diam atas pokok tu....lalu lah seorang makcik di bawah pokok kelapa itu maka dia pun menjerit...

"JANGAN PANDANG ATAS,PANDANG BAWAH"!

kalau korang lah jadi makcik tu mesti korang pandang atas kan...nak tengok siapa lah yang terjerit-jerit tu...APA JADI KAT MAKCIK TU BILA DIA PANDANG ATAS.!!!!

ahahahaa....makcik tu terus pengsan bila tengok manusia ada ekor kat depan tengah panjat pokok kelapa!!

March 25, 2009

misteri makcik tua!

sekitar tahun 1990..aku terpaksa bersekolah sessi petang.dan macam biasa kawan baik aku zaimee akan bersama aku mengekori aku ke sekolah....tengahhari itu,aku bergerak keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah hari.memang time benda mistik ni suka berjalan-jalan...
ingat tak entry aku kat paya di mana aku mendengar suara orang ketawa dan membasuh...kali ini aku jumpa makcik pulak dekat paya tu...boleh plak dia bertanya..
"dik ...kat mana umah hasnah,isteri ismail"
"makcik ni siapa...tak pernah nampak pun" aku bertanya lah jugak sebab aku memang kenal hasnah tu termasuk la saudara mara dia.tak kan makcik ni aku tak kenal..makcik ni sangat pelik pada pandangan mata aku..
bajunye serba hijau dari atas ke bawah,kasut,handbag hingga ke celak mata berwarna hijau...pelik lah tu,mesra alam sangat makcik ni.
aku pun tak lah banyak cerita..lantas aku tunjukan lah rumah makcik tu.
di jadikan kisah keesokan hari nye...si zaimee membuka cerita
"eh! ko ingat tak makcik mesra alam semalam tu"
"ha...nape...dia kan gi umah cik nah"
"mana ada...aku siap tanye ciknah ada tak sedara dia cari...dia kata tak ada pun."
"eh!biar betul..
ke mana ye makcik tu hilang? selepas itu lah aku mendengar cerita ciknah tentang kain nye yang sudah siap di basuh di angkat oleh entah sesiapa...dan di rendam dalam bilik air. sejak itu juga aku dapati ciknah selalu sahaja sakit...misteri sakit ciknah itu....dan aku juga mendapat tahu...arwah ciknah mewarisi saka ibunye...adakah makcik hijau itu saka arwah ciknah?...
entah....aku tiada jawapan nye

March 24, 2009

cuti-cuti ke Pahang











Selepas balik dari Temerloh hari ahad kelmarin aku sempat singgah di Tasik Bera...hijau kan? tersangat lah mendamaikan suasana di sini.Masuk sahaja ke jalan utama untuk sampai ke tasik ini lebih kurang 4 kilometer..aku dapat mendengar berbagai bunyi unggas berlagu-lagu.tenang dan mendamaikan..hutan yang masih belum tercemar memang sesuai untuk mereka yang mahu kan kedamaian..di tasik ini ada tersedia chalet,hotel dan asrama dengan kadar bayaran yang berpatutan.tersedia juga package yang menarik.kat sini kita boleh memancing,melawat kampung orang asli yang terletak di seberang tasik....kalau nak adventure boleh lah cuba jungle tracking(aku suka masuk hutan nih)..berkayak atau jungle tracking waktu malam...ada juga di sedia kan bbq..bayaran nye memang berpatutan. ada juga river cruise...wah!memang bez..dan aku dah merancang dengan kengkawan aku nak gi sini bermalam...sapa nak ikut? JOM LAH!...

March 22, 2009

Jom Gi Temerloh...











ari ni Ahad...adoi lah! letih tapi aku happy sebab dapat gi ke Temerloh sekali lagi.ke Hospital sebenarnye melihat anak angkat mak aku masuk hospital gara-gara tak cukup kayu nak potong dia gi potong tempurung lutut dia...kesian.tapi aku tak nak cite pasal dia sebab aku tak leh ambik gambar dia..aku tak sampai hati.aku hanye nak tunjuk kat korang...ikan patin,ikan talapia sungai pahang...di mana pekan temerloh paling terkenal dengan kesedapan ikan patin nye..di ingat kan kalau bawak RM50 jer jangan mimpi nak makan ikan patin cap temerloh...sebab mahal.tapi kalau beli kat tepi sungai sepanjang jalan dari bera ke temerloh memang murah .sekilo RM14 jer...kata orang ikan ni kalau di masak tempoyak memang sedap.aku tak makan ikan patin sebab aku memang geli dengan ikan berkulit ala-ala pelakon tamil tu...(jangan marah ye)...

March 21, 2009

tafsir kan untuk aku....!!!!


tengok pada imej yang aku bulat kan...gambar ni aku ambil masa aku dalam perjalanan ke kuala Lumpur.kebetulan suami aku berhenti dekat selekoh ini kerana anak aku nak terkencing.aku memang tahu kisah bukit ini...jalan di antara bukit ini tidak dapat di sudah kan kerana masaalah teknikal yang menyebabkan kerugian...aku tidak tahu kenapa...tetapi menurut mereka yang tahu sejarah kawasan ini,kawasan ini memang keras.menjadi tempat mahkluk halus bergelandangan...pernah orang terserempak satu lembaga merah melintasi jalandan juga orang tiada kepala(menurut sumber..disini pernah terjadi kemalangan dimana kepala mangsa terputus)....kawasan ini sebenar nye adalah lokasi yang kerap terjadi kemalangan..tengok-tengok lah apa yang aku tangkap tu...hantu ke orang...sebab aku memang pasti tiada orang masa ini apa yang aku nampak hanya penghadang jalan yang berwarna hitam putih.aku tak nampak pun benda alah ni...tolong tafsirkan untuk aku!

