July 8, 2009
Raja kayu...
July 7, 2009
batu ular....
hari ni aku nak ke semenyih atas urusan perniagaan aku...mintak-mintak semuanya berjalan lancar lah. susah nak dapat ofer macam ni...so aku tak kisah lah nak berletih-letihan macam ni.untuk masa depan anak-anak aku juga...korang doa kan lah ye.usaha aku ni berbaloi.
hari ni aku nak cerita tentang batu geliga ular...
aku ingat lagi masa tu aku mengikut ayah aku mengutip getah buku..(sekerap)...aku duduk berehat bila semua kerja selesai.matahari sudah terpacak di atas kepala...dari jauh aku melihat ayah aku menghalau sesuatu dengan kayu. aku biarkan sahaja...aku tak lah menyangka yang bukan-bukan.sehingga lah ayah aaku datang kepadaku dan menunjukan sebiji batu berwarna hitam..bulat.
"tengok ni long..."sambil ayah aku menunjukan batu tersebut.
"tadi ada dua ekor ular macam berebut kan batu ni...bergaduh,bergumpal"
"itu yang ayah halau...batu ni pula ada di antara ular tu..."
"ular apa yah.."
"tedung hitam...ada dua ekor."
ayah aku menyimpan batu tersebut...sehinggalah satu hari dia di datangi mimpi. seorang tua memberi tahu..batu ini ada penjaganya...kalau terkena bisa letak kan batu tersebut di tempat yang sakit..."
memang ayah aku mencubanya...sewaktu dia terkena sengat ikan keli. terasa sejuk menyerap. dan rasa sakit hilang..
agak lama batu itu berada di dalam simpanan ayah aku apabila batu itu tiba-tiba menghilang.tak tahu kemana.sudah puas ayah aku mencari tetapi tidak berjumpa.
July 6, 2009
gadis berbaju merah!
korang ingat tak pasal perempuan berbaju merah yang muncul di lebuhraya bulan lepas...aku nak cerita juga pasal gadis berbaju merah ini...beza nya gadis ini adalah gadis berketurunan cina yang memakai baju pengantin berwarna merah..
ini kisah bangcik jugak....yang suka balik lewat malam. dari sebuah pekan bangcik terpaksa melalui sebuah perkuburan cina di tepi jalan...selalu okey jer,dah nasib dia nak kena malam tu.dari jauh kereta mr.bean bangcik sudah menyuluh objek gadis berbaju merah
didalam hati.."apa lah pompuan ni buat tengahmalam buta ni..kat kubur pulak tu..."
waktu itu dia sudah terlalu dekat dengan perempuan tersebut.
sebaik habis hatinya berkata..perempuan tadi terbang melayang terus hilang.
al kisahnya di tempat itu lah perempuan cina itu mati di langgar kereta...sewaktu melintas jalan untuk melawat kubur seseorang...
tidak lama selepas peristiwa itu...bangcik melanggar seorang warga indonesia..meninggal kawan tu kena langgar dengan kereta mini bangcik...kata bangcik "malang terjumpa hantu cina ni..."
nasib dah nak kena....
lembu punya hal!
aku gembira sangat bila sepupu aku bagi sepasang baju kurung yang berwarna-warni.sempat lah aku pakai sekali...sebab lepas tu aku langsung tak tergamak nak pakai sebab....pagi tu aku ampai baju kurung aku kat bawah pokok kelapa.kebetulan pulak mak sedara aku tambat lembu dia dekat pokok belimbing..dekat lah dengan kain baju yang aku ampai tu. aku tak lah fikir yang lembu tu akan berkenan dengan baju kurung aku tu.....memang baju tu cantik.aku suka sangat...kain sutera pulak tu.al kisah nya..si lembu tadi pun aku rasa dia suka jugak dengan baju tu...selamba di aje gi kat baju aku tu kunyah tangan baju tu....apa dia ingat rumput ke...aku perhatikan aje.sebab aku takut nak rentap baju tu. kunyah punya kunyah...dia luah kan balik.kesian baju aku...tak lah koyak tapi kecut.nak gosok pun tak boleh dah...sudahnya aku bakar baju tu...
dah lah sakit hati baju jadi macam tu aku ambik keputusan nak balik rumah mak aku. perjalanan dari seremban ke Kuala Pilah memang agak lama dengan menaiki bas..tapi tak pe aku suka sebab pemandangan kat kampung-kampung tu memang menarik...bas berhenti kat sebuah kampung.sebab ada makcik tengah naik...aku terpandang sekor lembu sedang asyik mengunyah rumput...laaaa....satu hal lagi terjadi di sebabkan lembu ni.ada ke patut lembu tu pakai coli wane merah kat tanduk dia...ntah sape punya coli ntah dia rembat.
"lembu pun pandai pakai coli..." jerit makcik kat belakang aku. apa lagi satu bas gelak.terhibur jugak hati aku walaupun ia sangat lah tak patut...pengajaran nya jangan lah ampai baju atau coli bersepah kat kampung yang ada lembu..nak pulak wane terang macam tu.gerenti dia curi...
July 5, 2009
keletihan...dan buah durian
ingatkan hujung minggu ni aku betul-betul nak rest...sebab start esok aku dah busy balik dan terpaksa keluar outstation..tapi anak gadis aku pulak buat hal tak nak tido. lepas tu asyik bergaduh dengan sepupunya yang jarang-jarang balik ke kampung ni...tak kisah lah budak-budak.baru aku nak lelap kan mata..datang pulak rombongan dari pulau indah..kawan-adik-adik aku.diaorang datang sebab ada kenduri kawen . terlanjur dah datang tu mereka kami hidangkan dengan buah rambutan,manggis dan durian.kalau korang datang pun ini lah yang akan aku hidangkan kat korang....selain dari nasi..
memang best dua tiga hari lepas mak aku tanak pulut. dia masak kuah durian..selera pulak aku makan pulut. lepas tu mengidap lah.keletihan,mengantuk...semua nya ada.buah durian punya pasal...
bila bercerita pasal buah durian aku teringat masa aku sekolah. aku suka ikut pakcik aku masuk ke hutan . selalu nya menghantar student buat research tentang akar kayu...aku pernah kuis tahi gaji selonggok besar...kuis-kuis terjumpa buah durian di dalam lomggokan tahi gajah itu. aku pun pelik..macam mana gajah tu makan sebijik durian tanpa tekak nya terluka.?..
pakcik aku mengajak aku mengintai gajah liar dari jauh.memang bahaya tapi adventure..best.
aku pun tengok dari jarak 20 meter di sebalik belukar...gajah golekkan durian itu di atas daun-daun kering..sehingga tebal dan hilang durinya.and then dia angkat dengan belalainya dan...ngup...!sedap jer dia telan.kalau korang nak tahu...orang asli selalu tunggu gajah tu kuar kan balik buah tu...dan kutip time tahi tu masih berasap..ish..tak tergamak aku nak makan tapi diorang selamba aje...tahi gajah tu bukan lah busuk pun melainkan bau rumput fresh...kalau tunggu lama sikit muncul lah cacing besar kelingking aku(..makluman kelingking aku kurus keding)...sebenarnya kawasan rumah aku dekat banjaran titwangsa...berhampiran dengan hutan simpan negeri pahang...kalau nak gi taman negara pahang..dekat lah jugak dengan rumah aku nih...masuk hutan memang kegemaran aku.sape nak ikut aku gi jungle tracking kat hutan simpan bera minggu depan?...jom....
hantu gembira!...
hantu lagi!...hehehe.kali ni aku kutip cerita sepupu aku.abang adi...atau lebih senang aku panggil bangcik.
bangcik bekerja di bangi...di sebuah kilang elektronik yang terkenal di sekitar bangi. sebagai pekerja kilang bangcik memang rajin balik malam...atas alasan ot atau pun giliran shif nya habis waktu malam.bangcik memang rajin bekerja maklum lah beliau tidak mempunyai tanggungan...jadi sebahagian masa nya di habiskan dengan bekerja.
suatu hari bangcik pulang awal pagi..jam satu pagi kerana terkandas di dalam hujan.terpaksa lah dia menunggu hujan berhenti...
dia pun pulang apabila hujan sudah berhenti..sampai di satu kawasan yang di nama kan bukit kota...(di situ memang ada satu kawasan perkuburan lama di tepi jalan)selama hari ini tak pernah dia merasa takut sebab dia memang bukan seorang yang penakut...
gedebum...!!moto nya terlambung. dia jatuh diatas jalan raye...ada pokok tumbang melintang jalan.
"pap!pap!pap....."bunyi orang bertepuk tangan.
"hik!hik!hik.."
"pap!pap!pap!"....
"hik!hik!hik!..."
entah dari mana datang nya kudrat.bangcik mengangkat moto gp nya melintas pokok.tak mahu pulak di start.lantas dia menolak moto nya di dalam keadaan tergigil-gigil. apabila sudah agak jauh..dia mencuba sekali lagi start moto. alhamdullilah hidup pula..apa lagi dia pun memecut laju.
esoknya..."ko tak keja bangcik..."
"tak...demam".
"bangcik kau kena sorak dek orang bukit malam tadi. tepuk tangan. kena gelak sebab jatuh"...
itu bukan lagi kelakar sebaliknya menakutkan aku....
July 3, 2009
hasil siasatan aku...
korang ni lebih gemar kan cerita hantu dari aku bercerita tentang bisnes aku ni kan...tak apa lah.dalam kesibukan aku ni aku tetap jalan kan siasatan.on the way aku turun kan kawan aku tadi sempat lah aku temuramah budak bujang yang tengah terbaring kat atas kerusi. dengan muka makan tak sudah...sebab takut.
menurut ceritanya...."saya ingat mak buang sampah. saya pergi lah dekat-dekat.sekali tengok muka seram kak...apa lagi.moto pun terus turun ke bawah.saya lupa brek kat kaki.tu yang terus langgar pintu"...
"apa dia buat?"...
"dia melambai kak..pakai jubah putih."
"dah ramai orang jumpa kat sekitar rumah ni..."
aku iya kan sahaja...aku masuk ke dalam rumah kenalan aku itu.aku terpandang bingkai cermin.seram sejuk terasa...bulu roma berdiri.darah mula menyerbu ke muka.panas...memang rumah ni laluan dia...terutama nya dekat cermin tadi.
"makcik alihkan cermin ni...sebelum ada yang mati terkejut nampak sesuatu kat dalam cermin ni.."
"kenapa?"
"entah lah makcik...ini memang laluan dia."
"dah ramai orang nampak jelmaan ni sejak makcik...bla..bla..bla meninggal beberapa bulan lepas."
" dekat simpang jalan...dekat bawah lampu.semua nya terjadi macam ada sesuatu yang tinggal.mencari-cari sesautu.."