Huru Hara...

macam mana aku nak cakap...aku kesian dengan diri aku sendiri.ye lah!aku faham bukan semua kehendak kita mampu kita penuhi...sama macam minat kita terhadap sesuatu.belum tentu minat kita akan mampu memenuhi tuntutan naluri kita.
aku suka jadi pemimpin pada adik-adik belia aku yang ada di bawah aku dan ahli majlis tertinggi yang lain..walaupun aku tak mampu memimpin diaorang sepenuhnye tetapi aku puas sebab aku mampu menjana sedikit minda mereka dan mempositif kan fikiran aku sendiri...
namun huru hara yang terjadi dua tiga hari ini...dan selepas mamat(pengerusi belia) kami menghadiri Majlis Belia Felda Malaysia di Putrajaya memang menyekat sedikit kepositifan aku terhadap adik-adik yang lain.
kami diganggu secara psikologi dengan panggilan yang memual kan...di tambah pula dengan apa yang terjadi di kawasan kampung baru-baru ini..memalukan bila membaca sendiri tentang keburukan kampung sendiri di dalam suratkabo...apa motif orang tu? apa motif dia berkata..."macam ni lah,dari korang buat sendiri lebih baik korang ikut jer bapak"...
berdesing telinga dengar....boleh kalau nak ikut tapi dengan syarat...bagi peruntukan 300k tu balik pada persatuan...boleh ke dia buat macam tu?tentu tak boleh sebab dah di laburkan dan pelaburan nye dah hancus!...dia memang berjaya memuak kan orang kampung dan belia....
dan aku...tak nak blah dari kampung ni tanpa meninggal kan apa-apa untuk adik yang lain.setidak-tidak nye aku nak latih diaorang ict sementara aku mampu meberi secara percuma...dan aku akan mula kan hari ni.....

March 20, 2009

Lama Aku Hilang....!

Lama aku tak update blog(lama lah 4 hari tu sebab aku memang rajin update) huhuhu...aku kemana ye..?aku menguruskan hal dengan lawyer..nanti aku akan duk dekat dengan chiddan ,dengan atan dan dengan dak apisz...ATAN NANTI DATANG MAKAN KAT UMAH BARU AKAK KAT BERANANG!...
itu lah keputusan aku setakat ni...bukan tanah yang menjadi pilihan sebab aku ada rancangan dengan ibu chiddan..kitaorang nak setup DCL(alang...nanti balik jgn lupa projek Restaurant tu...)di samping aku akan mengembangkan bakat aku..stelah aku menghabiskan masa di FINAS dahulu....jadi apa ye..? dulu-dulu kerja aku conteng muka orang jadi aku akan start balik lah...sayang pulak rasa nye bakat aku terbuang begitu sahaja....semuanye masih dalam perancangan.insyaallah,doa kan lah ye...

March 15, 2009

Yang mana satu...?

TANAH DAN RUMAH atau RUMAH TERES TIGA BILIK?

TANAH DAN RUMAH...di jual pada harga RM30K..rumah satu bilik sederhana besar,dengan tanah 1 ekar(bukan hektar)...dalam suasana kampung,agak terpencil tetapi ada kemudahan..aku suka tanah ni tapi suami aku dan keluarga nye tak mahu kami duduk jauh terpencil dari mereka..kalau boleh nak duduk bandar macam mereka jugak.aku tak suka sebab aku memang suka kesunyian dan kedamaian...

RUMAH TERES TIGA BILIK...suami aku memang suka sesangat..di daerah Nilai.Berharga RM50K tapi tak ada tanah hanya rumah(dapat murah sebab pak sedara yang nak jual)..esok (isnin)nak gi tengok rumah.Entah lah aku tak tahu nak buat pilihan...aku buntu,buntu...tolong aku bagi cadangan? sudah nye aku beli jer apartment...orang susah nak datang sebab tinggi.privacy gak aku dengan keluarga aku..amacam?...

March 14, 2009

Kenapa aku ?Bhg.2

selepas aku mendapati ketidakstabilan kandungan aku...aku menggesa suami aku ke hospital.di hospital setelah di scan..doktor kata pelik pulak dekat aku...dia kata baby okey.tak ada masaalah.lega rasanye...tetapi sejak itu selama 14hari berturut-turut aku akan mengalami turun darah setiap masa selepas asar membawa ke maghrib..bila dah biasa begitu aku tak lah risau sehingga pada suatu malam....
aku terasa seperti di kejutkan seseorang,ibu jari kaki aku terasa ditarik kuat menyebab kan aku terjaga.apabila aku membuka mata...aku terkejut sesangat. seorang lelaki berkiam dan berjubah kuning tecegat dihadapan aku..sekelip mata pula ia hilang..hati merasa takut juga tapi aku abaikan sahaja sebab dia bukan kacau aku...peliknye,esok harinye..aku tidak mengalami lagi masaalah pendarahan yang serius itu lagi...
sejak itu aku boleh rasa kehadiran seseorang didalam rumah aku itu...ada masa nye aku mendengar dia mengambil wuduk dan lalu dihadapan ku terus hilang di dalam bilik.ada masa nye bila aku terjaga waktu malam aku dengar suara orang mengaji...sayu kedengaran.
setiap kali masuk waktu solat...aku seperti di ingat kan supaya bersolat.selalu dia mengejut kan aku waktu subuh dengan memicit ibu jari kaki aku...pelik kan?bila aku bertanya pada bijak pandai alim ulama mereka mengatakan memang ada mahluk lain mengikut aku...kerana baby aku itu...apa tujuan nye aku tak tahu...yang aku tahu setiap kali si wafi demam dia akan duduk di kepala wafi sepanjang malam(memang aku nampak)...wafie pulak kalau dibawa ketempat yang agak tak elok kata orang tua...pasti dia akan menangis ketakutan.macam nampak hantu...dan setiap kali dia menyambut ulangtahun kelahiran nye memang dia akan datang bertandang...bagaimana? selalu aku akan mendengar suara orang lelaki memberi salam tiga kali..bila buka pintu memang tak ada orang.tapi lepas tu mesti aku atau ayah aku akan nampak kelibat-kelibat manusia dalam rumah aku...begitu lah kisah kepada permulaan aku boleh melihat mereka ini....mereka itu macam juga kita biasa sahaja...benda2 macam ni aku yakin shidan lebih paham...aku nak tunggu dia balik supaya dia boleh ungkai masaalah aku ni...