" boleh jadi juga cik...orang dulu-dulu biasa lah.kita bukan tahu ilmu mereka ni.."
hasil kajian aku dekat rumah makcik ni..memang rumah nya termasuk dalam laluan mahluk halus.aku boleh melihat bayangan melintas di cermin tersebut...ish..tegak bulu roma aku....takut plak aku di buatnya...
dia melambai....!!
aku baru balik dari mengutip durian pagi tadi bila kawan aku datang dan mengajak aku melihat adiknya di rumah emak nya yang tidak berapa jauh dari rumah aku.
"kenapa adik kau zie...?"
"langgar pintu...ketakutan"
"takut apa..."
"entah lah kak ada benda mengacau dia.melambai kat tepi peti pos menurun bukit rumah kitaorang"
"owh....saja lah nak kacau tu"
"sebelum ni ada gak dia jumpa benda tu mencangkung kat tepi pokok bunga tapi tak pulak dia rasa takut sebab tak fikir benda tu..kali ni memang dia takut lah tu.sampai roboh pintu rumah dia langgar dengan moto dia.."
nasib baik adik kawan aku tak cedera. sengaja dia mengajak aku ke sana sebab dia tahu aku suka menyiasat benda macam ni...
so petang ni aku nak gi menyiasat perkara tersebut. menurut kata kawan aku kat dalam rumah dia pun ada benda merupai perempuan berbaju putih ,berambut panjang.tetapi aku sudah dapat agak dan bayangan benda itu..apakah dia.
petang nanti aku pergi...malam nanti aku crita kat korang erk...
July 2, 2009
mood tak bagus!
internet gila.broadband yang selalu memberi aku masaalah. bila dah tak ada internet semua keja aku terbantut. aku duduk macam orang bodoh kat depan laptop ni.rasa macam nak makan dan buat macam -macam kat broadband ni termasuk rasa nak kunyah...bla..bla..bla..bla
nak guna tmnet aku pun...tak boleh sebab nya aku lupa bayar bil.jadi telefon hanya incoming kol sahaja. fuh! terbakar nyawa aku dibuat nya...nasib baik astro kol suh settle kan bill kalau tak astro pun blank...ini semua sebab jam aku dah jadi 28 jam sehari. sibuk itu ini,kehulu kehilir. jumpa orang tu,jumpa orang ni...semua jadi blur. padan muka ko ida...aku nak berehat lah seketika...hubby aku pun dah bising.
sudah-sudah lah cari duit tu ibu....duit bukan boleh beli anak dengan suami pun....memaksa aku menutup komputer dan duduk di sebelahnya tengok cerita hantu kereta mengarai kat astro....ceh!aku rasa macam aku nka jadi hantu lak...kunyah broadband ni kan!
July 1, 2009
i am back...
ada jugak erk yang sudi cari aku kat blog aku nih...dah dua tiga hari aku tak hupdate sebab aku di landa bz tahap gaban. sampai tak sempat nak hupdate, ini pun aku hupdate dari workshop.tengah repair keta aku yang meragam macam ibu tengah mengandung nih.tukar mounting depan belakang, servis...buat aligment.kopak duit aku rm500 gak lah..sambail tu shopping kain nak buat baju kurung dan baju melayu.bulan depan dah puasa jadi aku tak kuasa lah nak beramai-ramai kat kedai kain tu.
sape rindu aku tu?..aku nak gi tengok tranfomers jap..kat panggung.nanti aku akan kembali dengan cerita hantu aku yang lebih seram...
June 27, 2009
"Pakcik" kembali!
Peristiwa malam tadi….aku lena tidur seawal jam 11 malam aku sudah tertidur. Rasa sudah terlalu lama aku tidur.tiba-tiba aku di kejutkan oleh ‘pakcik’..dia memandang aku dan meletak jari ke bibirnya isyarat diam.aku berdiam diri…terkaku.sudah terlalu lama pakcik ini menghilangkan diri.tidak pula aku bertanya kemana dia pergi setelah lebih setahun ia tidak datang menziarahi aku.
Tiba-tiba aku mendengar grill pintu di gegar seolah-olah ada orang mahu menceroboh masuk ke rumah aku. Dan kemudian kedengaran bunyi tapak kaki mengelilingi rumah. Cepat-cepat aku bangun dan membuka tingkap tetapi aku tidak Nampak sesiapa pun di halaman rumah. Aku terasa ingin keluar menjengah kerana pakcik berdiri di belakang kereta..memang lah aku tak Nampak jika ada orang berdiri di belakang kereta tersebut.
Sah lah pencuri ni…di dalam hati aku berkata. Kerana tidak lama kemudian aku mendengar bunyi Hp tidak jauh dari rumah aku. Dah tengahmalam ni mana ada orang berjalan lagi hantu adalahAku tak hirau kan pencuri tersebut. Sebab aku tahu gerenti dia dah lari bila aku mula mengejutkan hubby aku. Yang aku kisah kan pakcik tadi. Sudah terlalu lama dia menghilang. Tak sempat aku mahu bertanya kemana dia pergi selama ini…dia hilang lagi tanpa berkata apa-apa. Balik rumah dialah tu agak nya.
Percaya lah selepas ini aku akan alami sekali lagi…tanda-tanda sesuatu peristiwa akan berlaku. Dan sah lah selepas ini tidur aku tak akan lena. Bila pakcik dah mula datang hidup misteri aku akan bermula lagi. Dan lepas ini…apa lagi pula yang akan berlaku.sebelum dia pergi sempat dia berpesan…jangan alpa!
Memang aku terasa…sebab aku dah mula terlupa banyak perkara. Solat aku hanya yang wajib. Yang sunat nya sudah hilang dek kesuntukan masa. Aku dah tak rajin berpuasa sunat. Kadang-kadang aku leka dan melengah kan solat. Ya! Pakcik hanya sebahagian dari mahluk Allah yang mengingatkan kelalaian aku terhadapa tanggungjawab aku sebagai muslimah.
June 26, 2009
hantu sister
“dah lama kita tak balik rumah maklong..”
“Dia pun tahu kita sibuk…”
“Jom kita pergi malam ni?” Mimpi apa lah suami aku mengajak aku kerumah maklong aku pula malam ni.
Lepas maghrib kami bertolak dengan menaiki motor kriss(masa tu itu aje yang ada,maklum lah baru kawen.Perjalanan sangat lancer.Tiada apa yang mengganggu perjalanan kami walaupun kami terpaksa menempuhi sebuah tanah perkuburan katolik.
Tetapi lain pula cerita nya time pulang semula ke selayang. Apa laju sangat lah motor kriss hubby aku tu kalau nak di bandingkan dengan kereta atau cagiva mito sekali pun…ia tetap macam siput.okey lah aku tak kisah sebab zaman aku jadi minah rempit dah berakhir masa tu. Aku pun cool aje duduk kat belakang hubby aku siap aku peluk dia erat-erat sebab sejuk gila.
Sempat aku jelling jam di tangan.11.45 malam lah pulak.apa sal aku tak sedar masa syok berborak tadi.
Tiba pulak rasa takut di hati.macam biasa aku kalau nak geruh terjumpa benda tu mesti berdebar semacam.rasa darah menyerbu ke muka.panas tiba-tiba.tengkuk pun mula kembang…ah sudah! Kat mana pulak nak kena kali ni.
Memang terkena pun masa kami melintasi tanah perkuburan khatolik tadi..mata aku tertancap pada objek berbaju labuh hitam putih seperti sister gereja di sebelah kiri aku sedangkan perkuburan itu di sebelah kanan. Sempat juga berbisik di dalam hati.mana ada gereja dekat sini.lagi pun dah larut sangat kalau sister tu nak ke perkuburan tersebut sekalipun..
Aku buat bodoh jer kat belakang hubby aku sebab aku dah syak itu bukan manusia.masa kami berhenti di petrol pump hubby aku bertanya kalau aku ada Nampak apa-apa masa balik tadi.aku Tanya kenapa,dia kata dia ternampak lembaga putih di tepi jalan tadi.
Persoalan nya kenapa dia Nampak putih aku Nampak hitam…sah lah itu bukan manusia.
June 25, 2009
durian...!
June 24, 2009
bayangan!
Nasriha melajukan gerak langkah kakinya.Ketakutan lebih menguasai diri. Seolah-olah di kejar bayangan yang dia sendiri tidak nampak. Dada nya berdegup kencang. Jantung nya mengepam darah dengan laju bagaikan ada sesuatu yang menyekat perjalanan darahnya.
Sekejap dia menoleh ke belakang. Semakin laju dia menghayun langkah semakin dekat bayangan itu mengejar nya. Seolah-olah bayangan itu seiringan dengan nya. Hati Nasriha rawan. Terasa ingin di menjerit tetapi tekak nya seperti kehilangan suara. Dia nanar tiba-tiba di hambat ketakutan yang amat sangat.
Nasriha tidak menoleh lagi. Kali ini dia berlari-lari anak. Degup jantung nya semakin laju dan laju. Di dalam hati dia berdoa jangan lah dia di timpa musibah. Mana tahu entah-entah itu lelaki gila seks yang dia jumpa masa menunggu bas tadi. Siapa tahu bayangan itu mungkin juga Hussin gila yang baru-baru ini terlepas dari pasungan Makcik Limah emak Hussin.
Segala kemungkinan berkecamuk di dalam minda Nasriha. Di dalamhati dia berdoa,jangan lah dia di duga dengan benda-benda yang tak termasuk di dalam otaknya saat itu. Dia resah sambil berlari. Kepala nya terasa berat dengan persoalan siapakah?atau apakah bayangan itu.
Nasriha menyesal kerana tidak mendengar cakap ibunya yang berpesan supaya pulang sebelum jam 6 petang. Tetapi kerana asyik menelaah di perpustakaan desa dia terlupa pesan ibunya. Dia hanya tersedar apabila penjaga perpustakaan itu memberitahu jam sudah menunjukan ke angka 7 petang.
Nasriha tidak sesekali menyangka,ke alpaan nya itu mengundang bahaya pada dirinya sendiri. Sedangkan dia hanya berada di dalam kawasan kampong nya sendiri.
Sedang dia asyik berfikir tentang banyangan yang mengekori nya tadi,dia di sergah oleh satu suara yang sengau
“ha..hana hi hu..hah halam-halam haru halik.hanak hara hah halu…huhah hak huhang hak hahi halam-halam ni..”
La…..peah sengau rupa nya kawan baik nasriha.dia mencari nasriha yang terlambat pulang
(apa korang ingat ni cerita hantu ke..?...boring lah asyik cite hantu je.)
nak balik KL...
minggu ni aku nak balik KL...selayang.adik ipar aku telah berjaya menambah bilangan baby nya dan kali ni baby girl jugak.alhamdullilah...mesti cantik macam mak dia jugak.keluar ikut tingkap ye....tak nak ikut pintu macam kakak dia jugak.
So....selamat lah aku pergi hendak nya.sape-sape yang duk KL tu kalau rasa nak belanja aku teh tarik boleh jugak!...
hadiah lela....tak terima lagi
June 23, 2009
lawak depan lift..malu beb!
Family suami aku ada sebuah kondo kat Feringhi..Pulau Pinang.selalu lah aku ke sana bercuti..boleh lah dikata kan hampir dua bulan sekali.ni dah lama tak pergi sebab suami aku tak boleh drive jejauh...tapi ada juga hajat nak pergi tu.
Peristiwa memalukan ni terjadi masa aku turun gi pool....malas nak tunggu lift seterusnya sebab lambat...nak naik tingkat 13 tu...
dari pool aku boleh nampak lift tu terbuka..ramai juga lah yang keluar.aku pun apa lagi berlari lah nak kejar jangan bagi pintu lift tu tertutup...tak sempat sampai kat pintu lift...selipar aku memang tak guna...time tu jugak lah dia menyebab kan aku mengelonsor..apa lagi gedebub!...buk...!aku terjatuh...
malu wei!...ramai lak orang kat cafe pool tengah minum.aku pun buat muka toyol...muka tak malu.tunggu lift tu terbukak balik.aku tak boleh nak gelak..sebab punggung aku sakit gila.adam dah gelak kan aku..sampai sakit-sakit perut.termasuk lah ayah dia...aku masih buat muka toyol aku...tapi aku tak boleh nak tahan gelak bila suami aku tiru gaya masam-masam manis terjatuh sebab terpijak kulit pisang...ciss!ciss!....malu...kulit muka tebal macam kulit nangka beb!
June 22, 2009
aduh!...
aku tak boleh tidur malam tadi...aku terganggu sungguh-sungguh dengan bayangan-bayangan yang datang silih berganti..bukan aku seorang sahaja.anak-anak aku pun tak tenteram.adam menjerit di dalam tidur nya...wafi dan wafa pula sekejap menangis.aku benar-benar tertekan malam tadi.
aku ke satu tempat semalam...saja bawak anak mandi manda di sebuah jeram.jauh ke dalam hutan..berdekatan dengan kampung orang asli...aku tak syak apa-apa sehingga lah malam tadi kami di ekori oleh cahaya lampu...aku pasti motosikal..tapi aku tak nampak penunggang nya. kereta di belakang memotong kami seperti ketakutan hingga lah sampai ke simpang rumah aku ia hilang begitu sahaja. itu dah satu hal...memang aku rasa seram.
pukul 12 malam ...aku cuba melelap kan mata.tapi tidak boleh.aku asyik di ganggu oleh si botak yang entah dari mana datang nya duduk tercegat dekat kaki aku....anak-anak aku dah jadi carca marba.sekejap menangis.bila di peluk mereka diam.
ini tak boleh jadi...aku meninjau keluar...di tepi pintu bilik aku boleh melihat seekor belalang bertenggek di celah kain langsir...patut lah...
pantas aku mencekup belalang kecil yang kehijauan itu..aku kerat kepala nya.dan aku bakar dengan lighter..hangit.bau rambut terbakar.
Pelesit rimba dah ikut aku balik...aku pula terlupa nak membaca surah-surah yang memang aku hafal untuk mengelak kan gangguan sebegini..mungkin terlampau gembira masa kat waterfall tersebut...patut lah si botak asyik muncul kat depan mata aku. saja nak tengok aku....aduh! hasilnya hari ni aku cuti...
June 19, 2009
santau
"wah!abang..kemain handsome lagi..."
"apa cerita ...dengar dah bercerai dengan..si anu"
Hanya dengan dua baris ayat tersebut..itu pun yang bercakap adalah ayah aku,emak aku menjadi mangsa santau.
setiap hari aku mendengar emak batuk tanpa berhenti.Batuk yang tidak mengeluarkan kahak sedikit pun.Sehingga hilang suara..berbulan lama nya.Ayah memang dah saspek ada yang tak kena.
Ayah sendiri melakukan pengubatan ke atas emak..dengan mengguna kan daun sirih dan bacaan ayat tertentu...santau keluar dari tubuh emak ku seperti kaca di tumbuk halus.dan daun sirih menjadi layu..itu baru sedikit.kalau teruk mahu jugak muntah darah...
aku pernah ke satu tempat di belah utara...terdapat orang mengirim kan santau melalui angin mahu pun makanan.Kalau santau angin memang senang sangat nak terkena.tidak seperti santau makanan.petua mengelak kan santau makanan...sebelum makan rasa lelangit kita dengan lidah.kalau terasa geli...makan lah.tetapi kalau sebaliknya...elak kan.begitu juga minuman...jika kita masih boleh melihat bayang-bayang kita pada permukaan minuman...minum lah.tetapi jika sebaliknya elak kan kerana ia kemungkinan beracun.
elak tidur menyonsang angin..maksud nya kepala di arah kan dari arah angin bertiup.kerana santau angin memang memgikut arah angin...ini petua yang selalu ayah aku bagi tahu.
Bila seseorang pandai menawarkan bisa..jangan bercakap begini..
"aku buat tapai hari ni...atau aku buat tempe hari ni.."
insyaallah tapai atau tempe anda akan di buang ke tanah....sebab nya aku tak tahu...mak aku tak pernah buat tapai sebab memang tak jadi nya.!!!
Al...kisahnya!
Seumur hidup aku...aku tak pernah dapat bunga.korang?mesti lah ada kot...Kenapa aku tak pernah dapat bunga macam kisah cinta dalam filem tu agaknya..teringin juga nak dapat kan bunga tu sekali-sekala..maksud nya orang bagai lah bukan aku gi petik sendiri.
Aku tak pernah pulak rasa nak orang bagi aku hadiah bunga...tetapi semenjak dua menjak ni aku macam teringin pulak.adakah...aku mengidam?...
Tak kan lah aku mengidam pulak..sebab aku cukup arif dengan sikap aku sendiri kalau mengidam tak main lah bunga-bunga ni...aku suka bau tahi lembu dan bau rumput.pernah lah aku curi-curi kunyah rumput tu sikit sebab tak boleh tahan dengan aura dia...(masa aku bunting aje tau...)tahi lembu tu aku tak tergamak nak makan tapi aura dia...pergh....!sedap kalah kan KFC...
berbalik pada bunga...selama hari ni suami aku suka bagi aku barang-barang aje.yang paling mahal jam tangan jenama guess,kasut serta beg bonia..paling mahal lah tu kat aku.tapi aku tak pernah dapat bunga..hatta masa aku duduk kat hospital sekali pun.Aku teringin sangat lah nak tahu..apa rasa nya kalau dapat bunga.nak pulak bunga ros merah macam yang aku suka tu...siapa nak bagi aku bunga..?
June 18, 2009
Apa yang bergayut kat tangan tu...?
Aku menjawab salam yang kedengaran di halaman rumah...siap aku buka pintu dan tinjau.tetapi tiada sesiapa pun di halaman itu...ah!sudah.kalau dah macam ni kejap lagi mesti ada orang datang nak berubat dengan ayahanda ku tersayang.
jangkaan aku benar...selang 30 minit kemudian datang insan dari pahang bertanya kan ayah aku.nak berubat katanya...
"kenapa ni..."ayah aku bertanya
"entah lah mbo...sengal sangat tangan ni.tak boleh di angkat."
Ayah aku mengambil telur ayam kampung lalu di alingkan pada tangan dan bahu hamba allah tadi sambil membaca ayat-ayat al-quran.
aku pula duduk di dapur bersama isteri hamba allah tersebut.
Telur yang telah di alingkan tadi di pecah kan...terdapat bintik-bintik hitam seperti bulu di dalam telur tersebut.setelah selesai...ayah aku meminta hamba allah tadi datang tiga malam berturut-turu.
"apa yang kau nampak tadi long..?"tiba-tiba ayah ku bertanya.
"macam sarang tebuan bergayut dari pangkal lengan ke bawah siku.nampak macam biang pun ada juga.hitam legam."
"bisa...tak sengaja terpegang." itu lah masaalah abang tersebut.
keesokan nya datang lagi hamba allah tersebut.lantas ayah aku melakukan perkara yang sama.kali ini aku duduk di beranda..kerana aku melihat kelibat seorang lelaki mengekori hamba allah tadi.
"bang..abang pernah ambil buluh kat tepi sungai ye...?"aku bertanya tiba-tiba.entah dari mana datang nya idea bertanya.aku pun hanya mengikut gerak hati.
"macam mana along tahu..?memang ada pun...lepas tu lah tangan ni sakit."
"abang terusik barang orang ni...dia buang bisa dekat situ..tak sengaja.tak pe nanti baik lah.."
hamba allah tu pun pelik.dia berubat dengan ayah aku tapi aku pula yang berkata begitu dengan dia...
hamba allah tu sembuh seminggu selepas itu...dia datang balik...bawak kain dengan al quran untuk kami sekeluarga..alhamdullilah.
Gadis itu...
Dia memang cantik...kulit nya halus dan gebu.Bila dia tersenyum malu jelas kelihatan wajahnya merah jambu.lesung pipit di pipinya menambah seri wajah....serta tahi lalat di penghujung bibir sangat manis dan menawan...aku suka gadis itu.
Dengan kebaya longgar yang melekat di tubuh nya dia memang layak aku gelar kan wanita melayu terakhir..memang sopan sangat sesuai dengan diri nya.
Sedang aku asyik memerhatikan nya...tiba-tiba datang dua orang kana-kanak memeluk gadis tadi kiri dan kanan sambil memanggil mama..."owh.dah kawen rupa nya dia tapi dia tidak kelihatan seperti wanita yang sudah berkhawin."...aku melihat lagi.Betapa sabar nya dia melayan anak-anak yang aku kira nakal juga kelihatan...menyuap kan aiskrim...melayan keletah mereka dengan sabar...
"baik sungguh Fatimah..."Makcik sebelah aku berkata.
"baik hati dia melayan anak-anak tiri nya dengan sempurna..besar pahala nya menjaga anak yatim"
"owh..."...berkahwin dengan duda kematian isteri rupa nya.
tidak lama kemudian aku melihat suami nya pula...handsome bergaya.sesuai dengan perwatakan gadis tadi. mereka kelihatan gembira...keluarga bahagia.
persoalan nya...!!! kalau aku jadi Fatimah iklas kah aku menerima anak-anak suaminya itu..?
Iklas kah aku melayan anak-anak tiri ku itu seperti fatimah melayan mereka..?
bahagia kah aku...?
aku tiada jawapan pada keiklasan itu sebab anak-anak aku selalu aku marahi bila diorang nakal tahap ultraman...
June 17, 2009
Aku letih....