March 13, 2009

Kenapa Aku...?

Aku tidak ada jawapan nye mengapa aku terlalu mudah berjumpa dengan sesuatu yang ganjil...aku bukan di pengaruhi oleh minat aku terhadapa misteri tetapi apa yang aku alami memang susah nak di jangka..memang ada banyak peristiwa telah aku alami...gangguan merupakan kebaikan.mahu pun kejahatan...benda ni makin menjadi-jadi sewaktu aku mengandung anak kedua..segalanye bermula sewaktu aku bekerja di Texas Instrument...di Keramat....
aku kerja shift pagi...masuk pukul 6.00pagi,keluar pukul 3 ptg..
entah kenapa setiap kali melalui sebatang jalan di sekitarMRR2.wangsa maju dan melawati...aku suka memandang ke satu kawasan hutan...apa istimewa nye hutan itu aku tak pernah tahu,melainkan ada satu batu tanda peringatan...
dijadikan kisah...aku di sah kan mengandung 2bulan...satu hari selepas waktu asar dalam pukul 4.30 ptg terasa semacam..perut sakit memulas dan diikuti dengan turun darah hidup2...ada kemungkinan aku akan kehilangan baby aku..huhuhu...

March 12, 2009

Pocong..Eeeeeee!!

Hujan turun dengan lebat hari ini. sejak pukul 2 petang tadi hujan yang turun menyembah bumi bagaikan satu rahmat bagi kami dan pokok getah yang baru nak hidup..(tak sesuai lah ayat aku nih)..
si amoi(wafa) menangis sebab berebut kan basikal si wafi(hadiah harijadi dia...kirim salam lah kalau dia nak bagi)..maka di sebab kan telinga aku tak pekak aku pun mengajak lah suami aku membelikan wafa basikal untuk dia pulak.rimas aku kalau budak bergaduh pasal benda ni...aku pun start kereta menghala ke rompin.perjalanan pergi semua nye berjalan dengan lancar.walaupun hujan masih membasahi bumi..kami tetap berhati-hati.
dalam pukul 8.50 malam sesampai nye kami di satu kawasan...berbukit dan terdapat lorong ke wakaf islam(kubur)..
entah bagaimana...aku ternampak kelibat sesuatu berwarna putih di atas bukit tersebut.seperti orang berbungkus.
"Nampak tak yah..." aku bertanya suami aku
"mulut celupar..kat kubur ni..." kesian aku kena tengking.
aku diam aje lah bila dah kena marah...nak wat cam mane aku dah nampak.aku tengok aje lah.
perasaan aku...biasa.sebab dah biasa tengok.cam ne kalau lela,apisz,pj atau atan jumpa pocong....agak-agaknye basah tak seluar.chidan tak yah lah tanye sebab dia bersahabat dengan jin huhuhu...

March 10, 2009

Event Maxis...

Lalalala....tu lah seronok sangat lagi gi bercuti..balik-balik jer bos kol.." Nida prepare untuk event Maxis 14hb dengan 15 hb ni...apa -apa perbelanjaan claim by email kat saya.pastikan golongan sasaran..bla,bla,bla...pas tu jangan lupa on kol for meeting tomorow!

cancel program aku nak bersenang lenang....weh! korang ingat senang ke nak buat benda alah ni...walaupun aku dah biasa dengan benda ni tapi aku poning dgna permintaan bos aku..dalam masa seminggu nak wat banyak benda alah.dah lah tu aku sorang-sorang...aku nak gantung banner,aku nak urus kan dewan, aku nak urus kan makanan,aku nak uruskan risalah...aku juga yang nak kena pastikan kawan site yang lain ada rumah nak tido dalam masa dua hari ni...pas tu aku jugak yang kena marah.bab tu yang tak tahan..kena marah dengan bos yang datang sebulan sekali jenguk aku wat keja...huhuhuhu.

kengkawan aku ambil kesempatan ini menjemput korang semua datang event aku kat felda palong 7 gemas negeri sembilan pada 14hb dan 15 hb ni...sapa nak layari internet sampai muntah dipersila kan datang..semua nye percuma.tanpa had..datang lah meramaikan nye

March 9, 2009

MENGAPA IA MENGHALANG?...


Aku mengutip kembali misteri yang pernah aku alami 11 tahun terdahulu dengan mengimbas dan mengambil gambar di lokasi kejadian didalam perjalanan aku ke Selayang baru-baru ini...
kisah nye begini...
Aku , angah,suami dan ex husband adik aku baru sahaja pulang kekampung menghantar si baby Hezrizal(sekarang sudah berusia 11 tahun pun dia)...selepas makan malam sekeluarga kami bertolak pulang..keKuala Lumpur.jam di dashboard waktu itu baru menunjukan ke angka 10.30 malam masih terlalu awal untuk kami menjangka kan sesuatu yang aneh akan muncul.kebetulan sahaja hari itu...tiada sebiji pun kereta mengekori atau berselisih dengan kami...jadi kami sahaja lah yang berbual-bual. setiba nye kami di bukit ini...(gambar)di apit oleh kedua buah bukit tersebut tiba-tiba lampu kereta terpadam dan kemudian terpasang secara tiba-tiba.
sewaktu ia terpadam memang keadaan gelap gelita kami dah mula mengelabah ,kebetulan bekas adik ipar aku yang membawa kereta segera memperlahan kan kereta...apabila lampu terpasang kembali tiba-tiba(lampu tinggi) dihadapan kami telah menanti sesuatu yang berwarna putih menutupi jalan..bekas adik ipar aku cepat-cepat menekan brek kecemasan...memang cemas.takut terlanggar benda tersebut.kami semua terdorong ke hadapan(tertunduk akibat dari brek mengejut tersebut..cepat-cepat kami memandang kearah benda tersebut...peliknye ia telah pun hilang sekelip mata.
di dalam kereta kami semua membuat andaian sendiri...tetapi kami masih tidak dapat memberi gambaran sepenuhnye apakah benda nye itu..
untuk pengetahuan anda...di jalan ini kerap terjadi kemalangan maut(semua nye berhampiran lokasi ini)...ia juga telah meragut nyawa anak jiran aku sehari sebelum syawal tahun 2007..
korang agak lah kan...kalau kitaorang terlanggar benda yang entah apa nye itu...adakah aku menulis di sini?...TIDAK..pasti aku tengah menjawab soalan-soalan yang menyebab kan aku di pukul dek malaikat kat bawah tanah yang sedia khas untuk aku kan..? alhamdullilah nyawa aku masih panjang lagi untuk aku menyelongkar misteri dunia aku ni...tunggu ye misteri aku lagi...hehehehe selamat mengalami perasaan yang entah apa-apa...