Letih betul aku hari ni....semalam balik rumah tengok kain dah sebakul bertimbun nak di lipat(suami aku lah ni rajin sangat basuh kain hari-hari)...anak dara kecik aku pulak meragam seharian .itu tak kena ini nak kena...sudah nya kena selepuk.yang si abang pulak...balik sekolah tak reti-reti nak buka baju sekolah...tahu-tahu dah hilang dengan basikal dia. Yang si debab pulak sibuk mengajak aku ke taman permainan...adoi! letih aku,letih....itu baru tiga orang.itu pun ada hajat nak tambah sorang lagi..bagi cukup quato 4.aduh!..nanti-nanti lah.
antara keluhan seorang ibu bekerja...aku sangat sedar bahawa suami ku itulah surga bagi aku dan anak-anak itu jugalah nyawa aku tetapi sebagai insan biasa aku memang tak reti nak berkata..alhamdullilah di atas kepenatan yang di beri...jadi bagaimana kah aku harus iklas menjadi seorang isteri , ibu dan perempuan?mampu kah aku melangkah ke surga kelak sedangkan aku tak iklas dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai manusia ni...
ada ke perempuan zaman sekarang bukan macam aku?maksud nya menerima sahaja tanpa tercuit sikit pun hatinya...ada?ada ke..?Selain dari wanita zaman rasullullahs.a.w aku rasa spesis wanita macam itu telah lama pupus...contoh nya aku jugak lah.macam aku nak iklas,tak mengeluh penat ni...? cuba korang bagi petua kat aku..?setiap hari aku berdoa...Ya!Allah engkau berikan lah aku kekuatan dalam menghadapi rutin hidup seharian ku..berikan kan lah aku kesabaran,berikan lah aku keiklasan.tapi aku tersasul juga...macam mana?
June 16, 2009
Kenapa aku suka mistik...!!!!
Kenapa aku suka...aku memang suka sejak dulu.hakikatnya semua cerita mistik yang aku tulis,memang aku kutip dari pengalaman hidup aku yang sangat misteri ini.Anugerah Allah...sebab itu aku hidup dalam dunia aku sendiri.Aku ada dunia aku yang bukan semua orang tahu...
Pada permulaan nya aku hanya di ganggu tanpa aku boleh melihat apa yang menganggu aku sehingga lah aku bertemu dengan seorang hamba Allah...
"Kamu memang di beri anugerah untuk melihat sesuatu yang menakutkan...tetapi jika kamu berani insya allah apabila kamu boleh melihat mereka secara terus..tak kan kamu di ganggu.bagi mahluk halus ini jika manusia sudah boleh melihat kelibat mereka maka selama 40 hari celaka lah mereka"..
Elok lah aku panggil hamba Allah itu abang...bila ia melakukan perubatan di kalangang keluarga aku..dia akan memanggil aku.meminta aku melelap kan mata seketika(meminta aku mengahafal ayat-ayat tertentu)dan membuka mata...memang aku boleh melihat mahluk ini bagaikan bayangan di dalam bekas kaca.Pelik tapi itu lah yang benar...ganguan syaitan ada di mana-mana.dan syaitan sangat gemar merupai apa sahaja....amal kan surah-surah yang pernah aku ajar..kerana surah itu melindungi kita bagaikan chaya putih mengekori kita.
dia tunggu aku ke...?
usia kandungan aku sudah pun mencecah ke angka tujuh.dalam keadaan aku yang sarat ni aku memang tak akan pernah reti duduk diam.ada saja kerja aku nak buat..termasuk lah menolong mak mertua aku menjaga suami nya yang sakit terkedang.sudah berbulan beliau sakit...kata doktor strok...tapi entah lah.susah nak cakap sebab aku selalu nampak benda tak elok berhampiran arwah ketika sakit itu...
selesai sembahyang maghrib aku bercadang mahu menjenguk bapa mertua aku.so aku pun buka pintu hadapan..kebetulan memang rumah aku melangkah sikit je dah sampai umah mak mertua aku tu...aku terpaku di garaj kereta...bulu roma aku berdiri.baby didalam juga tak berdiam diri.aku rasa gelisah.dada berdebar-debar...aku pejam kan mata seketika.di dalam hati aku beristifar. aku buka mata...masyaallah,bila pula bapa mertua aku boleh berjalan?bukan kah dia tidak boleh langsung bangun...
aku teringat..mustahil bapa mertua aku boleh berjalan.dalam keadaan berbalut pula dengan kain putih seperti mayat sahaja.aku melihat lagi...mata nya bulat merenung aku.merah...seperti marah.aku teringat lagi..kata-kata abang nazri tentang benda ini...ia memang akan menganggu selagi ia tidak berjaya diperturun kan kepada anak yang terpilih...
telinga aku berdesing...pekak tiba-tiba.aku berdiri tercegat di muka pintu..seolah-olah kaki aku bergantungan benda yang sangat berat.aku di halang masuk...seolah-olah dia memang menanti aku...kemudian aku melihat ia hilang di sebalik dinding wajah nya kelihatan sayu...tidak garang seperti tadi...apa bila ia telah pergi baru lah aku mampu bergerak..selepas dua minggu arwah pergi menyahut panggilan ilahi...dan selepas 44 hari genap baby aku yang kedua lahir kedunia...sesuatu yang sangat kebetulan yang orang lain perasan dan aku sendiri perasan.anak aku mirip dengan arwah datuknya.dan anak aku itu...selalu sangat mendapat gangguan.
setiap kejadian pasti ada sebab nya,dan segalanya adalah kehendak Allah jua..
June 15, 2009
dia tunggu aku ke?.....
Aku terpaksa meminta adik ipar aku menghantar nasi ke tempat kerja aku malam itu...sebab aku tak sempat nak makan sebelum pergi kerja petang tadi...sementara nak tunggu nasi aku gi beli teh tarik kat atas pasar.jam 11 lebih baru adik ipar aku hantar nasi...bawak kereta hubby aku dia parking kat sebelah tol...tempat aku bekerja.
lepas dia hantar nasi dia minta aku menemankan dia ke kereta sebab dia rasa takut dan seram sejuk...aku pun hantar lah dia dengan selambanya menghantar dia pergi.
"orang seram lah kak ida..macam ada benda yang perhati je..."
"tak ada apa pun...dah gi lah balik..."
sedangkan hati aku memang tidak mampu menafikan...bahawa kami memang sedang di perhatikan oleh sesuatu....
selepas adik ipar aku pergi aku pun berpusing...menghadap pokok besar di hadapan aku. entah bagaimana aku terasa ingin sangat memandang ke atas pokok tersebut...aku mengangkat wajah ku mendongak sedikit...
"patut lah...ish.ko ni menakut kan aku aje.." aku berkata-kata begitu di dalam hati.
dengan hati yang bengkak aku berlalu ke tempat kerja aku...
aduh!....ko memang saja cari nahas.
ko memang nak kena....
siap lah kau kejap lagi...aku berdialog sendiri...
"nape kak..macam saspen jer aku tengok ko kak..."
"tu kau pandang kat pokok tu bergayut...cam hampeh!
"apa kak..."
" hantu...."
" ha..akak nampak hantu ke...ish..akak ni."
"cuba ko tengok....ENTAH MAMAT MANA LETAK BAJU BUSUK DIA KAT ATAS POKOK..."
sengaja aku kuat kan suara...bagi sesiapa malaun yang buat kerja tu
isi flyer aku tadi...
NAK JADI JUTAWAN....??!!!BEBAS KAN DIRI ANDA DARI HUTANG!!
NAK JADI BOS,NAK PERGI LUAR NEGERI,NAK MENYIMPAN UNTUK ANAK-ANAK? NAK PERGI HAJI...?SIAPA PUN ANDA,ANDA LAYAK..SMS NAMA ,ALAMAT,NO HP KE.......012XXXXXXX,019XXXXXX
BUKAN SKIM CEPAT KAYA...BUKAN PERNIAGAAN INTERNET HARAM!!!HANYA 15 MINIT ANDA BERPELUANG MERAIH KEUNTUNGAN HINGGA 20 RIBU SEBULAN...
mesti nak tahu kan apa aku buat ni....kat tepi blog aku tu ada logo kuning tu...itu lah yang aku buat..jual barang kesihatan....kerja nya senang..jual air liur.dapat orang membeli dapat duit.dapat orang jadi ahli...dapat duit lagi.orang sehat aku pun sehat..kalau korang nak buat duit..boleh join aku.aku boleh buat table talk..tak kira lah korang kat mana.dapat kat KL lagi bagus....
semalam aku dapat RM sikit.alhamdullilah..sebab ada mak sedara beli 14 kedai..bisnes ni senang.sebab aku kena hadap internet aje.sesekali aku keluar edar kan flyer atau buat direct approach...senang and simple.siap ada laman web sendiri.
sesapa nak cari duit lebih...boleh ikut aku.buat sale gila-gila.
aku kat KBS hari ni...
sempat jugak lah update blog sebelum aku ke KBS dekat jempol..ada karnival usahawan...dan aku pergi sebab nak campak flyer...benda yang tengah aku buat ni...buang sifat malu dan malas aku tu kalau nak mencari duit...walaupun aku bukan hamba duit...ini semua untuk anak-anak aku..jadi kengkawan yang biasa aku terjah blog tu..malam kang aku jejalan kat korang semua..ye...dah dua tiga hari ni tak sempat nak mebaca blog korang semua....
apa ada kat KBS tu...ada menteri besar datang...ada gerai usahawan..sayang nya aku baru tahu semalam.kalau tak boleh jugak aku campak barang aku..untuk di jual...
June 13, 2009
cahaya api....
June 12, 2009
Slot 3...Cara-cara mengatasi gangguan...
AMARAN! ANDA HARUS MEMBACA SLOT 1 DAN 2...BARU ANDA BOLEH MELAKUKAN PERUBATAN INI...!!!!!!
1) Letak kan tangan kanan anda ke atas kepala pesakit kemudian baca lah ayat-ayat berikut berulang kali dengan kuat di telinga pesakit.
A) Al Fatihah
b) Al-Kursi
c)Al Falaq
d)Al Nas
(Ia sangat sesuai untuk bayi yang menangis tanpa sebab)
2) Perdengar kan ayat - ayat berikut(CD nya ada di Jual..Jika tidak hafal)Lebih baik jika di hafal
a)Al Fatihah
b)Al baqarah(ayat 1 - 15)
c)Al Baqarah (ayat 163-164)
d)Al baqarah(ayat 255-257)
e)Al baqarah(ayat 285-286)
d)Al'imran (ayat 18-19)
e)Al a'raf(Ayat 54-56)
f)Al Mukminun(ayat 115-118)
g)Al soffat(ayat-1-10)
h) Al ahqaf(ayat 29-32)
i)Al Rahman(ayat 33-35)
j)Al hisy(ayat 21-24)
k)al jin(ayat 1-9)
l)Al iklas
m)Al Falaq
n)Al Nas
Perdengar kan ayat-ayat ini setiap hari pagi dan petang selama sebulan penuh
3)Baca kan surah yassin pada air mutlak dan beri kepada pesakit minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut
4) Perdengar kan bacaan surah Al dukhan,al soffat dan al jin selama 2 minggu berturut-turut setiap hari
5)Berdialog dengan jin dan perintah kan ia keluar dari tubuh pesakit
6)Jika histeria berlaku asingkan pesakit antara satu sama lain
7) Rawat pesakit yang awal-awal di serang histeria
AMARAN!!! BILA ANDA BERDIALOG DENGAN JIN ANDA TIDAK BOLEH TERPEDAYA DENGAN TIPU MUSLIHAT JIN TERSEBUT
Slot 2....tanda yang harus kita fahami
Tanda-tanda histeria dan gangguan mahluk halus.....terdapat tanda umum yang boleh di jadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu adalah mangsa sihir,saka,kerasukan,histeria dan lain-lain gangguan.