March 8, 2009

Hai ...aku kat Selayang ni.

nak masuk kan gambar tak leh sebab orang punye komputer...jauh nih...kat selayang.nanti bila aku balik aku hupdate lagi panjang-panjang...rindu korang semua..hehehehe....dan nanti kan cerita misteri yang aku kutip dari n9 hingga ke selangor dan terus ke Selayang ...Tunggu....

March 6, 2009

TAG DAK PJ

SUKA HATI DIA JER NAK TAG AKU LAK..BUAT GAK LAH,MALAS NAK MERAYU KAT DIA TAK NAK WAT

TIGA LAGU YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

1) Thean-thean(kuruvi)
2) Matahari(agnes Monica)
3) nenek-nenek sibongkok tiga(wajib nyanyi kat anak masa nak tido)
3 BARANG YANG WAJIB BAWA BERSAMA
1) Komputer dengan broadband
2).duit(letak dalam poket,tak ada wallet)
3) 2 bijik Hp(1 untuk bos koll,1 untuk boyfriend kol)
3 TEMPAT YANG DEKAT DI HATI
1) SELAYANG
2)BERANANG
3)PALONG 7
3 LAMAN WEB YANG SELALU DI LAWATI
1) alam desa(sulela)
2)syahiddmilikku(chidan)
3)Budak yang gatal-gatal TAG aku ni...sape ntah!
3 BLOG YANG MAHU DI TAG
1)dak sulela...sebab dia memang rajin buat benda alah ni
2)dak chiddan(saje nak bagi dia busy tahap gaban kat morocco tu)
3)dak atan (sebab dua tiga hari ni dia gatal sangat nak berbini..bukan satu tapi 4)

March 5, 2009

ADA ORANG KE?...

"assalamualaikum...da!dah siap ke.." setiap pagi aku akan mendengar intro yang sama dari bezfriend aku,yang aku try nak jadi kan pakwe masa sekolah tapi tak boleh...sebab,tengok muka dia aje aku dah rasa lawak.mcm carlie caplin.
"dah..jap aku pakai kasut nih..." selesai pakai kasut aku pun mendapat kan dia yang sudah siap menunggu aku seawal jam 5.30 pagi.(aku tak nafikan masa sekolah subuh aku selalu tinggal sebab nak kena tunggu bas time macam ni...)
selalu kitaorang berempat...tapi entah mcm mana hari tu tinggal lah kitaorang berdua(kalau orang jahat tak sia-sia je hari tu aku boleh di tangkap berdua-duan dalam gelap)
kitaorang pun berborak lah...pasal sekolah,gelak-gelak.tak sampai 15 minit kitaorang berjalan...tiba-tiba..
"syhhh..ko dengar tak?"...
"dengar...(berbisik)...
apa lagi kitaorang pun cabut lah berlari dengan beg sekolah yang punye lah berat.sarat dengan buku.tercungap-cungap lah kitaorang di pagi hari yang hening ni...sampai kat simpang tempat kitaorang selalu tunggu bas..
"ko dengar tadi da...?"
"dengar..."
"Ada orang ke...?
"Gilo ko pagi-pagi bute mcm ni ada orang membasuh,gelak-gelak"
"ha lah! dah lah tu ko dengar cara dia gelak cam itik angsa pun ada,cam orang pun ada..?
"mana ada orang bela angsa kat blok kita ni.."
"ye jugak..."
benda tu terus menjadi tandatanya kat kami...kawasan yang kami lalui itu memang ada paya,ada sebuah perigi lama. 5.30 pagi..gelap gelita macam tu ada orang mebasuh kain?memang tak logik sangat...bukan setakat dengar sahaja,kami berdua pernah terserempak dan bercakap lagi dengan benda tu...(entry lain ye...)...
korang tafsir kan lah...apa benda yang kitaorang dengar seawal subuh itu...dan sejak dari itu aku sanggup merayu kat abang dereber bas tu jemput kitaorang kat rumah.terpaksa lah aku tergedik-gedik dengan abang bas tu...menyampah aku bila terpaksa jadi girlfriend dia semata-mata aku takut nak jalan kaki lagi.sekarang ni bila jumpa abang bas tu dia selalu cakap aku ex awek dia....yerk!

March 4, 2009

sejak dua menjak ni..

dah lama sangat aku lupa pada cerpen,pada puisi,pada misteri..pada suratkhabar seleksi aku hatta media terkini sekali pun...semua nye gara-gara aku dah ada blog dimana aku lebih banyak habis kan masa untuk baca blog orang lain dan kengkawan baru aku...



tapi dua tiga hari ni..aku jadi teringat plak dengan kisah misteri yang selalu aku tulis dan hantar kat paper tu.teringat plak himpunan cerpen aku yang bertulisan tangan dalam note book yang tak sempat aku edit dan taip lalu ku hantar ke suratkabor tu...aku pun dah lupo pada peminat-peminat aku yang dah jarang menghantar berita kat aku...semua nye sebab blog ini lah...



apa kata aku jadi kan blog aku nih sebagai himpunan kisah misteri aku ..apa kata aku wujud kan satu blog khas tuk cerpen-cerpen aku tuh...tapi aku tak puas hati lah plak kalau aku tak dapat baca kat suratkabor..ada lah sorang kawan aku nih...mintak aku buat sambungan cerpen aku yang pernah kuar kat suratkabor..panjang kan lagi naskah tapai aku,atau topi biru aku yang menyebabkan abang posmen selalu datang rumah aku.



macam mana ye...?nak tulis cerpen ke?atau nak tulis cerita misteri ke?atau aku terus merapu kat blog aku nih?

March 3, 2009

Misteri Api Dalam Hujan...

Kisah ni terjadi masa aku anak dara...baru berusia 17 tahun. Mak aku dengan baik hati nye menolong anak buah nye dengan menjaga anak-anak mereka sementara dia membetulkan keadaan nye yang huru hara.
nak di jadikan kisah...anak lelaki kakak ni (umur 11 tahun jer masa tu) memang haprak punye kaki.kaki rembat basikal orang,kaki curi barang orang.aku pun tak tahu nape dia jadi macam tu.
satu hari dia gi curik basikal anak jiran aku lantas lari kedalam kebun getah(menghala ke kebun mak aku)..dah lah hari nak ribut,dia boleh lari plak dalam kebun.mak aku risau dahan pokok sekah timpa anak orang berjawab lak kang..dengan mak bapak dia.
adik bongsu aku start motor bawak mak aku masuk kebun..masa tu dah hujan renyai-renyai dah.sampai dalam kebun hujan dah lebat..budak tu tak jumpa plak,ntah kemana dia lari.
adik aku nak pusing balik...tetiba kat dalam semak dalam paya dia dan mak aku ternampak api berjalan dalam hujan..mustahil betul!
api kalau dah kena hujan mesti lah terpadam...tapi ni tidak!apa lagi cabut lah diaorang balik rumah.sampai kat rumah adik aku dengan mak aku heboh bercerita pasal api dalam hujan...bapak aku senyum jer..."tu lah lain kali gi lagi masuk kebun tu time macam ni..kan dah jumpa"
rupa-rupanye dah banyak kali bapak aku jumpa time dia gi menyuluh malam(menoreh jam 5 pagi)...api tu ikut jer dari belakang.kadang-kadang warna nye biru,kadang-kadang merah.
kalau aku jadi adik aku harus moto tu tertinggal kat dalam tu...baik aku lari...korang agak lah kan api apa tu ha...?

kalau nak fikir....

memang tak mampu nak fikir apa pun...terutama nye tentang hidup....lahir sahaja ke dunia dah sah-sah memang tertulis apa yang akan kita lalui di dunia ini...perjalanan di dunia yang memang akan mencorak kan kehidupan di akhirat nanti..

entah lah...aku memang selalu berkeluh kesah dan menyebut perkataan ini...hai entah lah!.aku jadi buntu,jadi tak tahu dalam dunia ni apa yang aku mahu? kadang-kadang kita dihantui rasa bersalah sangat.bersalah sesama manusia,bersalah dengan Allah...apa yang aku buat memohon ampun dan maaf tapi rasa itu akan datang juga.tertanya-tanya adakah dosa terampun..aku jadi takut dengan segalanya yang ada di dunia..yang menyebab kan aku leka dan alpa..

entah lah..sukar nak jangka dan meramal masa depan....sukar menjadi manusia...tapi belum tentu mudah juga menjadi mahluk lain..hati aku memang jarang di ulit ketenangan apatah lagi dengan berbagai dugaan yang datang dalam hidup aku...aku sering terfikir,esok adakah masih untuk aku? atau esok orang dah usung jenazah aku ke kubur...aku takut dengan seksaan kubur...takut sangat sebab amalan yang aku ada bukan lah banyak..malah belum tentu lepas lagi...subbahanallah...

emo plak aku kali ni...nape lah aku nih!

March 2, 2009

Cerdik nye dia...


lawak betul aku tengok dia ni...macam - macam gaya dia buat bila kotaorang semua pandang dia.
Beruk ni aku jumpa dekat Kelantan...tuan nye seorang pemetik kelapa dimana dia tolong petik kan untuk tuan dia kelapa tu...
sedang kitaorang asyik tengok gelagat dia..tiba-tiba my father bersuara..
"siapa dapat jawab teka-teki ni dia memang pandai..."
"beruk suka makan pisang...satu hari tuan punye beruk saja pedajal beruk dia dengan meletak kan pisang jauh dari si beruk...macam mana beruk nak nak ambil pisang tu sedangkan dia terikat dekat pokok dan jauh dari pisang tu..?"
"Tuk kalau kitaorang jawab dapat ape tuk..."
"dapat lah duit RM10.."
maka ramai lah yang berfikir....tapi tak sorang pun dapat jawap dengan tepat.
Last-last father aku jawab apa..."gi makan dulu lah,banyak pulak beruk tengah berfikir macam mana nak ambik pisang tu.."
la...apa lagi gelak lah kitaorang sebab tetiba jer kitaorang jadi beruk yang tengah fikir macam mana nak ambik pisang tu...
sebelum aku gi makan...tetiba jer beruk jantan tu buat aksi melampau dia...malu nak tengok.sebab ...sebab.....sebab...ish malu nak cerita!

Kelantan







Kenapa orang perempuan suka gi kelantan.?terutama ke rantau panjang?...Kenapa plak lelaki suka gi golok...(walaupun bukan dalam negeri Kelantan)...aku percaya hanya orang kelantan jer yang tahu semua ini...

Kenapa...PAS di restui untuk menjadi pemerintah di Kelantan?...aku tidak pernah tahu mengapa sehingga lah aku pergi sendiri ke sana...dan aku baru aje balik...serta kepenatan yang mengekori aku masih lagi mengulit badan sendiri. suami dan anak-anak aku semua demam sebab terlampau penat.