1)Sakit tulang belakang tanpa sebab
2)Sakit kepala yang luar biasa
3)Sakit di bahagian rusuk kiri@kanan
4)Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
5)Sakit di bahagian perut tanpa sebab
6)Istihadah
7)Terasa ada seseuatu yang mengekori anda
8)Terasa ada sesuatu yang melintasi belakang anda
9)Sering sesak nafas(waktu maghrib dan t.malam)
10)Timbul rasa takut tanpa sebab
11)Nampak bayangan yang menakutkan
12)Nampak mahluk aneh
13)Terasa ada yang menolak ketika di dalam tandas
14)Sukar lelapkan mata
15)Seringkali mimpi yang menakutkan
16)Bermimpi binatang (ular,kala dan lain-lain)
17)Dihimpit sesuatu ketika tidur
18)Mimpi bayi @ kanak-kanak
19)mimpi jatuh dari tempat tinggi
20)Mimpi ke tempat kotor sunyi dan menakutkan
21)Terdengar suara menyergah ketika tidur
22)Terasa ada yang menyentap kaki ketika tidur
23)Seringkali pengsan tanpa sebab
24)Takut menziarahi jenazah
25)Ada bisikan yang meminta melakukan perbuatan yang salah
26)Ragu-ragu tentang keimanan
27)Rasa seperti hampir menemui ajal
Kesan-kesan..................ia akan meninggalkan banyak kesan antaranya boleh membawa maut,gila binggung,perpecahan dalam keluarga,sakit,andartu,hilang pekerjaan dan lain-lain.
June 11, 2009
slot 1..konsep rawatan dalam islam
Hukum menuntut ilmu perubatan...fardu kifaya
Hukum mengajar......wajib ke atas yang mengetahui ilmu perubatan
Hukum berubat.......wajib ketika tidak dapat menanggung kesakitan,harus jika dapat bersabar
Hukum mengambil upah...harus sebagaimana yang di sebutkan di dalam hadis yang di riwayatkan Abu said al khudri yang mengenakan upah sebanyak 30 ekor kibash sebagai imbalan rawatan 7x al fatihah
syarat-syarat perawat islam.....islam,berakal,baligh
ciri-ciri perawat islam........akidah ahli sunnah wal jama'ah,berkeyakinan alquran boleh memberi kesan kepada jin,mengetahui hal ehwal berkaitan jin,mengetahui bentuk dan tipu daya syaitan,berkhawin,menjauhi maksiat zahir dan batin,taat pada allah dan rasul,zikir yang berterusan,iklas.
syarat-syarat jampi....hendaklah menggunakan kalamullah@nama-nama allah.,dalam bahasa arab dan bahasa yang mudah di fahami.,tiada unsur pemujaan.
Huku tangkal....haram: tamimah(tali hitan,kayu koka,batu dan lain-lain
harus:Ta'wizd(kepingan logam,kayu@kain yang di tulis dengan al quran @nama-nama allah)
sumber:pusat rawatan terapi alquran
(ini yang aku pelajari...dari ustaz abdul Malek Bin ladzim)
Aku nak turun ilmu ni...sape nak?
GANGGUAN MAHLUK HALUS
DAN
AMALAN MENGATASI MENURUT AL-QURAN
DAN HADIS...
sapa nak belajar?..kalau ada sambutan aku buat entry ni...
sebab ini adalah ilmu yang sangat berharga...
tanpa bayaran...
kenapa?why?oh...tidak...
aku nak tulis sikit jer..
aku kecewa bangat ni...
frust menonggeng..
nampak nya lepas ni...
aku kena buang semua baju warna merah lambang MU aku...
sebab...sedih nak cakap
tapi aku cakap jugak lah...
pujaan hati aku
cristiano ronaldo...
dah beralih arah ke Real Madrid....huwaaaaaaaaaaaaaaaa....!
Ikut jangan tak ikut..!
June 9, 2009
teringat!
" Hai cik adik...baru balik?"
Pertanyaan pakwe sebelah rumah hanya kami jawab dengan senyuman.
"Hai cik adik..hang beli pa tu...nampak sedap ja"...loghat kedah yang maha pekat.
"Amboi...cik adik sombong na..."
setiap hari kecuali hujung minggu pakwe ini akan menyapa. dan macam biasa kami menjawab dengan senyuman sebab nampak tak manis kalau anak dara dok terkinja-kinja melayan pakwe.walaupun pakwe tu kami kenal sangat.
pakwe tu memang selalu sangat ambik MC kat tempat kami bekerja.
"Aku tak larat lah nak keja ri ni...bak mai sehari MC..."
" Nak MC boleh tapi mai naik atas dulu...sembang dengan kitaorang..."
"Awat nya...aku penat gila ni....malam tadi tak tidoq.."
" Alah..kejap ja...mai lah sat...ramai nak jumpa hang ni.."
" Brapa hari MC hang boleh bagi..?"
"Berapa hang nak..hang cakap ja..."
" Sehari cukup lah...aku ada shooting kat TV3..."
" Boleh..mai naik cepat..."
bila pakwe glamour ni naik aje...kitaorang memang dah tunggu sebab nak dia conteng apa-apa sahaja kertas yang terletak atas meja...termasuk lah aku.bagi gambar masa aku kawen dulu.
" cantik...awat muda lagi dah kawen..?"
" dah jodoh bang...orang nak kawen ja lah.."
"patut lama tak nampak hang..."
"mengintai kitaorang ye..?"
" tak sengaja...tiap kali hang pa balik aku dok sidai baju...maklum lah bujang."
selepas itu aku tidak pernah lagi berjumpa dengan abang glamour ini...tetapi aku rajin juga baca cerita tentang dia kat suratkhabar..ahad lepas aku dan anak-anak sempat jugak gi tengok wayang cerita lakonan beliau...jangan pandang belakang congkak......
June 8, 2009
pancing mengena!
Kalau dah kaki pancing tu berpanas berhujan pun aku akan ikut suami aku dengan kengkawan nya gi jugak memancing...
pagi tu..kitaorang bercadang nak pergi memancing haruan dekat lubuk berhampiran dengan rumah aku tetapi jauh la ke dalam kebun getah.lepas makan tengah hari dalam pukul dua kitaorang pun meredah lah jalan tanah merah yang berlekuk seribu mencari lubuk haruan...cari punya cari...lubuk kami tak jumpa kami jumpa sungai..besar jugak lah sungai tu. so kitaorang pun mencari lah port masing-masing...aku dengan suami aku leka dengan hal kitaorang. adalah dalam satu jam lebih memancing...sekor ikan pun tak lekat.aku pun dah naik bosan lantas mengajak suami aku cari port lain..baru aje nak bangun...kecebur!!!!?
"Oii...ko memancing ke ko mandi?" suami aku menjerit ke arah kawan nya. sebab bunyi orang yang terjun sungai tu dekat sangat dengan kawan nya. senyap...tiada sahutan. aku dah start pandang hubby aku...cuak!
"oii..." hubby aku melaung...sayup-sayup aku mendengar suara kawan suami aku menyahut.
"Oii...dah lah tu jom balik..."Lama kami menunggu tapi kawan kitaorang tak jugak muncul.Adalah dekat sejam...bila jam dah menunjukan angka 6 baru dia terpacul.
" EH! bang..tak mancing ke yang tercongok kat moto ni buat apa..?"
"Kau gi mana tadi...?"
" Aku kat hulu jauh...sikit.kat sini tak ada ikan lah bang.."
"Habis sape yang mandi kat sungai tadi..."
" Mandi apa lak bang...tengok lah air sungai tu..tak lalu nak mandi"
Aku dah senyap...." eh! dah lah jom balik...anak kat umah tu kang apa lak cerita.."
Malam tu...anak kecil aku menangis tak berhenti....aku dah syak mesti ada benda mengganggu.
"mano kau poei memancing tadi ni..."Ayah aku bertanya selepas dia menawarkan kepala anak aku..
" Tu ha..kat sungai kat kebun acik..."
" Ada dengar apa-apa ke..?"
" Ada ..nape lak yah?"
" Nasib tak baik lah kau tu..sekor ikan tak dapek..dio yang ikut balik"
ayah aku menyambung..."kek sungai tu memang ado...silap hari bulan ikan sebesar tong dram pun kau boleh jumpa...tapi jangan ingat itu ikan..."
Apa yang ada?....sah lah mahluk halus yang kita tak nampak.salah satu pengalaman aku memancing kat dalam kebun huhuhu...tapi aku tak pernah serik.sebab syok sangat memancing ni...sekarang ni anak aku dah besar sikit..semua aku angkut gi mancing.tapi aku dah tak pernah gi kat sungai tu lagi
June 6, 2009
Kisah larut malam....