Kelantan...memang aku tabik pada tuan Guru Nik AZIZ...kalau aku duduk kelantan aku memang akan menjadi pengundi dia jugak lah. Aku memang respek sebab memang ketara sangat nasib orang Melayu di sana terbela(walaupun aku lihat ada juga yang masih berada di paras kehidupan miskin tegar)..kenapa aku cakap macam tu..pertama nya..aku tak jumpa kedai bernama lain daripada nama orang melayu,makna nye orang melayu lebih ramai menjadi usahawan...kalau dekat tempat kita...yang berniaga hardware memang orang cina tapi kat sana orang melayu yang punye.tak ke bagus macam tu?....boleh di kata kan semua di usahakan oleh orang melayu.

aku sempat jugak lah ke pantai cahaya bulan..selain dari makan kenduri kat sana...kenduri kat sana memang lain dari yang lain.sampai petang pun masih ada lagi orang datang.dan yang datang tu tak memberi duit sebagaimana lazim nye terjadi kat sini...mereka bawak gula!meriah rumah pengantin dengan gula...makanan pun lain dari yang lain..ayam percik cecah sambal belacan!memang sedap...

tapi taubat aku tak nak gi lagi ke sana....jauh sangat!kematu punggung.

February 27, 2009

Zaman dulu-dulu....

dulu-dulu masa aku kecil...aku dan kawan kawan akan menggali lubang 7 sebelah di atas tanah di bawah rumah.ada 2 ibu dan 14 anak..bila dah selesai gali lubang aku akan pergi kebelakang rumah mengutip biji getah untuk di jadikan buah bagi permainan ini...cara main nye..boleh bermain salah seorang dahulu atau bermain kedua-dua nye sekali secara serentak.masuk kan setiap biji getah ke dalam setiap lubang dan kepuk(ibu)..jika buah terakhir berhenti di kepuk..maka pemain itu terpaksa berhenti sehingga lawan nye kalah ...atau jika buah nye berhenti di lubang nye sendiri dia boleh tembak buah yang berada di lubang hadapan nye...macam tu lah lebih kurang permainan nye...

hingga kini aku selalu main congkak ni dengan suami atau anak aku.selalu nye kalau dengan adam aku yang menang...kalau dengan suami aku,aku selalu je kalah kadang-kadang siap dia gelak kan aku.aku tahu dia main cengkelet...tangan besar,aku tak nampak buah ada ke tak...jadi dia main jalan aje lah.aku gak yang kalah....

February 26, 2009

Kelantan dan Misteri Makcik Baiti

Esok...Hari Jumaatkan?28hb .02.2009 kan?....aku memang gayat.sebab aku tak pernah pergi kelantan...tetiba tadi ada orang ajak gi kelantan lak....walaupun anta orang kawen je aku sangat berbesar hati jugak nak ke sana....tempat yang akan aku lawati Kota bharu,aku macam pernah terbaca entry balik newcastle...(sape punye erk?)...ni aku nak gi tengok,negeri yang kaye dengan budu itu..sah-sah lima enam botol budu aku angkut bawak balik...huhuhu

makcik baiti...yang misteri mungkin juga dia tapi rumahnye labih misteri lagi. aku yang tengah huru-hara ni sibuk lah nak hidup berdikari sendiri.tak nak duduk dengan mak ayah aku.jadi aku sibuk-sibuk lah cari rumah lain...cari punye cari,aku terjumpa sebuah rumah yang tidak sudi di huni lagi oleh penghuni nye.makcik baiti...aku pun pergi lah jenguk rumah tu...masuk-masuk jer bulu roma aku dah tegak.dah lah gelap(malam lah pulak kan)..tengok lah apa yang patut tu...aku pun balik...
malam nye...sebanyak tiga kali aku terjaga,bila terjaga aku terasa aku berada di dalamsalah satu bilik rumah makcik tu(yang memang aku tengok dan masuk )dan aku nampak kelibat lelaki tinggu kurus berbaju putih...kalau sekali terjaga alami suasana itu memang lah munasabah...ini tidak tiga kali...dah tentu aku rasa luar biasa.
siang nye aku cerita lah apa yang aku alami pada suami dan kawan aku yang tolong carikan rumah tu...rupa nye bukan aku sorang yang alami nye mereka pun sama...dari cerita jiran makcik tu...memang makcik tu ada banyak masaalah(termasuk ada saka)..
patut lah aku tengok makcik tu semacam aje..aku boleh merasai sesuatu ada pada dirinye...bukan lah aku ada blackmagic boleh nampak..tapi entah lah susah nak bagitahu kat orang lain apa yang aku nampak dan rasai...tak sama macam orang lain...percaya atau tidak,memang ada manusia yang memiliki pancaindera tersorok..dan aku tahu dikalangan orang yang rapat dengan aku pun ada keunikan begini....anugerah barangkali tapi sangat seksa rasanye...dan aku pernah rasa betapa seksa nye bila ternampak benda yang orang lain tak nampak...

February 24, 2009

Nak Tanye Sikit....

hari ni aku nak tanye jer fakta yang aku jumpa kat buku...tak ada jawapan nye

KENAPA WANITA MENGELIPKAN MATA DUA KALI LEBIH KERAP DARIPADA LELAKI?

KENAPA JANTUNG WANITA BERDEGUP LEBIH LAJU BERBANDING JANTUNG LELAKI?

ADA DUA JENIS ULAR YANG SATU NYE PANDAI MEMASAK DAN SATU LAGI PANDAI MENGEMAS...ULAR APA LAH TU AGAK NYE?

BERAPAKAH BERAT KEPALA ANDA?

aku tak ada jawapan untuk semua ni...sape punye jawapan paling logik aku bagi hadiah.jangan lupa tinggal kan alamat ye

February 23, 2009

Rojak Buah...


sedap lah...rojak buah yang cuma datang setiap hari sabtu depan rumah aku.yang tukang buat nye hamba allah dari kemboja yang mencari rezeki halal di malaysia..yang kaya raye ni.dan aku ada lah salah seorang pembeli nye yang suka sangat makan rojak buah ni...
kaya dengan pelbagai jenis buah ...seperti mangga,betik,jambu,sengkuang,nenas...sedap kan huhuhu....jom makan kengkawan

February 22, 2009

Van Mayat...

aku memang suka dengan cerita yang aku baca dari koleksi cerita misteri mastika...buku nya ada di pasaran.cerita nye macam ni....

musim piala Malaysia memang menyebab kan kaki bola tak kira dah kat mana perlawanan akan berlangsung termasuk lah empat sahabat dari bandaraya ipoh yang sanggup turun ke Shah alam semata-mata nak tengok perlawanan antara Perak dan JOhor kat stadium Melawati.

selepas mereka menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut,lebih kurang jam 12 malam mereka bertolak balik selepas minum teh tarik dan roti canai di sebuah gerai...sambil dengar radio mereka pun berborak-borak lah pasal bola...2 orang kawan mereka yang duduk di belakang dah pun belayar entah kemana tinggal lah 2 orang di tempat duduk hadapan.

sesampai mereka di bukit berapit(orang perak kalau tak tau tempat ni entah lah nak kata apa)..si driver dapati ada sebuah kenderaan follow di belakang...dan memotong.tapi memperlahan kan kenderaan mereka seolah-olah bersaing dengan mereka...

lalu si pemandu berkata..."nak potong-potong lah,kalau nak test power aku tak ada masaalah,tapi ka....tiba-tiba dia berhenti bercakap.kawan yang sebelahnye nak ketawa segera memandang si pemandu yang telah memberi isyarat supaya memandang ke sebelah...

bagaikan hendak pengsan mereka melihat kereta di sebelah berwarna putih dan di penuhi lembaga putih...di mana pada kepala mereka terdapat satu punjut ikatan macam mayat....tanpa berkata apa pemandu tadi cuba melajukan kereta tapi kereta di sebelah pun turut mengikuti perbuatan pemandu...bila perlahan,dia perlahan.bila laju dia laju gak....sehingga lah sampai ke puncak bukit berapit...van yang di penuhi mayat itu ghaib begitu sahaja...taubat dah tak nak gi tengok bola lagi..

aku dulu selalu pukul 12 malam ada kat bukit berapit tu sebab nak gi penang..bercuti.tapi tak pernah jumpa apa-apa yang menakutkan....dekat rumah pulak aku terjumpa benda tak elok nih...pelik pulak aku..eeee seram!!!!!!

Diet dengan Epal...

zat fitokimia dalam epal berfungsi sebagai antioksida yang melawan kolestrol jahat.zat ini akan mencegah sel-sel pembuluh darah dari rosak.ia juga meningkatkan kolestrol baik bagi mencegah penyakit jantung.D-Glucaric acid dalam epal pun boleh mengurangkan kolestrol sehingga 35%,meredakan cirit birit dan mengatasi masaalah sembelit...kalau macam ni hari-hari lah kena makan epal kan....

February 20, 2009

awan...


hari ni sambil aku baring-baring...aku rasa macam sayu je tengok awan ni..dalam kepala aku masih sempat terfikir kata-kata laksamana sunan terhadap haryani...lalu di tulis di atas mushaf.
AWAN KALAU DAPAT DI CAPAI..MAKA SAKTI LAH HAMBA....(betul ke ayat tu?)
rasa macam nak usik je awan tu...boleh tak?

Boleh ke macam ni..?


lubang kat pokok rambutan ni aku dapat masa aku tengok apa lah anak aku buat bawak air dari bilik air pas tu curah kat dalam batang pokok ni...
besar jugak lubang ni..lantas aku pun tanya anak aku..
"anje buat apa.."
"yam tok.."(siram pokok)
"apa pasal lak siram pokok.."
"Dia nak num.."(minum)
"Ni lubang apa..?"
"Ulut iye lah..."(mulut dia lah)
"mana pokok ada mulut.."
" Ni..anje tak air.."(ni anje letak air)...
"Itu bukan mulut dia."
" itu lubang dia.."
"Macam mana plak dia ada lubang?"datang si abang bertanya..
aku tak tahu nak jawab.datang suami aku yang kekadang fius terbakar tu gi cakap
" Kesian pokok tu ...ni musim panas,elok lah bebudak tu siram..menyerap gak air tu kat dalam batang dia.."
aku tertanya-tanya plak...boleh ke macam ni?sebab setahu aku orang siram pokok kat pangkal pokok bukan tuang air dalam lubang yang ada kat pokok tu...

aktiviti kitaorang semalam...








ini lah aktiviti yang kitaorang buat dalam masa sehari...belajar buat manik pas tu gi cat pagar sekolah agama lak..buat amal kan


February 19, 2009

kesudahan nye




setelah sekian lama,lebih kurang sebulan aku duduk dekat lab (tumpang orang)akhir nye aku balik duk kat office aku nih....dimana kat sini lah bebudak datang melayari internet termasuk lah aku sekali yang mengguna kan stremix kat sini untuk update blog aku...broadband pun ada jugak...punca nye petugas lab tu tak suka kerja dengan orang lain.melainkan dia sorang aje

February 18, 2009

aneh nye...dunia

cuba korang bagi tahu aku...
kalau customer ramai..menyemak ke tempat korang keja?
macam aku ni...
aku mengajar it..
duduk dekat lab..
tak kan aku nak kacau keja orang lab tu kan..?
baik aku buat keja aku...
tapi dia kata nanti tempat dia semak...
budak-budak tak ada tempat nak duduk..
pada hal...bukan ramai pengunjung pun..
dan aku pulak...ramai yang datang belajar it..tahu aje lah benda macam ni orang lebih suka
petik jer dengan jari...
semua ada..berbanding buku..(buku pun penting jugak)..
apa kes dia ni ku pun tak tahu..
ada orang kata dia ni tak suka kerja dengan orang lain..
kerja dia tak boleh kesana kemari
kerja aku boleh duduk lepak rumah orang ajar it...
kerja aku boleh buat sesuka hati...
kerja aku boleh buat aku selalu kesana kemari..
mana nak sama dengan kerja dia yang duduk aje kat lab tu...
bos aku tak macam bos dia cerewet..
bos aku cincai sebab aku ontime..kerja siap...
tendion aku dengan keanehan orang ini...
sebab suka kerja sorang-sorang macam tunggul...
tak apa aku redha...dan aku akan duduk office aku balik...
lagi aku senang...aku tidur pun orang tak nampak...