June 4, 2009
Hantu ke apa tu...?
pagi itu suami aku dan kawan nya berpakat nak cari rebung.konon nak cari sikit untuk makan aje...tapi bawak balik dua guni rebung..apa lagi mak aku pun siang dan potong rebung tu kecik-kecik..pas tu rendam. di sebab kan rebung tu miang mak aku tak lah habiskan sebaliknya guni rebung tu mak aku sandarkan kat dinding bilik air rumah aku....
rebung tu memang sedap...tapi yang tak sedapnya malam tu...perut aku sakit nak buang air kecil.rumah kampung korang tahu aje lah nak kena keluar pi bilik air...aku pun bukak pintu dengan hati yang cukup berani gila...tak saspek apa pun yang menunggu aku kat luar tu..bukak jer pintu...krekkkkk..mata aku terus terpandang bungkusan putih di dalam gelap...macam orang duduk mencangkung kat tepi bilik air...apa lagi aku pun terlompat lah masuk balik kerumah...masyaallah...bagai nak gugur jantung di buatnya...
tapi aku tetap beranikan hati sebab perut aku tak boleh tahan dah...krekkkk....aku intai.tak bergerak pun benda tu.macam tu jugak dalam samar-samar cahaya...aku perhati kan lagi...dengan teliti..
ya Allah!....rebung pun aku sangka kan hantu....apa punye barang lah...rebung tu berjaya menakutkan aku...hahahahaha....sakit perut aku gelak.itulah akibatnya kalau suka sangat baca buku tok awang ngah...
hrrmmmm...
aku teringat sangat pada seseorang(perempaun,pangkat adik pada aku...)sudah lama aku tidak brsms dengan dia...alasan hp hilang memang satu hal...tapi aku ingat kat dalam kepala no.dia...sebenarnya ada alasan lain yang menyebab kan aku mengambil keputusan blah terus dari adik ini....
siapa lah aku nak menjadi seorang budak perempuan yang nakal menjadi baik sedangkan dia bukan adik aku...tetapi aku kesian kan dia sesangat.muka cantik kalau perangai tak elok pun tak guna juga...so dari dia hanyut aku tackle lah hati dia...supaya rapat dengan aku dan dapat lah aku memberi tunjuk ajar pada dia juga...ia memang berjaya sesangat.aku tolong dia dapat kan duit belanja sekolah..bagi baju,bagi barang sekolah supaya dia nak sekolah...alhamdullilah dia buat juga perkara yang aku suruh dia buat...tetapi...
aku tak tahu apa salah aku hingga abang dia sound aku...jangan ajar adik dia yang bukan-bukan.kesian kat mak dia.aku pelik pulak....kenapa?rupa nya si adik nak sangat duduk dekat KL..nak tinggalkan kampung halaman tapi mak dia tak bagi di atas sebab peribadi emak nya itu sendiri...
aku terfikir mengapa....adik itu menjadi mangsa keadaan. di sebab kan keadaan itu lah maka adik tadi jadi tak tentu hala...mak sibuk cari duit,bapak sibuk menambah bini...adik dengan abang pun tak boleh jadi rapat sebab si abang tak rasa dia adalah abang pada adik nya...
jadi...aku tak nak dah masuk campur...tapi aku rindu adik ini...sebab dia dah terbiasa sangat menjadi rakan borak aku...
June 2, 2009
Beginikah...?last episod...
Aku ke pesta buku di MECC mines wonderland ahad lepas.memang seronok...gila sakan aku tengok buku dan aku menghidu bau buku...sepuas hati aku.best sangat...
selepas suami aku menurunkan aku di pintu masuk dewan tersebut aku pun mengheret anak-anak aku masuk kedewan tersebut...pertama tentu lah anak aku yang sama gila nya dengan aku ke bahagian buku kanak-kanak...okey lah aku tak kisah janji dia nak membaca.okey..aku pun layan lah anak-anak aku...
sambil tu mata aku pun melilau lah memandang kesana kemari....aku kecewa sangat bila aku memandang ke site chinese book...ramai betul sampai sesak.aku pandang pula ke site malay book...aku hampa,tak seramai itu.
beginikah bangsa aku tak minat membaca...apatah lagi membeli. Aku tertanya-tanya...kenapa buku yang sepatut nya menjadi santapan minda paling utama tidak di minati...okey itu satu hal.
aku ke mines wonderland pula...ramai sungguh anak-anak melayu lepak di sana....sekali lagi aku hampa..kenapa lah bangsa aku suka melepak dari menambah ilmu...walaupun bukan semua begitu,majoriti yang berkelakuan begitu tetap anak melayu...boleh kah kita guna kan kata-kata tak kan melayu hilang di dunia itu lagi....
Beginikah...?bab 2
seorang gadis yang aku kira sangat manis dan ayu juga sehat walafiat sedang asyik bermain hp nya. aku sangat pasti dia sedang bersms dengan buah hatinya...sebab sekejap dia senyum,sekejap dia picit hp lepas tu senyum lagi....macam orang gila.
tren sangat sesak ketika ini...di hentian serdang naik seorang perempuan mengendong anak kecil(aku lah tu...hehehehe.bawak hawa gi pesta buku).berdiri betul-betul dihadapan perempuan tadi dan couple yang tak ada kemaluan.
couple tu tak mungkin bangun dan pelawa kakak dan anak nya duduk...member tengah sedap.awek yang leka dengan hp tu pun dengan selamba nya hanya memandang kakak tadi dan anak nya berdiri di celah kesesakan orang ramai. tak bangun pun memberi tempat duduk.kesian aku kan...?
tetapi...tiba-tiba seorang budak lelaki indon bangun dan..."Sila duduk kak...kesian baby nya nanti kok jatuh.."
aduh!...tersentap jantung aku dengan kebaikan orang asing yang baik budi bahasanya...orang MALAYSIA?....aku nak tanya korang...mana budi bahasa orang kita....?
June 1, 2009
Begini kah...bab 1?
Senario pertama...
sepasang merpati dua sejoli...bangsa melayu yang tak tahu malu,asyik bermadu asmara.dimana...?dalam komuter dari serdang ke nilai...waduh-waduh...kata - kata yang keluar dari mulut minah indon di sebelah aku. malu sungguh aku nak pandang...dengan selamba pasangan tak tahu malu itu...sempat bercium mulut...anak aku tengok melopong tak tercakap hanya membisik kan kata-kata.."ibu dengan ayah pun tak macam tu kan.." alahai! laki bini lagi nak sorok...ini kan pula bukan laki bini....aku nak tanya,dimanakah maruah bangsa melayu itu sendiri?apa pula pengangan agama bangsa melayu itu sendiri....
bagi aku..melayu ini memang tiada maruah..sebab kalau dia ada maruah dia tak kan lakukan adegan bercium itu di dalam gerabak keretapi yang sarat dengan penumpang.tak bermaruah sungguh orang itu...apabila anak kecil memandang dengan mulut terlopong akan perlakuan mereka....
Pegangan agama mereka juga entah kemana..nama sahaja bertudung...melayu tetapi tiada langsung menunjukan sifat terpuji seorang islam..fuh!aku tak nak komen lagi..yang aku tahu...aku rasa nak sound macam ni...
"hello bro...kalau nak beromen gi dalam semak..jangan jadi anjing lak kat sini.nak main pun tak kisah tempat..."
May 30, 2009
AWAS!JANGAN GUNA HP MALAM-MALAM
malam tadi....hp aku berbunyi...aku tengok nama yang tertera..oh akak! so aku pun angkat.dalam masa yang sama hubby aku menempel kat aku pasang telinga...dengar perbualan aku dengan kawan aku....
kitaorang pun berborak lah..agak lama juga.tiba-tiba....
"eh kak...ko dengar suara orang berbisik tak..?"
"mana ada...."
" eh kak...kuat nya,off dulu....takut lak dengar."
"Ye lah...kau ni buat seram aku jer.."
Aku tengok jam...tepat jam 12 malam.ah! sudah...kami sambung sms pulak...
"siapa tu kak..."
" entah.aku ingat antu.."
"kuat kak dia berbisik..."
"dia cakap ape da.."
" tak clear lah kak...suara akak pun kuat gak.."
"akak rasa ada mende ikut akak balik lah , akak baru balik rewang ni..ko kan mistik"
"huby aku dengar ko macam kat dalam utan lak kak...aku tak dengar lak.tak ada lak dengar mcam ko kat dalam utan.."
"bila ko cakap cam tu meremang bulu roma aku...terloncat aku masuk rumah...aku kat luar ni"
" iye kak...aku pun takut ni.."
"apa tu kak..orang ke antu..?"
terus akak tu tak jawap...aku pun berbual dengan hubby aku..sampai pagi ni..aku masih confuse lagi...
memang jelas di telinga aku bunyi suara lelaki berbisik kuat...dalam masa yang sama akak tu tak dengar suara aku...
HP AKU ADA HANTU KE..? ISH.....
May 29, 2009
Aku merancang begini...
Pertama
aku dah intai kat celcom...macam mana nak menjadi dealer celcom...jual toup je.tempat nya dekat rumah baru aku..sebab kat situ aku tengok nak beli toup celcom punya lah susah
Kedua
aku nak buka cyber cafe..yang ala-ala kopitiam.sambil orang serve internet diorang boleh minum,minuman ringan...kedai ni aku dah plan nak bagi husband aku jaga....
Ketiga...
Aku nak guna sedikit sudut dekat kedai ibu shidan untuk buat salon kecantikan menggunakan produk yang aku dah servey sebulan yang lalu
Ke empat...
aku nak join uptrend networking.sapa-sapa nak join aku boleh ikut.cara buat duit dengan mengguna kan budi bicara kita sahaja...
perkara pertama dan kedua...aku bagi suami aku buat...biar dia pulak pandai berblogger.jaga cc,jaga kedai toup.jaga aje...lepas tutup kedai aku akan close akaun dia untuk sehari tu..kira aku praktik kan apa yang aku dah belajar...
perkara ketiga dan kempat...aku akan buat sendiri dengan ibu shidan.
sekarang ni aku nak tanya korang....OKEY TAK PERANCANGAN AKU.
duit aku tak ada masaalah.....pendapat korang?
Kenapa?...
aku tak ada cerita hari ni.....sebab aku masih terkesima dengan kata-kata hubby aku tadi
" Ayah wasiatkan rumah baru kita nanti kat ibu..."
"Ayah rasa..ayah ni tak lama lagi dah..."
zuppp!terus jantung aku berdenyut laju.kenapa dia hari ini....?
nampak lain macam aje...mengadu sakit kepala,sakit perut.....
sampai ni aku terfikir lagi....kenapa?
May 28, 2009
Adoi!Apa cerita ni....
adoi la...apasal leh jadi lagu ni...nak tak nak aku terpaksa tempek gak benda ni kat blog aku dengan rasa yang tidak lah teramat bangga nya.
suka hati ko ye mamai....oren apa tah lagi..tak pe...tak pe...rugi secawan milo tabur dan semangkuk cococrunch aku...geram..mengantuk jer dapat.
apa barang lah 2....0 ni.angin aku angin...mood gi keja terus tak ceria.cam hampes!
dan menambah sakit jiwa aku..
" Along...apa barang MU ko...2..0 beb!tak leh tahan"
Aku menyampah...mood aku tak elok hari ni.so mamai...ke oren ke..kalau korang tambah mood tak baik aku...siap korang....
Oh!My darling Cristiano ronaldo..kenapa ko jadi macam ni...apasal ko tak pandai lak main bola malam tadi....
May 27, 2009
BARCELONA?atau MENCHESTER UNITED?...
Dengan dua permain terbaik kat dunia ni..Lionel Messi penyerang barcelona dan Cristiano Ronaldo penyerang MAnchester United korang agak siapa lah yang bakal menjulang piala tersebut.
Bagi aku pasukan alex ferguson itu adalah yang terbaik di dunia....di ketuai oleh Rio Ferdinand,dengan rekod menang sebanyak 3 kali (1968,1999,2008) dan dengan barisan permain wayne rooney,park ji sung,cristiano ronaldo,ryan giggs,michael carrick,anderson,john oshea,rio ferdinand,nemanja vidic,patrice avra dan edwin der sar..aku percaya,MU tetap akan mempertahankan kejuaraan mereka....
alamak....adik aku angah peminat BARCA...awal-awal lagi dah sound...ko jangan nak lebih-lebih lak dengan MU ko tu..!hehehehe.Aku tak ada adik lelaki.Aku dengan angah memang Pompuan yang gila bolasepak dan wrestling...di sebab kan suka sangat bola aku pernah teringin nak letak nama anak aku zinaden zidane masa piala dunia 2002 sebab masa tu aku mengandung sulong..pas tu aku teringin plak nak letak nama anak aku wayne rooney masa piala dunia 2006 sebab mengandung anak no.2..dua orang anak aku pun lelaki...apa pun..Wait n seee.....