February 17, 2009

Lawak bodoh...!

"semalam A kai masuk lagi"
"banyak lah dia dapat lauk dia tu.."
"standart lah a kai kalau tak dapat sepuluh eko bukan dia lah.."
"aku kan..kinzhir mati kena tembak ,aku makan.."
"Gilo...haram lah woi!"...
"Mana pulak haram...aku kata halal jer..."
"kureng apa otak ko..."
"Apa plak kureng...tak betul apa aku cakap.."
"Dah nak mati agak eh...buang tebiat.mana ada orang islam makan benda alah tu.."
"Bila pulak aku kata aku makan benda alah tu..."
"habis ko kata khinzir mati kena tembak ko makan.."
"habih kalau dia mati aku tak boleh pulak ke MAKAN?"
..............................................................!!?

"ada aku kata khinzir kena tembak,daging dia aku makan..."
"cuba ko baca betul-betul...

"KHINZIR MATI KENA TEMBAK,AKU MAKAN"

"ye lah ko tak kata pun ko makan dia...ko cuma kata ko makan...

huwaaaa...!lawak ko memang bodoh.

"aku nak makan aku bukan kira kalau dia dah mati kena tembak kan!kan!"

nak aje aku zass budak nih....!

February 16, 2009

Dunia ku...

tiba-tiba aku ingin menjadi
seorang pencinta tegar
pada dunia ku sendiri...
tiba-tiba aku rasa..
aku tak ada idea nak tulis blog lagi..
tiba-tiba aje aku rasa...
aku nak menulis cerpen dan puisi macam dulu-dulu..
dan tetiba jer aku rasa...
bosan dengan komputer aku..
aku tak tahu kenapa
mungkin sebab tadi aku tahu..
cermin mata aku bertambah lagi powernye
menanda kan rabun aku dah tahap gaban...
argh...dunia aku...tak ada yang berubah
melainkan aku bertambah rabun...
jadi aku memang di tahap malas ala badak air..

Kena lagi...

dengan penuh perasaan aku dan kengkawan bercerita tentang kebuluran dan kemiskinan
"kesian kan...ramai betul orang mati tak makan kat afrika ni..."
"dah susah nak dapat makanan...camne nak buat.."
"derma lah banyak mana pun...tak jugak mampu nak bagi diaorang makan..."
" kita ni dapat makan ikan masin pun dah alhamdullilah.."

tiba-tiba datang budak dua alam ni...pakat tak nak layan.dah tahu dah...mesti kena punye.

"korang cerita apa ni...serius jer nampak"
"sibuk lah ko...gi main jauh-jauh.."aku jawab tapi kawan aku yang lagi sorang...
"kitaorang cerita pasal afrika..kesian ramai orang mati tak makan..."
"nape plak nak kesian...kau ni yang tidak-tidak aje..."
"kau ni memang buta hati lah tak ada perasaan ke apa..."
"apa pulak buta hati ...betul lah tu,buat apa nak kesian..."
"melampau lah kau ni..."
"apa pulak melampau...cuba kau fikir..." Dia meletakan jari nye dekat kepala..
pas tu dia sambung...

"semalam aku gi ziarah pak mat meninggal dunia,mati...tak pulak aku tengok dia makan..."
"iye lah orang mati tak makan...mana ada orang mati makan"
"ha..tau pun kau...mana ada orang mati makan,yang kau kesian kenapa?"

sadis aku dengar!bernanah telinga..nak tak hendak...aku gelak jugak.

kesimpulan nye...ayat biar betul...kebuluran bermaksud orang mati sebab tak dapat makan..bukan ORANG MATI TAK MAKAN.
"

February 15, 2009

Petang Semalam...

bila jam sudah menunjukan ke angka 6 petang...askar-askar aku mula lah duduk berkumpul dekat tepi moto cabuk aku tu...dengan bunyi yang bermacam-macam.
"nek to bu..."
"ngok mat pit bu.."
maka aku pun dengan suami aku bawak lah diaorang melakukan riadah rutin diaorang tu..berempat satu moto.kadang-kadang aku buat jugak lawak bodoh...
"dah tak muat moto ni bang..."
"ye lah budak dak besar-besar lah pulak".
"kita tambah aje lah kayu kat belakang..senang."
"ibu ni mcm orang asli pulak.."
dah kenyataan nye moto tu memang dah tak muat untuk kitaorang.tak kan berjalan dalam kampung nak naik kereta...tak menasabah.nanti orang kata aku menunjuk pulak.

sampai dekat kawasan paya(nak gi rumah aku memang kena lalu paya ni..paya ni BERHANTU) tiba-tiba suami aku berhenti dan pusing balik..
"nape..?"
"cuba tengok nih..apa tu bu.."
suami aku pun tunjuk kat atas jalan.ADA BULU...WARNA HITAM.BANYAK PULAK TU...
aku pun heran.bulu apa pulak lah ni...lalu aku teringat cerita orang kampung selalu nampak lembaga kat paya nih...aku pun apa lagi,cepat-cepat ajak suami aku blah...
"pontianak tertinggal rambut kat atas jalan lah agak nye.."
"mulut....eee,cabul"
musykil betul aku....bulu apa lah agak nye tu...