MU!MU!MU.....
May 26, 2009
Kalau anda OKU
Aku ke pejabat kebajikan masyarakat tadi ambil kad OKU suami aku..sempat jugalah aku bertanya apa keistimewaan kad ini pada pegawai terbabit.Dengan baik hatinya dia bagi aku senarai nya
KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU YANG DI SEDIAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA
1)Kemudahan pendidikan
2)Kemudahan di dalam aktiviti harian
3)kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan
4)Pengecualian cukai jalan /bayaran lesen memandu
5)Kemudahan pengangkutan awam
6)Kemudahan perumahan
7)Tidak di kenakan bayaran rawatan di hospital kerajaan
8)Pengecualian bayaran dokumen perjalanan
9)Kemudahan peluang kerja
10)Pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan nasional
11)Pencen terbitan
12)Kemudahan telekom
yang aku paling suka...perkara ke4..tak payah bayar cukai jalan dan lesen memandu suami aku.
Benda ni bukan hubby aku minta,dah nasib dia akan bawa titanium tu dalam kepala dia..nak buat macam mana lagi.sebab-sebab dia di sabitkan OKU itulah...masaalah pembelajaran.Dia memang dah tak boleh buat apa pun.kalau dia membaca dia akan ada masaalah nak mengingati.yang paling aku suka sakat dia masa dia nak baca paper...selalu aku cakap,"tak payah lah baca paper tu ayah...sampai esok pun tak habis baca" sebab dia kena baca pas 10 minit kemudian baru dia boleh tahu apa artikel yang dia baca tu..kan ke lama nak baca satu berita.letih lah aku nak tunggu.bawa kereta pun perlahan macam siput,ikut undang-undang...tak boleh tension,pergerakan kan pun agak lambat 5 saat. kecederaan otak yang agak serius menyebabkan dia jadi pelupa dan kadang-kadang langsung tak ingat.dah 5 tahun ni aku lah jadi mata dan otak nya. sebab itulah..kemana aku pergi ada dia.aku tak pernah berani tinggalkan dia dengan anak-anak sebab dia kalau makan ubat...dia tak kan ingat dunia lagi.anak menangis pun dia tak dengar...
May 25, 2009
Dia....
Aku memang suka sangat memerhatikan dia...biarpun aku tidak berpeluang melihat nya dengan lebih dekat , aku puas kerana aku boleh memandang nya dari kejauhan....
Mencuri pandang pada wajah nya menyemai rindu yang bukan sedikit di hati ku..
Dia menyebab kan aku terigau kan diri nya setiap masa setiap saat..
Menatap wajahnya aku merasa lega...
Aku merasai dunia ini milik aku sahaja..
Aku teringin membelai diri nya,memadu kasih bersama dengan nya..
Menyemai cinta bersama nya selagi ada hayat di badan...
Aku berharap ada jodoh aku bersama dengan nya...
Sayang...bila kah mampu aku miliki mu...?
P/S...dia di atas bukan sesiapa melainkan kereta jenama HONDA idaman aku
Kenapa Begini?....
Kenapa?dalam dunia ni ada juga manusia yang begitu pandai memalukan,menjatuh kan maruah orang lain..bila aku dengar cerita ni aku terasa cerita dari novel-novel yang pernah aku baca benar-benar terjadi dalam kehidupan ini...
Pelamin yang berhias cantik...patut di huni oleh sang putera dan puteri yang sudah di ikat dengan ijab dan qabul terbiar untuk di tonton seribu tetamu yang telah bertandang. Kenduri yang sepatut nya di hiasi dengan paluan kompang akhirnya terbiar sepi tak berirama..
patut kah begini....PENGANTIN LELAKI TAK DATANG!!!!!....
Aku kecewa sangat bila pergi kenduri...tetapi mak pengantin membisik kan kata-kata sadis begitu.Apa dah jadi dengan lelaki keparat itu...sanggup mengaibkan si gadis begitu sekaliDan yang lebih menyedihkan si lelaki sudah meminjam wang si gadis...sebanyakRM20 ribu.Duit lesap dia pun hilang....
Apa nak jadi dengan dunia sekarang?..Aku tak boleh bayangkan hati si gadis,rasanya kalau tidak kuat iman dia boleh terjun lombong..tapi aku dapat melihat wajahnya tetap berseri , mungkin di hatinya terpalit seribu duka..tetapi tak pula ia pertontonkan.aku memang respect si gadis sebab mampu tersenyum dan mempelawa teman-teman nya menjamu selera. Memandang hadiah yang tersusun di satu sudut rumahnya..aku tak boleh nak bayangkan lagi rasa jiwa si gadis.Iklas orang memberi,iklas pula dia menerima...
Peritstiwa ini memang terjadi semalam..ahad 24hb.Mei 2009.yang pasti si gadis akan ingat tarikh keramat ini...dimana maruah nya dipijak-pijak oleh seorang manusia yang tak layak di gelar lelaki. Dari khabar yang aku terima si lelaki ada lah anak seorang imam..bagaimana keadaan ini terjadi?tak dapek den nak koba annn....
May 24, 2009
SIAPA MENANGIS TU...?
Pagi ahad ni aku ada kelas tusyen...jadi berpeluang lah aku duduk mengahadap komputer sebab bahan pun aku dapat dari internet.Tapi aku tak nak cerita pasal tusyen aku pagi ni.Aku nak cerita pasal malam tadi...
Petang semalam aku ke pekan Bahau membeli keperluan anak aku, stok susu dah habis..sambil tu ingat nak tengok wayang anak aku pulak tak nak layan..dia lagi suka main game. sementara aku menunggu hero-hero aku bermain,aku sempat melepak kejap kat kedai buku...rembat jugak lah satu buku..karya mimie afinie,Kalau dah suka tajuknya....
aku start membaca dari pukul 9 malam sehingga lah ke pukul 2.30 pagi..biasalah aku kalau dah dapat buku memang susah nak tinggalkan buku. Sedang aku asyik membaca tiba-tiba aku mendengar seperti suara perempuan menangis sayup-sayup.
aku memberanikan diri mencari dari mana arah suara tersebut datang...aku sangat pasti suara itu datang dari arah pokok durian di sudut rumah jiran sebelah...lama juga mendengar suara tangisan tersebut..tersedu-sedu menangis.di dalam hati aku tertanya-tanya..jiran sebelah bergaduh ke? tak kan lah pagi-pagi buta begini...
setelah agak lama suara tersebut tiba-tiba hilang tetapi berganti dengan hilaian yang agak panjang dan sayup-sayup menghilang.masa tu baru lah aku rasa seram yang amat sangat..masa tu jugak lah aku tiba-tiba mengimbas kembali apa yang pernah aku lihat di bawah pokok durian sebatang itu...memang selalu sangat aku melihat kelibat bebayang hitam melintasi sempadan rumah aku dan jiran aku..boleh dikatakan setiap petang.
tanpa membuang masa aku masuk bilik,nak kejutkan suami aku gerenti dia marah..sebab dia dah cukup berkompromi dengan aku,bagi on lampu sebab aku nak membaca.kalau aku kejutkan gerenti dia akan membebel dengan ayat skema dia...nak tak nak aku tarik selimut terus duduk diam-diam dalam selimut tu.aku tak boleh tidur sampai kesubuh,jangan kata tak boleh tidur nak ke bilik air pun aku takut.terpaksa aku menahan dengan sepenuh perasaan pula...
sehingga kepagi ini aku tertanya-tanya..apakah?atau siapa kah? Yang menangis awal dinihari tersebut...arghhhh...aku sakit kepala gila ni,sebab tak tidur semalaman,nampak nye plan nak cari lubuk haruan dengan suami aku tergendala jugak lah lagi...
May 23, 2009
Cerita Masa Sekolah
Terima kasih pada cikgu Hanafi yang aku jumpa secara tak sengaja masa aku jalan-jalan dekat mr.google.Ternyata cikgu ini mengingatkan aku kembali nostalgia zaman sekolah aku dulu.Murid yang biasa-biasa sahaja..tak terkenal di kalangan pelajar lain.Mana kan tidak aku ni kecik.kurus kering pulak..mana lah nak top...ehehehe..
Sekolah aku Sek.Men.(F) Palong4...aku hanya bersekolah di situ apabila aku masuk tingkatan dua.masa tingkatan 1 aku bersekolah di lenggeng....
Teringat aku pada kawan baik aku..Ramlah Burok,adik pada Zaidi Burok(scubajeff.blogspot.com),dari sehari ke sehari aku nak contact tapi tak ada masa yang mencukupi.Teringat juga kawan-kawan yang lain...mona(kali terakhir aku jumpa masa aku kerja di Desa Pandan.),aspalela,roslan mulup,norimyazmi,norazlina...dan ramai lagi.Termasuk lah Guru-guru kesayangan aku dulu...Cikgu Sabariah,cikgu Wan Adnan,cikgu Amran,cikguHanafi,cikgu kay(kamariah) dan semua yang pernah mengajar aku...
Kenapa aku teringat mereka semua..sebab sebentar tadi aku baru sahaja menonton cerita Petai untuk cikgu..yang menyebab kan airmata aku mengalir tiba-tiba...pagi-pagi aku dah mengalirkan airmata.Bila aku menjadi pendidik walaupun bukan cikgu formal..sebagai Cikgu IT aku tahu memang susah nak mengajar orang jadi pandai.Murid aku pulak bukan yang kecik-kecik tetapi yang dah tua dan tak kenal apa itu IT..cabaran yang maha besar bagi aku...bagaimana cikgu aku dulu menghadapi kerenah anak murid mereka agaknya..?Tak dapat aku bayangkan...kenakalan kami terutama nya.Pantang cikgu tak ada..macam ayam terlepas dari sangkar sahaja layaknya.Bila nampak cikgu datang dari jauh..semua dah senyap.Apapun 5PK4...tetap dalam ingatan aku
May 22, 2009
Pagi ni aku senang hati so...
May 21, 2009
ANDAI AKU MAMPU...
Andai aku mampu...
Aku ingin mendakap mu...
menyentuh hati mu..
seperti dulu...
Andai aku mampu mengundur masa...
aku ingin lena di dakap mu...
aku ingin sentiasa di sampingmu...
memintal bebuih kasih..
menyulam bebenang cinta...
menjahit carikan rindu..
agar mampu aku jadikan hamparan...
paling istimewa buat mu...
dia yang telah tiada...
abadi dijiwa.....
HILANG LAGI....
May 20, 2009
Tetamu tak di undang
May 18, 2009
ribut...
Tolong orang!
jumaat malam sabtu aku ke pekan gemas mengambil anak angkat mak aku baru sampai dari johor.keretaapi sampai lewat sepatutnya jam 6 petang tetapi terlewat hingga 6.30 petang.sempat lah aku duk melepak kat restaurant stesen tu..pekena roti canai dan milo tabur.okey lah jugak makan kat situ.
selepas maghrib aku dan suami serta anak-anak bertolak pulang.hari hujan renyai-renyai...suami aku pun slow jer macam siput bawak kereta.mata dia tak berapa sangat bawa keta malam-malam ni...tiba di satu selekoh dari jauh aku boleh nampak percikan api,dan lampu moto tiba-tiba terpadam.sah..!jatuh.
aku dan suami memberhenti kan kereta dan aku cepat-cepat berlari turun nak tolong kakak yang dah terduduk kat tengah jalan...kereta pulak laju-laju dari kedua-dua arah.dalam gelap dan berhujan aku membantu kakak tersebut ketepi sementara suami aku menolong suami nya mengangkat moto.terlanggar anjing rupanya...
suami kakak tu okey tak ada apa-apa.tapi isterinya terkopak gak lah kulit tangan hingga menampakan tulang jari kelinking nya.putih aje...takut lak aku.
selepas JPA datang dengan ambulan nya aku dan suami bergerak balik.ngeri pulak mengingatkan tangan kakak tu..nak jer aku tanya sakit ke kak?tapi aku tak sampai hati sebab dia pitam tiba-tiba.nasib baik aku tak pitam....
May 14, 2009
Apa Barang la...!!!
satu petang yang tenang aku dan anak-anak duduk melepak kat tepi padang futsal. Tengok adik-adik belia aku main bola. Bila dah nampak aku kat situ maka ramai lah yang datang berkumpul...yang girl nya lah.borak-borak sambil tengok diaorang main bola..
"wei! apa lah wei...bola dah kat pintu gol pun tak leh masuk ke...?"
ada lah sorang budak tu...terjerit-jerit ,layak kera rupa nya..
datang pulak sorang kawan aku ni..
" ko ni apahal lah pulak..."
"napo...lak? ko tak nampak ko,bola ado kek pintu gol pun tak leh score...kaki tak bobodung."
"Ko ni apa barang la...aku tak nampak pun pintu kat gol tu..."
" Ko ni apa cite...."
"cite apa plak...ado ko nampak pintu kek situ tak..?"
"memang lah tak ado...."
"dah tu yang ko jadi boruk..terjorit-jorit macam kono belacan apahal..."
aku yang ada kat situ puas lah menahan gelak..tak baik gelak kan kawan yang tak pasal-pasal kena sebijik.logik lah tu...kat gol mana ada pintu...
May 13, 2009
BUNGA HATI
Bunga hati..
menjulur putik...
kembang setaman...
mekar sejiwa...
Hati berbunga ria...
melihat wajah mulus nya...
tenang hati mengusik sukma..
setangkai resah..berdendang pilu..
bagaimana hendak ku baja hati..
agar bunga mekar mewangi...
di dada awan...
di kaki langit...
bagaimana hendak ku rebut hatinya...
agar mampu kuhiasi di jambangan...
di sudut kamar hati ku yang kering...
Apa cerita hari ni...
Tak ada apa cerita melainkan masuk ke blog kengkawan..tinggal kan komen dan update blog aku plak.semua blog kengkawan aku boleh masuk kecuali blog dak apisz..entah apa kena internet eplore cannot open this web...apa barang lah internet aku ni.atau komputer aku yang tak ada antivirus ni dah kena viurs..tapi masuk blog lain okey aje..pelik nau lak aku rasa.
aku di landa masaalah bila aku bangun aje dari tidur hari...aku tak sedar apa-apa hingga lah aku buka komputer dan pandangan aku kabur giler.
Alahai!...sah lah power spek aku ada masaalh lagi.baru jer 3 bulan tambah power nak tambah lagi...huhuhu.kenapa mata aku semakin blur macam ni...?bila aku berkata-kata suami aku dah bising..tu lah hadap lagi komputer pas tu hadap lagi buku tu 24 jam...entah bila nak sudah.mengidap lah sendiri..kesian kat aku kena marah cam tu sekali.Tapi aku yakin jap lagi dia ajak lah aku gi tambah power lagi..sebab dia cukup tahu isteri dia tak boleh buat apa tanpa cermin mata..
May 12, 2009
spirit of the coin
korang pernah main benda berhantu ni...dalam bahasa lain nya quija.aku tak pernah tapi aku cukup tertarik pada satu artikel dalam mastika jun 2009 tentang jangan seru saya dalam hidup awak.
kisah seorang kakak yang bermain permainan ini dan telah terpanggil roh seorang lelaki bernama roslan.bekerja sebagai penternak dan berasal dari utara. siap boleh bertelefon lagi tapi dengan syarat hanya selepas jam 12 malam.dan yang aneh nya..mereka boleh pulak jatuh cinta...
sekali baca macam cerita dongeng aje..dua kali baca rasa macam betul...tiga kali baca aku dah tak tahu dah..benda macam ni ada ke dalam kehidupan.ada sesapa tahu dan pernah main benda ni...? aku nak sangat tahu pasal benda ni sebab...aku ni peminat Tok Awang Ngah.
Bukit Repah
sebelum aku menulis..sory lah gambar tak ada.sebab ini cerita yang aku dengar dari mulut seorang pakcik yang memang berasal dari sini.
pernah ikut jalan senaling kepis rompin? masuk dari pekan Kuala Pilah ke pekan senaling setrusnya menghala ke kepis anda akan melalui sebuah bukit yang agak curam berhampiran dengan felcra kepis sebelum simpang ke rembang panas,jika anda dari Kuala Pilah.Nak tahu apa yang misteri kat bukit tu?...begini cerita nya.
Riwayat penduduk asal kepis itu sendiri menceritakan kepada aku..sesiapa yang berhajat melalui jalan itu hendak lah bersikap baik.jangan takbur.di katakan di atas bukit itu terdapat sebuah keramat.terjadi satu kejadian...beberapa individu dari melaka datang lah ke daerah itu untuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. entah dimana silapnya..ada lah di antara mereka terlepas bahasa.you now...orang melaka.selepas majlis ringkas tersebut mereka pun bergerak pulang menaiki sebuah kereta.sampai di bukit tersebut..tiba-tiba enjin kereta berhenti tanpa sebab.puas lah mereka mencari punca masaalah tersebut tetapi hampa. salah seorang penumpang tersebut adalah penduduk asal kawasan itu..hanya diam tanpa kata. sehingga lah lalu seorang pemuda yang agak pandai hal ehwal kereta menolong mereka.puas juga mencari punca kerosakan tetapi hampa sekali..hingga lah dia berkata."macam ni lah pakcik.kita tolak ..pakcik terus masuk gear". dengan kehendak allah...enjin yang mati hidup semula.
mereka pun meneruskan perjalanan pulang ke melaka. jam sudah menunjukan ke angka 1 pagi.
dalam perjalanan itu...penduduk asal kepis itu bertanya." maaf cik nak tanya...macam mana majlis perbincangan tadi ada masaalah ke?...maka bercerita lah mereka,memang ada yang terlepas cakap.
di dalam hati pakcik tadi berkata...patut lah.kebetulan semasa kereta itu berhenti beliau telah turun sekali dan mendengar seperti suara orang tua mengeluh keletihan seperti mencungap diatas bukit tersebut...sah lah memang kerja ORANG TUA tersebut...kadang-kadang ia akan melintas merupai seekor ular melintas dan besar nya bukan kepalang....bukit tu memang sunyi di waktu malam...aku pernah lalu kat situ.tapi alhamdullilah..segalanya lancar.
J
May 11, 2009
Kenduri Kawin

May 9, 2009
Susah macam mana pun...
Susah macam mana pun...
seksa macam mana pun...
terpaksa mintak kat orang...
aku tetap nak jugak...
macam ni...
boleh bercinta dengan kekasih gelap dalam terang aku ni...
aku mesti cari dia..sebab...
aku cintakan dia dan
aku sayang sangat dengan dia...
kadang-kadang..aku tak ingat dah benda lain..
aku ingat dia aje...
korang mesti pelik..apa lah dak ida ni.
ada suami tapi nak bercinta lagi pulak...
suami aku itu je lah sorang yang aku ada..
cinta aku ni pun adalah sorang jugak yang aku ada...
korang nak tau apa dia...
ni ha..yang ada ABC sampai Z
dengan tikus ni ha...ada otak jugak lagi...
Komputer lah..apa lagi..
aku cilok ibu chidan nye komputer...menyusup ke dalam bilik dan...jeng-jeng..
lantas aku membelai cinta hati aku ni sepuas hati...
May 6, 2009
Apa nak dikata.
Kesian dengan nasib seorang kawan menyebabkan aku terfikir kenapa tidak aku minta pendapat kawan aku yang lain..pendapat di atas pendapat.Kawan aku ni perempuan baru berusia 29 tahun tetapi dalam usia yang sebegini muda telah ditakdir kan jodoh nya berkahir sekelip mata.Tapi aku rasa dia seorang yang cukup kuat dan tabah.Dia ternyata seorang wanita yang redha dengan ketentuan ilahi.
Namun nak di jadikan cerita datang seorang lelaki...suami orang tetapi belum mempunyai anak selepas 6 tahun berkahwin..bayangkan perasaan seorang lelaki yang merasa egonya pasti tercabar bila orang memperkata kan tentang kehadiran seorang bayi dalam hidupnya...yang tak bez nya mengapa kawan aku ini juga yang di cari sebagai galang ganti keburukan si isteri yang sering di canangkan...owh!aku kesian dengan si isteri..kalau lah dia tahu siapa suaminya itu.
aku sering sangat dah jadi penyelamat kawan ku ini..selamat kan dia dari di jejaki oleh jejaka ss ini.puas lah dia menerangkan ,menolak malah berkeras kata-kata tidak mahu akan lelaki ini..tetapi lelaki ini memang bodoh tak faham bahasa..
kalau di terima...orang akan tetap meyalah kan kawan aku ini...maklum sahaja lah.dia janda.nanti di kata orang dia jugak yang tak sedar diri sedangkan lelaki itu yang tak sedar diri nya sendiri...habis cam no...?
gambar kursus hari tu

May 5, 2009
rembulan..
Dalam pekat malam...
Aku dongak ke langit..
ku tersua bintang bergemerlapan....
ku terlihat rembulan berseri cahaya..
Kusatu kan menjadi untaian..
Untaian sang pujangga malam...
yang lara di hatinya..
yang sendu di jiwanya..
gemerlap bintang bukan penerang
limpah cahaya rembulan bukan penyuluh..
tak mampu jua membasuh..
lara dihatinya
sendu di jiwanya...
May 4, 2009
mancing,bohsia dan hospital
